Sabtu, 27 Disember 2008 | By: jelikweyh

HaPpY NeW YeAr !!!


Kita semua tahu di dalam calendar tercatit 29 Disember 2008 jatuh pada 1 Muharram 1430 Hijrah iaitu tahun baru Islam. Jadi wajar la kita semua ambil peluang ini dengan membaca doanya : Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Ini lah Doa nya :

Barangsiapa yang membaca doa AKHIR tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini“.

Doa Akhir Tahun:


Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

entry ciplak dari Mr Bootalk ... hehe ... wish card tuh dipersilakan amek erk ... jangan segan2 & malu2 ... dialu2kan korang amek kad yang x seberapa tuh ... beta sedang bersiap untuk pulang ke kolej ...

NAK AWAL MUHARRAM NIH , LEH PULAK ADA MAKHLUK HINA RASULULLAH ... LAKNATULLAH ... SHI*!!!
Jumaat, 26 Disember 2008 | By: jelikweyh

LaPoRaN CuTi ...

Cuti sem "ana" bermula pada 18112008 ... tetapi "ana" pulang ke rumah pada 20112008 ... Cuti ini akan berakhir pada 27112008 ...

Sebenarnya "ana" mahu bekerja untuk menambahkan wang saku semasa cuti ini tetapi ayahanda menghalang ... nak melawan , qudrat "ana" terhad ... jadi , senyapkan ajelah ... pot pet pot pet di sini sudey ...

bosan ??? tak terkira bosannya ... nyakat adik & online & kerja2 download & baca2 ... rutin dari hari ke hari ... nak enjoy @ lepak2 , fulus tengah sengkek ... kawan2 lak tak der yang mahu datang ke rumah sebab masalah kenderaan ... beta pun tak boleh nak ke rumah mereka kerana driver sedang bercuti ... kekeke ... beta pergi rumah nabila & syafiqah sahaja ...

Tahap kebosanan semakin menjadi - jadi apabila beta sendiri dengan sukarelanya menonton filem2 Malaysia ( perkara yang kadang2 dilakukan ) ... tak cukup dengan itu , beta mengkhatamkan drama2 bersiri yang diterbitkan di TV3 ( Ta'in - 3T , Fara - semua musim , Mr Mama , Senario - sumer siri ) , 8TV ( Ghost ) & TV9 ( Sutun Kembali Lagi , Bong - semua musim & Pak pandir Moden ) ... sebelum2 nih , beta jarang tengok series drama sebab lambat sangat nak habis ...

Tahap kebosanan yang membuak ini membuatkan beta telah menonton beberapa talkshow seperi Latte@8 ( 8TV ) , Melodi ( TV3) & Destinasi Bajet 2 ( 8TV ) ... masa tengok Melodi , banyak jugak aksi2 meluat yang membuatkan beta semakin jelik dengan artis2 Malaysia ... sorry eyh ... beta tersangat jujur dalam memperkatakan sesuatu ... Tengok Anugerah Bintang Popular pun skip2 ... ahaha ... tengok video bola pun hari2 ...

tapi Latte@8 & Destinasi Bajet memang beta suka layan pung ... korang nampak link kerabat2 beta kat sebelah kanan nih ??? 1/3 dari jumlah link nih beta dah khatam entry2 mereka ... muahahah ... hal ini disebabkan oleh jumlah bahan2 bacaan yang terhad di rumah ... beta yang dah lama berenti baca novel2 jiwang pun boleh layan jerk ... novel2 jiwang tuh nairah pinjam kat kengkawan beliau ... beta ada membeli beberapa novel bercirikan islamic , tapi korang pepaham jer lah ... I'm speed reader ... kalau novel cintan takat 750 muka surat tuh , lepas subuh baca , sebelum asar dah habis dah ... kalau novel tuh banyak sangat monolognya , lagi cepat habis ... sebab beta baca langkau2 ... muahaha ... novel2 cinta nih normally like bollywood film ... tol x ??? nak beli buku2 yang mengerah otak ( tulisan berat seperti hal2 perniagaan , hal2 politik , hal2 pemimpin ) , fulus tak cukup ... adoyai ... Jadi , beta menjadikan sumber2 internet sebagai bahan bacaan beta ...

lepas tuh , beta cari filem2 yang bertemakan islam untuk membasuh otak sendiri & otak adik2 ( sebab tengok & baca macam2 ) ... huhu ... filem yang dijadikan sasaran untuk didownload ialah Baran , the color of paradise & children of heaven ... semua filem iran & diarahkan oleh majid majidi ... amek 3 jer duluk ... lain2 akan didonlod pada masa yang akan datang ... huhu ...

