Rabu, 28 Mei 2008 | By: jelikweyh

WaLiMaH

8.20 AM
"ana" menjejakkan kaki di halaman kampung rakan "ana" ... sampai jua akhirnya walaupun ayah , ibu & adik "hitam" sehelai sepinggang ... "ana" & adik "punk rock" jerk yang bawa baju sebab kami berdua yang pergi pada asalnya ... semasa dalam perjalanan , banyak jugak parit2 kat batu pahat nih ... parit bilal , parit jalil , parit sulong , parit raja ... sih , macam2 parit lah ... hahah ... nama2 tempat kat johor nih memang kelakar ... desa temu jodoh pun ada ... gelang cincin , gelang patah ... ish ... macam2 lah ... kalau x percaya , korang kenalah pusing 1 johor tuh ... nanti baru tahu ... sewaktu sampai , orang2 rumah tuh x mandi lagi ... tapi semua tengah busylah wat persiapan terakhir ... "ana" pun x mandi lagi ... hahah ... jap yerk ... nak gi iron baju kat bilik pengantin ...

10.00 AM
Majlis pernikahan Kak Ain dimulakan ... "ana" pun telah siap beraeromatheraphy ... berungu skali ikut tema pangantin ( kebetulan ... x tahu lak yang tema keluarga pengantin adalah purple colour ... tibai jer lah ... per salahnya kalau jadi "ahli" keluarga diorang sekejap ... heheh ... semasa acara pernikahan dimulakan , "ana" hanya mengintai dari dapur ... ramai sangat orang kat depan tuh ... berkuap lak tuh ... baik "ana" melanguk jerk dari dapur ... huhuh ...

11.30 AM
majlis pernikahan telah selesai ... "ana" makan bersama ibu & adik "hitam" ... der wat nasi beriyani , lauk der paceri nenas , ayam kampung masak merah , kari daging kambing & kari daging lembu , dalca sayur & lain2 lagi lah ... "ana" tibai lauk ayam jerk ... ayam tuh dah macam ikan "ana" buat sebab hari2 ngadap ayam ... x der ayam , x luaklah nasi tuh ... heheh ...

12.30 PM
ayah , ibu & adik "hitam" berangkat pulang ... tinggal "ana" & adik "punk rock" kat sini ... "ana" wat kerja angkat hidangan pengantin ... bila dah penat , "ana" duduk dalam bilik sambil baca novel ... nak landing malas lak ... renyuk lak nanti baju "ana" ... ehehe ... baca novel sampai tertidur - tidur tuh ... tapi tidur duduk lah ... bila dah terbangun , duduk lepak kat pintu belakang amek angin sambil mencuci mata ... bukan x nak duk depan tapi "ana" x suka DJ tuh ... kasi lagu kurun bila punyer tah ... kasi nasyid x per lh gak ... der jd DJ , der gak lah yang jadi penyanyi ... nasib jerk taik telinga "ana" bukan macam ais tau ... heheh ... amek angin kat pintu belakang lagi bagus ...

2.30 PM
Pengantin mula bersanding ... "ana" amek port gak untuk snap gambar ... tapi x banyak lah gambar yang disnap ... pengapit tuh nyibuk ... wat habis bateri "ana" jerk amek gambar pengapit tuh ... "ana" nak gambar pengantin jerk ... tapi best majlis nih ... Jawa moden punya stail ... bajet jangan citer lah ... tapi memang meriah ... ada men tol2 ( tahan rombongan pengantin laki yang sedang menuju ke pelamin untuk meminta ang pau ) & cabutan bertuah untuk orang2 rewang ( yang tolong2 masak & kerja2 dapur ) ... paling unik pasukan kompang men kompang kat pangkin rumah ( pondok untuk amek angin kat depan rumah tuh ) ... rasa macam tengah usha klip video aniza idris lak ... hikhikhik ... pertama kali dalam hidup "ana" menyaksikan majlis perkahwinan yang sangat meriah ... Majlis "ana" nanti tak tahulah siapa yang datang ... meriah x tahu lagi ... peh , "ana" dah start merepek ... nak gi mandi lah ...

5.00 PM
Majlis selesai tetapi sesi fotografi pengantin belum habis lagi ... kalau kahwin dengan orang johor , memang macam nih ... tukar baju berkali - kali ... kadang2 , nk maghrib baru habis sesi bergambarnyer ... pengantin diarah untuk pose ala2 model gitu ... so , kepada sesaper yang berhajat untuk berkahwin dengan orang johor , silalah menyelidik pakej2 perkahwinan yang disediakan ... kalau tak berminat untuk menjadi model sehari , kenalah pandai pilih mak andam ... petang2 gini , dok amek angin sedap nih ...

9.00 PM
lepak2 sambil mengimbau kisah lama ... masa nih , bab2 ngumpat menjadilah sebab nak flashback ... men target selipar sampai nangis lah , men aci nyorok sampai x jumpa lh ... amek mempelam 4 pokok kt flat lah ... memang best bila d'imbau kembali tapi kami x mungkin dapat mengulanginya ... kol 12 lebih baru membongkang ... :sleep:

:ahaha:
bestfriend "ana" ( baju putih ) & adik "punk rock" ( baju hitam )
Sabtu, 24 Mei 2008 | By: jelikweyh

BeNgkek

10.00 PM
Best nyer , berkobar - kobar "ana" nak balik dari kerja ... awal tuh tunggu depan staff entrance untuk punch card masa balik ... orang lain balik kol 11 PM , "ana" seorang balik kol 10 ... selalu malam2 bawak motor x sampai 40 KM sejam , malam nih "ana" pecut habis laju ... heheh ... tapi mulut istighfar x sudah2 ... yer lh ... tawakal habis nih ... dahlah rabun , silau lak tuh ... paham2 jer lh ... excited nyer pasal ...