akhir sekali , beta ingin memohon kemaafan kepada teman2 blogger & YM ( especially lilo , ubey , neo , octa , luth , hafiz handasah , cik wan kembong , pacaq , ratu , fathihihi & sesaper lah kan yang beta suka kaco2 kat blog & YM ) , ampun maap dipinta lah erk ... jangan marah2 & dendam2 dengan beta ... tapi cuti nih best sebab beta dapat mengenali pacaq , ubey , octa & ratu secara lebih rapat walaupun tak pernah jumpa ... selalu baca jerk tulisan mereka tapi sekarang dah boleh borak2 & kacau2 ... besh3 ...

tapi paling spesial ubey lah kan ... memacam ilmu beliau turunkan kepada beta ... hahaha ... ilmu hitam ... ilmu putih ... ilmu warna warni , sumer der lecturekan secara YM ... ekekeke ... halalkan ilmu yang ko curahkan kt ak yerk ubey ...

beta wat entry nih bukannya apa ... nih menandakan beta dah nak berpisah sekejap dengan streamyx kat rumah yang bolehlah dikatakan laju ... lepas nih , rengganglah dengan blog & YM ... kalau beta tak berenggang tuh , maknanya ada lah ilmu Ubey yang berkesan ... heheh ... cuba kira baper kali beta sebut nama ubey nih ??? ubey lagi ... bior der tersedak sampai berak2 kat kelantan nun ... cara berterima kasih seorang anak murid kepada sifunya ... ahahah ...

terakhir ... sifu M nak tutup blog ... sedih lak ... beliau menceburi dunia blog pada tahun 2006 ker 2007 ... luper plak beta ... sebab dia , i feel that i wanna have a blog ... der bg support & lecture skit2 pasal blog ...

aswad belum pernah diformat , windows aswad masih belum diback-up , microsoft 2007 trial edition baru jerk expired ... aswad2 , macam2 hal lah ko nih ...
Khamis, 25 Disember 2008 | By: jelikweyh

nTaH ...

.:: UPDATE ::.
:hi:Merry christmas to all my christian friends ... "ana" tak sediakan wish card sebab kerabat blogger "ana" x ramai Kristian ... rakan2 di alam realiti seperti Stacy my housemate & ramai lagi yang beta malas nak sebutkan nama mereka ...
stacy special sebab beliau housemate "ana" semasa semester 1 & kemungkinan besar semester 2 nanti kami serumah ... siap ko stacy , "ana" pau adiah2 ko ... rindu tol kat ko stacy oiii ... nanti jangan kata aku luper kat ko plak ... nih besau pic ko aku letak ... jangan lupa bawak balik kuih raya tuh banyak2 ... hahah ... :ahaha:

jiran2 "ana" yang beragama kristian sangat baik ... mereka hantar juadah mereka kepada kami sekeluarga ... lepas maghrib karang , jiran sebelah ( keturunan punjabi , agama kristian ) telah menjemput kami sekeluarga ke rumah terbuka mereka ... kalau ibu pergi , maka "ana" akan pergi ... hehe ... tetiba "ana" jadi anak ibu ... hehe ...

"...tidak ada salahnya bagi seorang Muslim untuk mengucapkan selamat hari raya atau berpartisipasi dalam hari raya tersebut. Dengan syarat, dia tetap menjauhi hal-hal haram yang terkadang terjadi dalam acara seperti itu.


Hanya Allah-lah yang memberikan taufik.

***diambil daripada buku "Fiqh Maqasid Syariah" - Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi"

kalau korang nak baca tentang hukum kat atas nih , leh ler singgah rumah abu qittun meow ...

:kih:pepagi nih sajer wat aktiviti google2 ... skali terjumpa 1 nih ... entry nih khas untuk pengguna XPAX celcom biasa yang berumur dari 18 - 25 tahun ... sila klik sini untuk melihat per menderkah yang beta sedang sok sek kan ... :hello:

P/S : pagi tadi beta masak cekodok pisang weyh ... pagi semalam masak grilled macaroni ... dah nak balik kampus nih , tetiber tangan terasa gatal nak memasak walaupun sedar ibu jari kiri terkepak ... ahaha ... dulik per ... hendak 1000 daya , tak nak 1000 dalih ...
Selasa, 23 Disember 2008 | By: jelikweyh

FiNaL ShOpPiNg ...