11.30 PM
Saat2 bahagia telah tercerai dari badan dengan rakus sekali apabila dimaklumkan bahawa tempahan tiket "ana" ke Batu Pahat telah dibatalkan ... Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan "ana" pada waktu itu ... "Ana" mahu menghadiri walimah rakan sepermainan ketika kecil dahulu ... Secara kebetulan , "ana" tidak mengambil tahu perihal semasa sama ada dalam akhbar @ TV ... K***O****M Bas Ekspres telah digantung permit perkhidmatannya ... sebelum ini ayah ada berkata mengenainya tapi "ana" pergi ambil mudah jerk ... "ana" jawab "company bas lain kot ayah ..." ... bila nak naik , kan dah takder ... rasa nak sepak jer muka penjual tiket tuh ... nasib baik der bagi balik duit ganti rugi tapi "ana" nak bas ... bukan duit ... Patutnya , kalau diorang dah kena hukuman cam tuh , tolonglah pelanggan diorang tukarkan tiket dengan syarikat bas lain , bukannya jauh pun ... kaunter dekat2 jerk ... sebelah2 gitu ... Allah kasi otak , itu pun tarak tahu guna ... Penat wo malam tuh ayah carikan bas untuk ke sana ... dalam kepala "ana" berlegar - legar juga mahu mengambil flight air asia ... heheh ... masa tengah pusing2 cari transport ke batu pahat , "ana" & ayah nampak juga bas daripada company tuh berlegar - legar dalam bandar Ipoh ... dalam paler , terpikir gak ... kalau permit perkhidmatan digantung , macam mana rupanya ??? bas still berjalan , kaunter tiket bas takder plak lekat pasal notis pergantungan permit tuh ... pastu terima jer bayaran tempahan ... ntahlah ... tak tahu nak cakap salah siapa ... pengorbanan seorang ayah ... ayah hantar "ana" sampai stesyen bas Puduraya ... tapi bas tetap tiada ... pukul 7.30 AM baru bas bertolak ... "ana" nak cepat ... ayah tanya tambang teksi ke batu pahat : RM 250 ++ ... cis , cekik darah nyer ... "baik aku hantar sendiri ... seratus pun x sampai " kata ayah ... cayer tak yang ayah "ana" hantar "ana" ke Batu Pahat ??? betul lah ... beliau hantar ... rasa macam tak percaya plak ... tapi , "ana" hanya berdiam diri sepanjang perjalanan ... diam tanda berfikir ... fikir pasal per ntah ... huhu


Bas yang kononnya tengah digantung permit perkhidmatan nih tengah berhenti untuk ambil penumpang ... Snap kat Perhentian Bas Medan Gopeng , Ipoh ... "ana" pun tak paham apa maksud permit perkhidmatan bas digantung bila situasi ini berlaku ...
Khamis, 22 Mei 2008 | By: jelikweyh

BaCA jErK ...

Mendidik jiwa supaya sentiasa reda

Mensyukuri nikmat dan sabar ketika ditimpa musibah pengukur darjat keimanan . FIRMAN Allah yang bermaksud:

“Allah maha berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” (Surah al-Mulk, ayat 1-2)

Menyingkap maksud firman Allah itu , manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan . Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah . Bagi Allah segala- galanya adalah kebaikan untuk hambanya .

Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar . Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar.” (Maksud al-Hadis)

Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah sehingga roh bercerai daripada badan . Firman Allah yang bermaksud:

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah maha mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta,” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan . Manusia juga dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat .

Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman. Allah berfirman yang bermaksud:

“Maka ambillah pelajaran wahai orang yang memiliki mata hati.” (Surah al-Haysr, ayat 2)

Sering kali kita terdengar rungutan apabila hari hujan kerana hujan yang turun menyusahkan untuk ke pejabat atau ke mana saja sedangkan bagi tukang kebun atau petani, hujan adalah rahmat Allah yang akan menyuburkan pokok serta tanaman mereka.

Begitulah kepelbagaian ragam dan persepsi dalam kehidupan. Segala penentuan Allah diterima dengan persepsi berbeza antara satu sama lain. Perbezaan sudut pandang ini bergantung kepada beberapa perkara seperti ilmu , keimanan , amalan dan ketakwaan seseorang.

Orang beriman sentiasa reda dan menerima segala ketentuan dengan hati tenang kerana mereka berfikir secara positif , mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa .

Setiap insan sentiasa mengharapkan kedamaian dan ketenangan hidup, bahkan manusia menginginkan kesenangan itu berpanjangan . Realiti kehidupan tidak selalu begitu kerana langit tidak selalunya cerah.

Panduan berikut boleh dijadikan pedoman untuk mendidik diri menerima sesuatu peristiwa baik atau buruk dengan penuh keredaan. Dengannya kita akan berasa tenang dalam menerima sesuatu dengan rela hati.