Hari ini , matahari bersinar indah ... terang benderang ... Ibu telah menyiapkan lunch seawal 10.30AM ... Nafis adik kedua "ana" yang bekerja sementara di Jusco sedang offday ... Ibu dah ajak shopping semalam ... Nafis bangun jam 11 ... bermandi - mandi ... pakai baju ... surf myspace beliau menggunakan aswad ... tetiber terkuorlah ayat2 yang sadis dari mulut beliau ...

"weyh , korang nih kata nak shopping ri nih ... bangun punyalah awal , sudahnya aku yang bangun lambat siap duluk"

kami adik beradik tak mandi lagi rupanya ... hiks ... per lagik ... kelam kabut siap ... haha ... kami bertolak dari rumah kira2 jam 12.30PM ... Nafis yang berlesen L tuh drive kereta ... kami yang perempuan dok belakang ala2 mak datin =) ... aktiviti shopping dirancang & kami mengambil kata sepakat untuk shopping di Tesco yang berada di sebelah Jusco ( kat ipoh nih , ada 2 TESCO ... 1 tesco , lg 1 tesco extra ... dua2 tempat tuh dekat jerk ) ... 1st time shopping sakan tanpa ayahanda ( ayahanda ke kedah sebab kerja ) ... best sebab bebas skit ... kami 5 beradik beserta seorang ibu kuor bersama - sama ... bukan senang 5 beradik nak kuor bersama nih ... mahu membeli peralatan sekolah adik2 , peralatan nairah ( beliau tinggal di rumah sewa ) & peralatan "ana" ( x lama lagi nak balik kolej ) ... skali dalam troli penuh barang makanan jerk ... hahah ...

Kemahiran "ana" dalam pemilihan barang2 diperlukan terutama sekali untuk membeli kasut sekolah adik ... pemalas nyer promoter ... klu stok dah tak der , simpan ler sample pattern ... promoter brand pallas ( luper lak nak tanya nama u lengchai , kalau x memang dah canang dah nama u kat sini ) jerk ok ... lelain tuh , haih ... sib baik lerh beta nih pernah kerja dengan B.U.M , sentini & polo nyer kasut ... tahu ler gak nak godeh kasut2 tuh & cari sendirik saiz & pattern ... biasanya , sample pattern ad price & pattern code kat tapak kasut bagi memudahkan pembeli layan diri ... disebabkan tesco nih gudang , bising2 kat sini sudey ...

berlepas dari kaunter jam 3.15PM ... alamak , x zuhur lagi ... kami memutuskan yang chammy & nafis kena solat bergilir untuk jaga troli barang ... kami yang pompuan x leh ler nak bergilir sebab lambat bebenau bersiapnya ... solat di surau tesco secara berjema'ah ... ibu jadi imam , "ana" , nairah & adik itam jadi makmumnya ... syahdu jerk ms tuh sebab rasa macam dah lama tak berjema'ah dengan ibu ... nyesal plak sebab x berjemaah dengan ibu hari2 kat rumah padahal peluang tuh terbuka luas ... alahai

usai zuhur , kami dengan muka tersengih - sengih menuju ke tempat nafis sedang duduk ...

"dah zuhur lom???"
"lom..."
"chammy mana???"
"entah..."

kat situ gak "ana" hot ... 2 beradik soh gilir jaga troli pun x lepas ... chammy ilang ... nafis x semayang lagi ... haih ... ingatkan nak tinggalkan jerk chammy di situ ... nairah & adik itam mempunyai perasaan belas kasihan yang sangat tinggi jadi mereka volunteer nak cari chammy ... "ana" kasi h/p "ana" untuk kegunaan mereka ... nafis pegi amek kereta , "ana" & ibu menunggu di pintu masuk untuk kerja2 pemunggahan brg2 dr troli ke bonet kereta ... lepas tuh kami tunggu dalam kereta ... alhamdulillah , chammy berjaya dijumpai ... ingatkan nak pergi kedai buku sekolah plak ... nafis x solat lagi ... pulang ke rumah dahulu ...

selepas itu keluar shopping sekali lagi di pasaraya M.Ali ... dekat jerk dengan istana hinggap "ana" ... tapi "ana" x join sebab sibuk nak layan citer the color of paradise ... iran film ... hoho ...

P/S : malas weyh nak upload gambo ...
Ahad, 21 Disember 2008 | By: jelikweyh

MiCrOsOfT HaRdWaRe ...

:pis:halu3 !!! assalamualaykum ... selamat berhujung minggu sumer ... saper yang dah balik U pun , selamat kembali ke alam pengajian ... ( beta balik minggu depan ) ...

kali nih beta nak habaq kat hangpa sumer yang microsoft ada kuorkan hardware baru ... cun melecun weyh ... harga pun of course ler cun melecun ... hohoh:lumpat:
yang nih mouse ciptaan diorang ... nama der microsoft arc ... smart lah weyh ... besau & leh lipat2 gitu ( kalau tengok dekat2 , kurang 1cm ) ... wayarless sampai 10 meter ... kira kalau korang letak lappy dalam toilet korang , korang baring2 kat atas katil sambil pegang mouse nih ( baik humban lappy dlm mangkuk tandas ... hoho ) ... ada kaler itam & merah serta casing . harga around RM199 gitu ...

yang nih lak web cam der a.k.a. microsoft LifeCam Show ... cornfirm leh guna kat windows life massenger & windows live call ... kat skype , YM & gogle talk tak dapat dipastikan lagi leh guna 2 x ... hoho ... harga 299 hinggit ... gambar kompem cun 8.0 MP ...yang nih last nyer ... keyboard der atau nama penuh dia microsoft sidewinder x6 ... keyboard nih leh men cabut2 & pasang sama ada di sebelah kiri @ kanan ... amat sesuai untuk main game ... ada lip lap lip lap kat belakang ... siapa yang pentingkan stail serta kualiti , leh lah rembat ini keyboard ... harga lebih kurang RM249 ...

kalau "ana" baca balik review2 dari web mereka , kebanyakannya hanya sesuai untuk windows vista ... sorrylah XP ... x der chance lah nak guna , tunggu mereka godeh dulu erk ... tak pun korang yang godeh sendiri ... kan baguss !!!

sumber harga : PC disember 2008
Sabtu, 20 Disember 2008 | By: jelikweyh

SaBtU yaNg ToOot ...

macam biasa , bangun pukul 4 pagi online ... kali nih x solat tahjud ... malas skit ... lepas subuh , sambung online sambil tengok movie ... Ibu cakap ada kawan dia ( bekas ustazah beta ) buat kenduri baca yaasiin ... maka , bersiap2lah beta dengan segala bagai ... excitedlah nak pergi baca yaasiin ... tapi ibu pergi dulu ... my bro pergi kerja , kami suruh dia drive saga aeroback merah ayah tuh ... motor beliau & motor ayah akan digunakan untuk konvoi ke kenduri ... lagipun , ayah outstation ke kedah ( kat tupah nuh ha , amek platun polis ... jurulatih katakan ) ... pemandu2 motor tersebut tidak berlesen ... hahah ... adik2 ( Chammy , next year F2 & Nairah , next year F5 ) menjadi pemandu ... beta yang berlesen hanya dok belakang dendiam sebab trauma lagi ...

alkisahnya , chammy yang menghantar ibu ... kami janji yang kami akan pergi bersama - sama secara konvoi selepas beliau menghantar ibu ... ( elleh , konvoi 2 motor pun nak bising ) ... tapi chammy x balik2 ... lama jugak ler nunggu ... majlis yang bermula pukul 11 AM ... chammy sampai ke rumah pada pukul 12 PM ... dia ker workshop rupanya ... kena kencing ngan uncle workshop ( korang pahamkan apabila orang perempuan & budak2 ke workshop per jadi ... pomot macam2 & cari macam2 kerosakan motor ... patutlah lama sangat ) ...

beta naik dengan nairah , adik itam naik dengan chammy ... sampai2 , memang orang dah habis baca yaasiin ... melepas ler plak ... mesti orang dok kata kami 4 beradik datang untuk melantak jerk ... redho jer lah ... tapi memang lapar pun ... hehe ... pembuka selera kami puding buah ( ada hirisan buah kiwi , mangga & nenas ... sodap tol puding buah tuh ) ...

semasa pulang , chammy menghantar ibu dulu ... kami yang lain tunggu sambil makan bubur barli sebagai penutup selera ... hoho ... kenyang betul ... Ibu balik rumah , kami mahu berkonvoi ke kenduri di taman perpaduan pula ... chammy lambat sebab isi minyak sambil melepak jap ... nairah dah hilang sebar terus cari chammy di rumah ... padahal , lepas 10 minit nairah balik rumah , chammy sampai kat tempat kami ... ceh ! kena tunggu lagi ...

sebelum pergi , kami dah merancang yang kami ke taman perpaduan guna jalan besar ... cettt , chammy berhenti di lampu isyarat ... ( kalau ikut jalan besar , belok kiri jerk ... x yah susah2 berhenti di lampu isyarat untuk belok ke kanan ) ... geram tol ...