Bersyukur kepada Allah dan membilang nikmatnya

Kita beriman bahawa Allah tetap memberi nikmat di dunia kepada semua hamba-Nya . Apabila kita mendapat nikmatnya kita bersyukur dan mengiktiraf nikmat itu supaya tidak lupa jasa Allah . Firman Allah yang bermaksud:

“Allah sudah menyempurnakan nikmat-Nya kepada kalian baik yang zahir mahupun yang batin.” - (Surah Luqman, ayat 20)

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya.” (Surah Ibrahim, ayat 34)

Nabi Sulaiman yang dikurniakan kerajaan dan kekayaan berkata:

“Ini termasuk dalam kurnia Tuhanmu untuk menguji aku adakah aku bersyukur atau kufur nikmat.” (Surah an-Namlu, ayat 20)

Syukur bukan setakat mengucapkannya tetapi kita perlu zahirkan kelakuan orang yang bersyukur dalam bentuk perbuatan. Contohnya, apabila seseorang itu mendapat keuntungan daripada perniagaan diusahakannya, dia akan dibelanjakan ke jalan halal dengan ikhlas.

Musibah menghapuskan dosa

Kita menerima musibah dengan positif untuk menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan .

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya.” (Maksud al-Hadis)

Bersabar tanda kemenangan

Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar . Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat . Firman Allah yang bermaksud :

“Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat.” (Surah al-Hadid, ayat 23)

Berdoa dan memohon pertolongan hanya kepada Allah

Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, yakin dan kenalilah Allah ketika senang nescaya Allah akan mengenali kita ketika susah. Berdoa dengan khusyuk dan jadikan berdoa para nabi sebagai panduan.

Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam keadaan genting. Kita juga tahu Allah memakbulkan doa mereka. Nabi Ibrahim berdoa memohon pertolongan Allah ketika dibakar dalam unggun api yang marak menyala, Nabi Muhammad ketika perang Badar dan Nabi Musa yang cemas ketika di kepung Firaun di Laut Merah dan saat kegelapan Nabi Yunus dalam perut ikan.

Membaca al-Quran

Al-Quran adalah kitab rujukan utama kepada setiap mukmin yang cemerlang. Kitab ini perlu dibaca dan fahami maksudnya setiap hari dengan tujuan melembutkan hati serta mendidik jiwa supaya istiqamah dalam amalan yang baik.

Allah sentiasa mengingatkan supaya mengambil pendekatan sederhana kerana keluh kesah akan menambah lagi musibah. Apabila menerima sesuatu musibah, kita zahirkan rasa syukur dengan membandingkan musibah lebih besar atau membandingkan musibah dihadapi orang lain.

Mengambil pelajaran dan melihat sesuatu hikmah dalam setiap perkara akan melahirkan insan yang celik perasaan serta mampu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.

Sumbangan : narsyid@skype.com ... dh minta izin yerk ... no saman2
:wave:
Isnin, 19 Mei 2008 | By: jelikweyh

B.U.A.H ... BuuuaHhh !!!

:woooh:


Take the What Fruit Are You? test by Ellen!
:woooh:

nih dh x der kj lh nih ... bkn2 jerk tp "ana" mmg gila tomato
Jumaat, 16 Mei 2008 | By: jelikweyh

CiKgU , UsTaZ & uStAzaH ... RiNdU



GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita & lampu segalanya
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis - baca