disebabkan kami sampai dulu di taman perpaduan , kami pergi ke rumah kawan baik beta semasa form 6 ( syafiqah nadiah ) ... lepak2 nak dekat setengah jam baru nampak batang hidung chammy & adik hitam ... lihat jam , argh , segannya nak pergi kenduri kahwin tuh ... dah pukul 2.45 PM ... batalkan jer lah ...

perjalanan pulang dirancang ... sepakat untuk mengikut jalan dalam ... lagi sekali otak chammy mereng ... beliau ikut jalan besar plak ... dah lah bawak macam pelesit ( yang tengah nyot nyet nih lagi tak sedar diri ... kihkihkih ) ... kami pun ikut jer lah jalan besar ... ingatkan mereka sampai rumah dulu ... semasa kami sampai , mereka tidak sampai lagi ... lantak korang lah ... rupa2nya mereka lepak di "coffee house" ... minum fresh juice ... macam orang berada plak gayanya ...

trivia :
1 ) sepanjang perjalanan kira2 5 - 8 KM , adik itam tak pakai helmet ... perasan dok kat vietnam katakan ...
2 ) pemandu2 motor tersebut tak cuak kena tahan sebab tak der lesen sebab kat motor ada sticker polis besau2 ... dah ayah beta polis , x kan nak tampal sticker penoreh getah plak kan ...
3 ) motor yang digunakan ialah honda wave 125 ( ayah punya ) & EX5 dream ( my bro punyer )
4 ) "ana" accident semasa menunggang honda wave 125 ... masa tuh baru beli lagi ... trivia per plak nih ...
5 ) walaupun kebanyakan entry bulan november & disember adalah auto publish , entry yang nih & semalam bukan auto publish erk ... cik antoo semakin mereng erk ...

hehe
Jumaat, 19 Disember 2008 | By: jelikweyh

CeRiTa JuMaAt ...

:sleep:Semenjak semalam , waktu tidur "ana" semakin teratur ... tidur selepas Isya' dan bangun semula pada jam 4 pagi ... "ana" akan mengurangkan aktiviti internet untuk mengelakkan ketagihan selepas pulang ke kampus nanti ... :off:"ana" akan online selepas solat tahjud ... alhamdulillah , cuti ini "ana" jarang2 tidur selesai solat subuh ... dating dengan aswad sudah semestinya ...

pagi ini mahu ke suatu tempat bagi menyelesaikan suatu urusan ... urusan itu memerlukan RM300 melayang ... rabak duit PTPTN "ana" untuk bayar balik kat ibu ... huhu ... pergi ke sana dengan adik itam untuk memberi dia sedikit pelajaran tidak formal ... hehe

perkenalkan ... inilah adik itam ... kat rumah memang panggil gitu ... kadang2 jer panggil sue ...

8.00 AM : merajinkan diri memasak nasi goreng cina sebagai sarapan ... masak sikit jerk ... perut "ana" & adik itam kenyang dah lah ... yang lain ( adik2 lain ) , masak sendiri kalau nak ... saper soh korang tido kan lepas subuh ... huhu ... dah makan2 & siap2 pakai baju , terus salam ibu & kuorkan duit kat ATM machine ... ingat nak kuorkan RM300 skali check akaun ada RM1000++ ... ish , RM400 jer lah ... hiks!

9.30 AM : memulakan perjalanan ke bandar ipoh dengan menaiki bas tambang ... "ana" masih trauma lagi untuk menunggang motor sendiri ... sepatutnya lesen P dah tuko ke lesen pro ... ( peh , dah pasan lak! ) ... tawar ati nak tuko & dah tak kisah dah dengan lesen ... malas nak amek tahu ... dalam hati dok berdoa moga2 orang tak ramai sewaktu mahu menyelesaikan urusan itu ... kaunter kerajaan selalunya ramai ...

10.45 AM : tiba di stesen bas medan kitt ... menapak sedikit untuk sampai ke pejabat itu ... alhamdulillah doa dimakbulkan ... memang kaunter lengang ... sampai2 terus bayar ... tapi geram jugak ... penat "ana" merayu , wat muka kesian + ayu konon2 ... pegawai tuh tetap tak nak kasi diskaun ... muktamad RM300 ... bayar jer lah walaupun tak rela ... hoih , ada balance lagi RM100 ... Jom lah adik itam kita berfoya - foya ...