Nukilan : Allahyarham Dr Usman Awang
:hi:
"Ana" teringat bagaimana "ana" mengetahui mengenai sajak ini . Penasihat pusat sumber SMK Ulu Kinta 2007 ( cikgu azli ) suruh "ana" cari sajak ini untuk dideklamasikan oleh pengawas pusat sumber ... Jenuh jugalah sebab kena pusing satu sekolah untuk mencari sajak ini yang telah diukir di dinding sekolah ... akhirnya , "ana" jumpa juga di bawah tangga pejabat sebelah public phone ... setelah menyalin , "ana" hayatinya buat seketika ... syahdu sungguh sajak ini ... sajak ini telah dideklamasikan oleh sahabat karib "ana" sendiri pada hari guru ( "ana" tak boleh nak perform sebab "ana" dah jadi MC " ... hehehe ) ... ada petikan gitar masa kawan "ana" perform ... lagi best ... tapi jika difikir - fikirkan balik , memang betul bait2 yang telah dinukilkan ... Setiap yang berjaya pasti telah diajar oleh seorang cikgu walaupun cikgu itu tidak mendapat tauliah dari mana2 pusat pengajian tinggi atau mana2 kerajaan atau badan berkenaan ... walaupun teman yang memberi tunjuk ajar mengenai sedikit ilmu , teman itu dikira sebagai seorang guru walaupun anda tidak memanggilnya dengan panggilan "sifu" , cikgu dan lain - lain ... "ana" pelik dengan diri "ana" ... "ana" mahu berjumpa guru2 terutama yang telah mengajarkan ilmu kepada "ana" tetapi entahlah ... terkenang2 dosa2 & kenakalan terdahulu dengan bekas2 guru ... perkara ini menyekat "ana" dari berjumpa mereka ... yang paling "ana" pelik , kenapa mesti nak ajak kawan apabila berjumpa guru ? malu ?? segan ?? sajer untuk menambah teman berborak ?? entahlah ... tapi ok lah juga kan , mereka pergi juga menziarahi guru mereka ... "ana" cakap orang jerk ... "ana" tak pegi pun ... apa2 lah ... dalam masa terdekat , "ana" akan meluangkan masa untuk menjenguk bekas2 guru seorang diri ... one - by - one ... nak tahu pendapat mereka mengenai evolusi diri "ana" secara peribadi ... lagipun , sijil SPM kat madrasah tak tuntut lagi ... hehehe ... rindu nyer kat cikgu ... Dr Sheikh Muzaffar asyik pergi sekolah2 lama dia setelah menjadi angkasawan ... beliau menyeru supaya rakyat2 Malaysia yang telah berjaya menziarahi kembali tempat mereka menuntut ilmu ... yang paling penting , tiupkan semangat kepada mereka supaya mereka berjaya seperti kita ... "ana" berazam suatu hari nanti , "ana" akan kembali ke sekolah lama "ana" ... "ana" akan buat apa yang termampu ... rasa macam nak buat website untuk sekolah lah pula ... hehehe ... kalau ada rezeqi masa , "ana" wat lah ... bakti untuk sekolah kata kan ... nak tolong dengan duit , diri sendiri pun tak tertolong ... ish3 ... di kesempatan ini , "ana" nak wish SELAMAT HARI GURU kepada bekas guru2 di TASKI ABIM Asy - Syakirin sesi 1994 kelas 6 tahun 2 ( cikgu fauziah , cikgu ina & cikgu ida ) ; Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiah , Ipoh sesi 1995 - 1999 yang mengajar kelas 1B , 2A , 3A , 4A , 5 Al - Amanah ( Ustazah Chalida , Ustaz Uzair , Ustazah Yusliza , Ustazah Salina , Ustazah Norhayati , Ustazah Zakiah , Ustaz Tajuddin , Ustaz Abdullah , Ustaz Salleh , Ustazah Norizan , Ustazah Halimahton Sa'adiah , Ustazah noorazura , Ustazah Rafizahtoon , Ustaz Azmi , Ustaz Azizi , Cikgu Aziz , Cikgu Zairul Azfar dan lain - lain [maaf jika nama tidak tersenarai ] ) ; Sekolah Agama Rakyat Pasukan Gerakan Am sesi 1995 - 1999 ( ustazah nooraini , ustazah intan , ustazah aini azla , ustazah aisyah , ustazah fariha , ustazah syamsiah , ustazah fauziah , ustazah habibah , ustazah zuraini , ustazah haliza [maaf jika nama anda tak tersenarai] ; Sekolah Kebangsaan Tanjung Rambutan sesi 2000 yang mengajar kelas 6 Tanjung , ( Cikgu Syarifah , Cikgu Nor Azlina , Cikgu Fairul Nazwa , Cikgu Noordin , Ustazah Sarah , Cikgu Husni , Cikgu Marziatul Asyikin [ maaf jika nama tidak tersenarai ] ) ; guru2 Madrasah Idrisiah sesi 2001 - 2005 kelas 1 Ibn Sina , 2 Ibn Khaldun , 3 Ibn Khaldun , 4 Ibn Khaldun & 5 Ibn Khaldun ( Ustazah Rosmawati , Cikgu Salim , Cikgu Azman , Cikgu Nasariah , Ustazah Syarifah Aminah Wafa & suaminya [luper dh nm nyer ] , Cikgu Azmi , Cikgu Hisyam Fahmi , Cikgu Fatimah , Ustaz Khairul Anwar El - Syazalli , Cikgu Hasnul Asri [ baru jumpa dia tapi senyum jerk ] , Cikgu Kamaruddin Wok , Ustaz Kamaruddin Ahmad [ mudir ] , Ustaz Anwar Jusoh [ naib mudir ] , Cikgu Hamdan Hussein [ PK HEP , dh pencen ] , Mr Abd Rahman Najib , Cikgu Idris , Cikgu Wan Zainab , Cikgu Juneidah , Cikgu Nor Azina , Cikgu Mohamad , Cikgu Faisal , Cikgu Yaakob , Cikgu Zakaria , Cikgu Rahim [ penyelaras Pusat Sumber ] , Ustaz Asta Zawawi , Ustazah Norliza , Ustazah Suhaili Naim & suaminya [ x ingat nama der , igt cikgu MABA junior jerk nama dia ] , Ustazah Hasnida [ yang lain2 , maaf lah kalau nama x tersenarai tapi kalau tegur , saya akan ingat ] ) ; guru2 SMK Ulu Kinta sesi 2006 - 2007 kelas 6 rendah 3 & 6 atas 3 ( Cikgu Nooraini Yaakob , Cikgu Victor , Cikgu Norahsani , Cikgu Pushpa , Cikgu Suzana , Cikgu Jaafar , Mr Harjit , Mrs Azira , Cikgu Sarah , Cikgu Haliza , Cikgu Kho Choon Quan [ cikgu persatuan math ] , Cikgu Arif [ cikgu kadet remaja sekolah ] , cikgu Azli & Cikgu Hamizah [ penyelaras pusat sumber ] [ maaf jika nama anda tidak tersenarai ] ) dan cikgu2 yang telah memberi tunjuk ajar walaupun "ana" tidak menggelarnya dengan panggilan seorang guru ... Al - Fatihah buat bekas guru yang telah kembali ke Rahmatullah iaitu Mua'allim Abd Aziz ( Guru Besar Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiah ) & Mrs Salmah ( Guru kelas semasa Tingkatan 2 ) jasa mereka masih dikenang walaupun jasad mereka telah tiada di Bumi ini ...

GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG ... tema hari guru 2008 ... kerana guru "ana" tahu tulis , baca & kira ... kerana guru juga "ana" pelajari ketabahan mereka dalam mendidik anak bangsa ... TERIMA KASIH GURU ...
Khamis, 15 Mei 2008 | By: jelikweyh

TaZKiRaH ...

:woooh:

"Ana" mahu berkongsi tazkirah sahabat2 yang diberikan kepada "ana". Antaranya :

1 ) Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga, pada hari qiamat kelak." (Abu Daud dan Ibnu Majjah)
:hi:
2 ) Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya
:eheh:
3 ) Ibnul qayyim mngatakan.. "Tidaklah sekali-kali Allah Taala menguji hambaNya dgn godaan hawa nafsu dan kederhakaan,tiada lain ia brtujuan mengarahkannya supaya brjuang & melawan shgga prjuangan itu akn mlahirkan cinta kpd Allah....
:please:
4 ) Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin). Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
:wala:
5 ) saling menyemangati di pagi hari." Beri Hatimu hanya utk Allah, pasti Dia temukan dgn pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Dia aturkan seluruh hidupmu sebaiknya"
:devilishgrin:
6 ) Tidak ada manusia yang sempurna dan bersih dari kesilapan..Namun,berusaha menuju kesempurnaan adalah satu usaha yang harus diteruskan selagi hayat dikandung badan.Perbaikilah diri dengan menambahkan ilmu dan amalan..Kutiplah pesanan disepanjang perjalanan hidup kerana kita melalui lorong masa yang sehala..Pasti ada rahsia ajaran yang mampu dijadikan panduan.Semoga dengan itu akan bertambahlah kematangan.Sesungguhnya kita semua adalah hambaNya yang punya kelemahan dan kekurangan
:hilo:
Semoga kita semua mendapat pengajaran daripada tazkirah2 pendek yang dibekalkan .
Isnin, 12 Mei 2008 | By: jelikweyh

BaRcA - 1 vS ReAL maDRid - 4



94'
Second Half ends, Real Madrid 4, Barcelona 1. ::(

92'
Second yellow card to Xavi (Barcelona) :argh:

92'
Xavi (Barcelona) is shown the yellow card. :scream:

92'
Attempt blocked. Lionel Messi (Barcelona) left footed shot from outside the box
is blocked . :sleep:

91'
Pepe (Real Madrid) is shown the yellow card for a bad foul. :woooh:

91'
Foul by Pepe (Real Madrid). :ahaha:

91'
Thierry Henry (Barcelona) wins a free kick in the attacking half. :woooh:

90'
Offside, Real Madrid. Mahamadou Diarra tries a through ball, but Sneijder is
caught offside. :sleep:

89'
Marcelo (Real Madrid) wins a free kick in his own half. :ayokona:

89'
Foul by Giovanni (Barcelona). :tsk:

87'
Goal! Real Madrid 4, Barcelona 1. Thierry Henry (Barcelona) right footed shot from outside the box to the bottom right corner. Assisted by Lionel Messi with a through ball following a fast break.( ALHAMDULILLAH !!!!! ) :inlove:

86'
Attempt missed. Lionel Messi (Barcelona) left footed shot from outside the box is close, but misses the top left corner. Assisted by Xavi following a corner. :sleep:

86'
Corner, Barcelona. Conceded by Iker Casillas. :sleep:

86'
Attempt saved. Lionel Messi (Barcelona) right footed shot from a difficult angle on the right is saved in the bottom right corner. Assisted by Bojan Krkic. :sleep:

83'
Gabriel Heinze (Real Madrid) is shown the yellow card for a bad foul. :devilishgrin:

83'
Foul by Gabriel Heinze (Real Madrid). :devilishgrin:

83'
Bojan Krkic (Barcelona) wins a free kick in the attacking half. :lamagawa:

82'
Corner, Barcelona. Conceded by Iker Casillas. :sleep:

82'
Attempt saved. Lionel Messi (Barcelona) left footed shot from outside the box is saved in the bottom left corner. Assisted by Giovanni. :sleep:

81'
Foul by Marcelo (Real Madrid). :ahaha:

81'
Thierry Henry (Barcelona) wins a free kick in his own half. :woooh:

80'
Attempt saved. Ruud van Nistelrooy (Real Madrid) right footed shot from the right side of the six yard box is saved in the centre of the goal. Assisted by Robinho with a through ball. :sleep:

78'
Goal! Real Madrid 4, Barcelona 0. Ruud van Nistelrooy (Real Madrid) converts the penalty with a right footed shot to the bottom right corner. ( SHIT !!! ) :sobrakana:

76'
Penalty conceded by Carles Puyol (Barcelona) with a hand ball in the penalty area. :sleep:

76'
Substitution, Real Madrid. Ruud van Nistelrooy forward replaces Raúl. :sleep:

75'
Attempt missed. Gonzalo Higuaín (Real Madrid) header from the centre of the box is too high. Assisted by Wesley Sneijder with a cross following a corner. :sleep:

74'
Corner, Real Madrid. Conceded by Víctor Valdés. :sleep:

72'
Substitution, Real Madrid. Robinho forward replaces Guti. :sleep:

72'
Foul by Fernando Gago (Real Madrid). :sleep:

72'
Thierry Henry (Barcelona) wins a free kick in the attacking half. :woooh:

69'
Offside, Barcelona. Thierry Henry tries a through ball, but dos Santos is caught offside. :yawn:

67'
Corner, Real Madrid. Conceded by Víctor Valdés. :sleep:

67'
Attempt saved. Marcelo (Real Madrid) right footed shot from the centre of the box is saved in the bottom right corner. Assisted by Wesley Sneijder. :sleep:

66'
Guti (Real Madrid) wins a free kick in the attacking half. :sleep:

66'
Foul by Xavi (Barcelona). :sigh:

65'
Attempt missed. Thierry Henry (Barcelona) right footed shot from outside the box is close, but misses to the left. Assisted by Giovanni. :puppyeyes:

63'
Goal! Real Madrid 3, Barcelona 0. Gonzalo Higuaín (Real Madrid) left footed shot from the centre of the box to the bottom right corner. Assisted by Mahamadou Diarra.( GRRRR !!! ... ) :galit:

62'
Substitution, Real Madrid. Gonzalo Higuaín forward replaces Arjen Robben. :sleep:

61'
Foul by Raúl (Real Madrid). :woooh:

61'
Edmílson (Barcelona) wins a free kick in his own half. :devilishgrin:

61'
Attempt blocked. Mahamadou Diarra (Real Madrid) right footed shot from the centre of the box is blocked. :sleep:

60'
Substitution, Barcelona. Edmílson midfielder replaces Sylvinho because of an injury. :sleep:

60'
Delay over. They are ready to continue. :sleep:

59'
Delay in match Sylvinho (Barcelona) because of an injury. :scream:

59'
Corner, Real Madrid. Conceded by Eric Abidal. :sleep:

59'
Attempt blocked. Arjen Robben (Real Madrid) left footed shot from outside the box is blocked. :sleep:

58'
Delay over. They are ready to continue. :wala:

58'
Víctor Valdés (Barcelona) is shown the yellow card. :ha?:

57'
Delay in match Marcelo (Real Madrid) because of an injury. :woooh:

55'
Attempt missed. Mahamadou Diarra (Real Madrid) right footed shot from outside the box misses to the left. Assisted by Guti. :sleep:

54'
Offside, Barcelona. Lionel Messi tries a through ball, but dos Santos is caught offside. :tsk:

54'
Attempt saved. Mahamadou Diarra (Real Madrid) right footed shot from outside the box is saved in the bottom right corner. Assisted by Guti. :sleep:

52'
Gabriel Heinze (Real Madrid) wins a free kick in his own half. :sleep:

52'
Foul by Lionel Messi (Barcelona). :sleep:

51'
Giovanni (Barcelona) wins a free kick in his own half. :sweaty:

51'
Foul by Fernando Gago (Real Madrid). :sleep:

51'
Offside, Real Madrid. Arjen Robben tries a through ball, but Heinze is caught offside. :eheh:

50'
Thierry Henry (Barcelona) is shown the yellow card for a bad foul. :waaah:

50'
Foul by Thierry Henry (Barcelona). :galit:

50'
Pepe (Real Madrid) wins a free kick in his own half. :sleep:

48'
Foul by Sylvinho (Barcelona). :devilishgrin:

48'
Sergio Ramos (Real Madrid) wins a free kick on the right wing. :sleep:

48'
First Half ends, Real Madrid 2, Barcelona 0. :ayokona:

47'
Foul by Gianluca Zambrotta (Barcelona). :sleep:

47'
Guti (Real Madrid) wins a free kick on the left wing. :sleep:

47'
Offside, Real Madrid. Guti tries a through ball, but Robben is caught offside. :sleep:

46'
Attempt missed. Bojan Krkic (Barcelona) header from the centre of the box is close, but misses to the right. Assisted by Sylvinho with a cross. :sleep:

46'
Attempt missed. Xavi (Barcelona) right footed shot from outside the box is just a bit too high from a direct free kick. :anoto:

46'
Foul by Fernando Gago (Real Madrid). :woooh:

46'
Bojan Krkic (Barcelona) wins a free kick in the attacking half. :woooh:

45'
Substitution, Barcelona. Sylvinho defender replaces Rafael Márquez. :sleep:

42'
Marcelo (Real Madrid) wins a free kick in his own half. :sleep:

42'
Foul by Giovanni (Barcelona). :sleep:

41'
Wesley Sneijder (Real Madrid) is shown the yellow card for a bad foul. :ahaha:

41'
Rafael Márquez (Barcelona) wins a free kick in his own half. :woooh:

41'
Foul by Wesley Sneijder (Real Madrid). :sleep:

41'
Foul by Xavi (Barcelona). :sleep:

41'
Pepe (Real Madrid) wins a free kick in his own half. :sleep:

40'
Attempt missed. Arjen Robben (Real Madrid) left footed shot from the left side of the box is too high. Assisted by Mahamadou Diarra. :sleep:

40'
Attempt saved. Arjen Robben (Real Madrid) left footed shot from the left side of the box is saved in the bottom right corner. Assisted by Wesley Sneijder. :sleep:

39'
Offside, Real Madrid. Wesley Sneijder tries a through ball, but Ramos is caught offside. :sleep:

39'
Rafael Márquez (Barcelona) is shown the yellow card for a bad foul. :scream:

39'
Foul by Rafael Márquez (Barcelona). :yawn:

39'
Wesley Sneijder (Real Madrid) wins a free kick on the left wing. :sleep:

38'
Hand ball by Lionel Messi (Barcelona). :sleep:

37'
Hand ball by Wesley Sneijder (Real Madrid). :woooh:

37'
Corner, Real Madrid. Conceded by Eric Abidal. :sleep:

37'
Attempt blocked. Wesley Sneijder (Real Madrid) left footed shot from the left side of the box is blocked. Assisted by Marcelo. :sleep:

36'
Foul by Gnegneri Yaya Toure (Barcelona). :sleep:

36'
Mahamadou Diarra (Real Madrid) wins a free kick in his own half. :sleep:

36'
Foul by Lionel Messi (Barcelona). :sleep:

36'
Fernando Gago (Real Madrid) wins a free kick in his own half. :sleep:

34'
Attempt saved. Guti (Real Madrid) left footed shot from the left side of the box is saved in the centre of the goal. Assisted by Wesley Sneijder with a through ball. :sleep:

33'
Foul by Rafael Márquez (Barcelona). :sleep:

33'
Mahamadou Diarra (Real Madrid) wins a free kick in the attacking half. :sleep:

33'
Offside, Barcelona. Bojan Krkic tries a through ball, but dos Santos is caught offside. :sleep:

32'
Attempt missed. Giovanni (Barcelona) left footed shot from long range on the right is high and wide to the left. Assisted by Xavi. :sleep:

30'
Foul by Thierry Henry (Barcelona). :sleep:

30'
Sergio Ramos (Real Madrid) wins a free kick in his own half. :sleep:

30'
Offside, Real Madrid. Fernando Gago tries a through ball, but González Blanco is caught offside. :sleep:

30'
Attempt blocked. Wesley Sneijder (Real Madrid) left footed shot from the left side of the box is blocked. Assisted by Guti. :sleep:

28'
Rafael Márquez (Barcelona) wins a free kick in his own half. :woooh:

28'
Foul by Arjen Robben (Real Madrid). :yawn:

28'
Hand ball by Lionel Messi (Barcelona). :sleep:

26'
Attempt missed. Thierry Henry (Barcelona) right footed shot from outside the box is close, but misses to the right from a direct free kick. :yawn:

26'
Lionel Messi (Barcelona) wins a free kick in the attacking half. :inlove:

26'
Foul by Wesley Sneijder (Real Madrid). :sleep:

24'
Attempt missed. Bojan Krkic (Barcelona) right footed shot from the left side of the box is high and wide to the right. Assisted by Lionel Messi. :sleep:

24'
Attempt blocked. Lionel Messi (Barcelona) left footed shot from outside the box is blocked. Assisted by Giovanni. :sleep:

24'
Substitution, Barcelona. Giovanni midfielder replaces Eidur Gudjohnsen. :sleep:

23'
Foul by Guti (Real Madrid). :sigh:

23'
Lionel Messi (Barcelona) wins a free kick on the right wing. :eheh:

23'
Attempt saved. Lionel Messi (Barcelona) left footed shot from long range on the right is saved in the top centre of the goal. :sleep:

22'
Lionel Messi (Barcelona) wins a free kick on the right wing. :inlove:

22'
Foul by Gabriel Heinze (Real Madrid). :wala:

21'
Goal! Real Madrid 2, Barcelona 0. Arjen Robben (Real Madrid) header from very close range to the bottom right corner. Assisted by Guti with a cross following a set piece situation.( ARGGHHHH !!! ... ) :argh:

20'
Gnegneri Yaya Toure (Barcelona) is shown the yellow card. ::(

19'
Foul by Eric Abidal (Barcelona). :tsk:

19'
Sergio Ramos (Real Madrid) wins a free kick in the attacking half. :yawn:

18'
Attempt saved. Fernando Gago (Real Madrid) right footed shot from outside the box is saved in the bottom right corner. :sleep:

17'
Corner, Real Madrid. Conceded by Gnegneri Yaya Toure. :sleep:

17'
Attempt blocked. Wesley Sneijder (Real Madrid) right footed shot from outside the box is blocked. :sleep:

16'
Foul by Gianluca Zambrotta (Barcelona). :ha?:

16'
Marcelo (Real Madrid) wins a free kick in the attacking half. :yawn:

14'
Offside, Real Madrid. Guti tries a through ball, but González Blanco is caught offside. :okay:

13'
Goal! Real Madrid 1, Barcelona 0. Raúl (Real Madrid) left footed shot from outside the box to the bottom left corner. Assisted by Guti. ( aucchhh !!! ... ) :sakit:

12'
Gianluca Zambrotta (Barcelona) wins a free kick on the right wing. :eheh:

12'
Foul by Fernando Gago (Real Madrid). :woooh:

8'
Offside, Real Madrid. Arjen Robben tries a through ball, but da Silva Júnior is caught offside. :woooh:

4'
Offside, Real Madrid. Wesley Sneijder tries a through ball, but González Blanco is caught offside. :woooh:

2'
Attempt missed. Eidur Gudjohnsen (Barcelona) right footed shot from outside the box misses to the left. Assisted by Xavi following a corner. :sleep:

2'
Corner, Barcelona. Conceded by Sergio Ramos. :sleep:

2'
Attempt saved. Arjen Robben (Real Madrid) left footed shot from outside the box is saved in the bottom left corner. Assisted by Wesley Sneijder. :sleep:

0'
Match ends, Real Madrid 4, Barcelona 1. :scream:

0'
Second Half begins Real Madrid 2, Barcelona 0. :ayokona:

0'
First Half begins. :hi:

0'
Lineups are announced and players are warming up :woooh:
Ahad, 11 Mei 2008 | By: jelikweyh