11.00 AM : terus menapak semula ke medan kitt untuk menaiki bas ke Jaya Jusco Ipoh a.k.a. Kinta City ... sampai2 terus naik ke top floor ... cari kaunter KAMPUNG TANJUNG EMAS ( saper terror , tekalah ) ... mahu nengok itu keanu reeves pukul 12.50PM ... lepas beli tuh , terus cari popular ... lepak dalam tuh sampai pukul 12 ... tapi tak beli satu haprak pun ... just baca2 & belek2 buku2 baru ... haih , goyah iman masa kat sini ... berperang dengan perasaan , nak beli ke tak ... keras kepala & keras hati telah menguasai perasaan dengan jayanya ... memang tak beli apa2 pun ... sebelum jam menginjak ke 12.50 PM , kami 2 beradik pergi mencari makanan untuk dibuat alas perut ... kami ke McD untuk membeli chocotop ... then kami masuk ke jusco untuk membeli mini pizza & donat ... air memang dah bawak sesiap dari rumah ... so , peruntukan untuk air memang tak der ... ( dah kedek tuh kedek jugak ) ... lepas tuh kaco jap my bro yang tengah kerja kat dalam jusco menjaga brand canggih ... tapi kami tak borak pun , hanya lalu dengan muka yang penuh sombong & angkuh dan kami dengar suara yang sangat kami kenali itu menjerkah "kaya erk orang tuh hari nih merayap sini" ... suara my bro lah ... saper lagik kan ... "elleh , macam aku tak pernah jejakkan kaki kat jusco waktu aku papa kedana" ... jawab dalam hati jerk ... hohoh ...

12.50 PM : dengan penuh excited mahu melihat keanu reeves ... hehe ...

2.50 PM : selesai nengok keanu reeves & jennifer connely ... sejuk & mahu "ke sungai kecik" ( saper belajar bahasa melayu tinggi , mesti tahu istilah nih ) ... hehe ... lepas tuh menunaikan fardhu zuhur di surau jusco ... segala - galanya bersih di situ ... telekong & sejadah also bersih serta tiada lagi hapak macam surau UO ipoh ... hehe ... lepas tuh , kami turun beli sedikit megazine untuk bacaan santai sekeluarga ( yang baca semua muka surat majalah2 tuh "ana" seorang ) ... hoho ... lepas tuh singgah kat tempat my bro kerja , der terkezut sebab kami lepak lama babeng kat situ ... beliau ingat kami dah balik ... der tak tahu ker walaupun "ana" sengkek , "ana" boleh dok dalam shopping complex at least 1 hour ... window shopping & pemerhati gelagat manusia ... heheh ...

3.15 PM : menunggu bas dan bertolak ke giant ipoh untuk sesi memenuhkan perut ... hehe ... "ana" nih memilih sikit bab makan kebetulan kempunan kat hotplate mee a.k.a. sizzling noodle ... lama wo tak jamah makanan tuh semenjak lepas accident ... kebetulan , kat giant tuh kira sizzling paling best ... hohoh ... actually "ana" tak suka makan makanan panas @ suam ... "ana" suka makan makanan sejuk bagi mengelakkan tekak & lidah terbakar ... lagipun makruh makan makanan panas ... keropok lekor sejuk yang liat & keras sepinggan pun "ana" boleh habiskan ... hahah ... makan hotplate dulu2 pun "ana" letak ais ... tapi , perut dah lapar yang teramat , bedal jerk ... kehkehkeh ... habis makan , cari public phone sebab nak lepak kat rumah kawan baik "ana" semenjak dari tingkatan 3 , NABILA ... usai menelefon , jumpa zaidatul anisah ( kawan masa form 6 tapi kami lain2 kelas , beliau berada di Universiti Malaysia Sabah ... ) kami bertukar - tukar cerita di tepi restoran merrybrown ... kejap jerk ...

5.00PM : sampai di rumah cik biela ... jalan kaki jerk sebab rumah beliau dengan giant dekat jerk ... adik itam menjerit - jerit masa berjalan sebab matahari terik tegak di atas kepala ... kulitnya semakin hitam ... hahah ... lepak kat rumah cik biela nih ada sebab ... mahu tumpang solat asar sambil jumpa family der ... "ana" nih dah biasa dengan rumah beliau & kekadang tumpang tido gak kat rumah beliau jika dah lama tak jumpa ... kira ala2 rumah ke-3 lah ... hehe ... adik beliau ( syakir ) dapat 5A dan meneruskan pengajian di sekolah Izzuddin , ipoh ( sekolah agama laki kat bandar ipoh ) ... tak sangka lak , muka cam bodo2 & suka men game tak sudah2 pun boleh cemerlang ... moralnya : orang laki ada 9 akal 1 nafsu ... korang nih pandai walaupun belajo cincai2 ... korang suka kutuk2 dak pompuan straight study ... padahal orang pompuan study sebab kami lambat nak pickup ... sebab tuh kena belajo kuat skit ... aik , terkuor tajuk lak ...

7.00PM : beta bersama adinda beta telah selamat mencemar duli di istana hinggap beta ... hehe ... cik biela tuh anto naik wira aeroback ... hujan lebat sangat sampai tak nampak jalan ... tapi beliau cool jerk bawak lelaju macam nak bagi "ana" accident lagi ... alhamdulillah selamat sampai rumah ... hahah ...

nak tahu apa motif "ana" bawak adik itam jalan2 pergi tempat2 best tapi naik kenderaan awam ... naik bas tambang buruk plak tuh ... sebab beliau nih sangat2lah high taste ... "ana" pun tak high taste macam beliau ... baru2 nih , beliau ikut ibu shopping kat tesco ... ibu ingat nak beli sekali kasut sekolah dia ... kasut2 sana kan sepasang RM5.00 - RM15.00 sepasang ... kasut sekolah cap ayam lah ... berguling2 der cakap kat ibu dia tak nak kasut tuh ... sebab musabab beliau ialah kasut tuh bukan jenama BATA , PALLAS & apa tah lagi ... kira kasut2 tuh x der jenama ... melawa , berlagak bukan main minah sekor tuh ... selalu pergi mana2 ada driver hantarkan dia ... dia nih memang tak pernah naik bas tambang ... masa nak pergi tuh pun , der cakap tahan teksi jer lah ... ingat "ana" nak dengar cakap dia ??? huh! ... masa nak naik bas tambang tuh pun , nak tak nak jer dia naik ... sepanjang dia naik bas dari pagi sampai petang mulut dia asyik berbunyi , "bising ( kan bas tambang bunyi enjin kuat & ada bunyi tambahan seperti semua skru longgar ) , busuk , panas & lambat" ... semua orang sayang adik tapi tak bermakna sayang mesti dimanjakan ... "ana" ajar cara2 nak naik bas , cara nak mengenali destinasi bas , tempat2 bas berhenti dan macam2 lagi ... termasuk cara2 untuk tidak menjaga tepi kain orang ( mata asyik melilau tenung orang yang pelik2 lama2 , aku korek kang bijik mata tuh ) huh! ... "ana" nak ajar dia supaya tidak bergantung sangat pada orang lain ... usaha , pengalaman & ilmu mematangkan kita ... tapi kalau lepas "ana" ajar dia cara naik bas , kau semedang tak melekat kat rumah , siap ko dik ... aku ikat kaki ko tuh kang ... haha ...

kami berbelanja berdua kira2 RM65 ... makan2 , beli 3 majalah , chocotop , 2 ketul donat , 1 mini pizza , tambang & KAMPUNG TANJUNG EMAS ... macam tak percaya jerk 65 hinggit ... nasib baik bawak air minum dari rumah ... haih !!!
P/S : kami adik beradik memang kasar semasa bergurau ... :gulak:
Khamis, 18 Disember 2008 | By: jelikweyh

TeKa tEKi kah ???

Man
------------
Board

Answer = Man Overboard


Okay, let's see if you've got the hang of it.


stand
------------

i

Answer = I Understand


OK . . .Got the drift?
Let's try a few now and see how you fare?


3. /r/e/a/d/i/n/g/

Answer = Reading Between the Lines

r

road
a
d

Answer = Cross Road


Not having a good day now, are you?
Redeem yourself.


Cycle
Cycle
Cycle

Answer = Tricycle


Easy to figure that one out ha!


0
------------

M.D.
Ph.D.

Answer = Two Degrees below Zero


C'mon give it a little thought!


knee
------------
light

Answer = Neon Light (knee-on-light)


You can prove you're smart by getting this one.


ground
------------------------------------
feet feet feet feet feet feet

Answer = Six Feet Underground

Oh no, not again!


9. He's X himself

Answer = He's by Himself

Now you're messing up big time.


10. ecnalg

Answer = Backward Glance

Not even close!


11. Death ..... Life

Answer = Life after Death

Okay last chance...


12.THINK

Answer = Think Big !

And the last one is real fun ...


13. ababaaabbbbaaaabbbb ababaabbaaabbbb...

Answer = Long Time No 'C'

:tensi:Gugur bulu kepala weyh kalau selalu jumpa soalan macam nih ... main sudoku lagi best ... apa2 pun , thanks to penny because share it with me :):tensi:
Selasa, 16 Disember 2008 | By: jelikweyh

StReAmYx ...