BeGkU

Inilah rupa patik ... hitam itu menawan ... tapi RAJA patik sahaja yang sudi menyunting patik


Gambar mengikut pusingan jam : botol air 100 plus , majalah PC Mei 2008 , tali tag kerja yang disangkut nametag , pen & mini memo pad , IC & lesen , stationary ( whiteboard artline , highlight , pensel PILOT the shaker & gel pen , penanda buku hadiah beli potato crisp Silverbird , bekas spek mata beserta spek di dalam & kalendar KFC 2008 ... Tiada dalam gambar : telekung ... nih sumer makhluk2 yang hidup di dalam tubuh patik sewaktu RAJA patik menulis tentang patik ...

mohon ampun semua ... nama patik ESPPIT ... patik merupakan klon kepada ESPRIT ... Patik menjadi milik RAJA setelah dibeli dengan harga RM 43 di sebuah kedai di bandar Segamat , Johor Darul Ta'azim ... RAJA amat menyayangi patik sehinggakan patik tidak pernah diletakkan di atas lantai apatah lagi tanah ... patik sering digantung di tingkap , tombol pintu @ diletakkan di sebelah bantal beradu baginda ... kerana patik dibeli menggunakan baki duit raya baginda yang tinggal ... RAJA patik menjadi miskin setelah memiliki patik walaupun sebahagian besar duit raya tersebut disimpan di dalam akaun bank ... Patik menjadi milik RAJA secara rasmi pada pertengahan raya aidilfitri tahun 2003 & digunakan secara rasmi pada awal Januari tahun 2004 ... Sejak dari hari itu , RAJA akan mengheret patik walau ke mana sahaja baginda pergi sehingga bank pelaburan paling busuk pun patik pernah dibawa berkunjung ... kalau tuan & puan2 hamba mahu tahu , RAJA patik menggunakan beg duit semasa baginda darjah 6 . selepas itu , baginda tak guna ... menyusahkan titahnya ... jika tidak membawa patik , baginda lebih gemar memakai seluar kargo ( seluar yang mempunyai banyak poket ) ... senang untuk main sumbat2 ... sewaktu orang lain sibuk gilakan beg duit ... RAJA patik buat endah tak endah sahaja ... beg duit sewaktu baginda di darjah 6 itu adalah hadiah ayahanda & bonda baginda ... Patik akan dibawa kemana - mana sahaja ... Patik pernah dipilih untuk membawa buku semasa ke sekolah , pernah juga dipilih untuk disorokkan barang2 haram sewaktu di madrasah dahulu , malah pernah juga dipilih untuk diisikan kain baju semasa melancong , bersiar - siar & berjalan - jalan ke rumah kenalan handai serta kerabat2 baginda ... barang2 penting seperti duit , pengenalan diri , handphone & lain2 dicampakkan sahaja ke tubuh patik ... patik pernah mengecewakan RAJA ... semasa beginda mengikuti pengajian peringkat 6 atas , patik tidak dapat lagi menampung buku2 baginda kerana patik tercedera ... zip yang merupakan salah satu anggota badan patik tidak boleh digunakan ... patik berasa sangat sedih kerana telah mengecewakan baginda ... patik terlalu dimanjai sehingga patik terbiasa dengan kesenangan yang patik alami ... patik selalu membayangkan bahawa riwayat patik akan berakhir dengan RAJA akan membuang patik ke tempat Encik Tong Sam Pah ... patik sangat2 terharu apabila mendapati RAJA berusaha keras mencari tabib membaiki beg ... RAJA sangat bertuah apabila bonda baginda berjaya mendapatkan seorang tukang yang mahir ... patik telah berjanji kepada diri sendiri untuk berkhidmat kepada tuan patik sehingga tahun 2013 apabila patik telah pulih ... sehingga sekarang , walaupun RAJA telah memiliki wang sendiri , RAJA tidak bercadang untuk mencari pengganti patik ... dalam setiap perhubungan tidak kira sama ada melibatkan makhluk @ objek ... istilah "give & take" tidak akan pernah menjauhi perhubungan itu ... mungkin sebab itu RAJA & patik masih kekal sehingga kini ...

P / S : Autobiografi ini didedikasikan khas buat Sifu M ... semoga beliau terhibur dengan nukilan RAJA patik ...


Sabtu, 10 Mei 2008 | By: jelikweyh

SuKa dUkA BLoGgEr

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.
Jumaat, 9 Mei 2008 | By: jelikweyh

i MiSs ThiS sOnG



Father & Son - Cat Steven ft . Ronan Keating
Isnin, 5 Mei 2008 | By: jelikweyh

SUjuD

Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam... Sama2lah kita mengamalkannya....... WallahuA'lam Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

P / S : "ana" dah dapat 10 kali ganda dari Tuhan ... acah jerk ... terima kasih kepada pak cik dzul kerana menaja entry nih ... Good luck yerk pak cik dzul dlm imtihan ... sayang "anta" lebih r dari Pak Lah Badawi :)
Ahad, 4 Mei 2008 | By: jelikweyh

Ku BeRsAmaMu - DeVoTeEs

Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Dikau pernah bertanya
Bila bahgia akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang ESA

Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini

Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini

Kini terungkai sudah
kisah hidup kita
Berbekal taat dan sabar
Pastikan berjaya

P / S : Dedikasi untuk teman2 yang pernah @ sedang rapat denganku ... kalau nak dengar , klik kat sidebar PENENANG JIWA ...