:woooh:Entry ini hanya untuk pengguna streamyx sahaja :woooh:

Sebahagian besar daripada pengguna streamyx tidak menukar password mereka iaitu TMNET123 kepada password ciptaan mereka sendiri ... nampak macam kecik jerk benda nih tapi boleh membawa impak yang besar jika tidak dibendung ... hackers boleh hack account kita & menggunakannya dengan senang hati apatah lagi jika speed streamyx kita laju & boleh download macam2 dalam masa yang singkat . Pernah terfikir tak yang mereka akan mendownload item2 yang bersubscribe with money dengan menggunakan account anda ??? tetiba , bila sampai bil streamyx , harga lebih tinggi daripada pakej yang diambil ( contohnya jika anda melanggan pakej RM 77 / unlimited access per month , bila sampai bil pada awal bulan hadapan , jumlah bil anda RM500++ ... mesti pelikkan . bagi sesiapa yang mempunyai anak , mesti asyik tuduh anak2 ) ... Jadi , untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku , silalah tukar password anda itu yerk di sini ... Jika terdapat sebarang masalah , sila dail 100 menggunakan talian telefon rumah anda atau menggunakan nombor Celcom & suruhlah perunding khidmat pelanggan tuh ajar apa2 yang patut ... Surau2 & masjid2 yang menggunakan streamyx , sila amek perhatian ... ada jugak orang yang amek kesempatan dekat account masjid2 & surau2 sebab streamyx yang jawatankuasa masjid & surau tersebut amek pakej streamyx yang lebih laju ... bayo pun mahal ... umah beta pun pakai yang 100Mbps jerk ... hiks

:lili:Ini hanya perkongsian maklumat sahaja ... tidak ada kena mengena dengan pengalaman "ana" ... streamyx kami belum pernah kena godam lagik & insya - allah susah digodam ... hiks :lili:
Ahad, 14 Disember 2008 | By: jelikweyh

HaNdPhOnE LeR PLaK ...

:nana:Apa kata kita cuba explore apa makna tersembunyi bagi kod tersebut.
:soksek:Bukan guna untuk hack pun, sekadar pengetahuan am.:)
:astig:(ada yang berjaya, dan ada juga yang tidak berjaya.:)


Nokia

IMEI number: * # 0 6 #

Software version: * # 0 0 0 0 # lub * # 9 9 9 9 #
Simlock info
: * # 9 2 7 0 2 6 8 9 #
Enhanced Full Rate: * 3 3 7 0 # [ # 3 3 7 0 # off]
Half Rate: * 4 7 2 0 #
Provider lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 1
Network lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 2
Provider lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 3
SimCard lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 4
1
234567890 - MasterCode which is generated from IMEI


Ericsson


IMEI number: * # 0 6 #
Software version: > *
Dafault Language:
Ente
r to phone menu without SimCard - after Wrong PIN: press NO:* * 0 4 * 0 0 0 0 * 0 0 0 0 * 0 0 0 0 #


Samsung


IMEI number: * # 0 6 #
S
oftware version: * # 9 9 9 9 # albo * # 0 8 3 7 #
Net Monitor: * # 0 3 2 4 #
Chaning LCD contrast: * # 0 5 2 3 #
Memory info: * # 0 3 7 7 # albo * # 0 2 4 6 #
Reset memory (SIMLOCK`a removing!!!): * 2 7 6 7 * 3 8 5 5 #
Reset CUSTOM memory: * 2 7 6 7 * 2 8 7 8 #
Battery state: * # 9 9 9 8 * 2 2 8 #
Alarm beeper: * # 9 9 9 8 * 2 8 9 #
Vibra test: * # 9 9 9 8 * 8 4 2 #

Cilok kat sini ha ... me kaseh erk incit unwanted ...
Bukan apa , selalu dok nyot nyet pasal kompiter & internet jerk ...
takut korang muak lak kan ... lagipun handphone merupakan sebahagian daripada perkakas teknologi apa ... korang pun , majoritinya ada handphone tambah2 yang wat bussiness internet kan ... tipulah kalau kata takder handphone ... x kisah lah canggih ke tak ( "ana" pun pakai handphone hitam putih lagi haa ... nokia 8310 ) tapi boleh jer godeh pakai code2 kat atas ...

:pom2:SELAMAT MENCUBA ...:pom2:
Jumaat, 12 Disember 2008 | By: jelikweyh

HuTaNg NaMeTaG

NAMETAG FROM NEO

a) Answer the questions below, do a Google Image Search with your answer, take a picture from the first minimal words of explanation.
b) Tag 5 other people to do the same once you've finished answering every question page of results.
1. The age you'll be on your next birthday:


* 21 years old ... too old =) *

2. A place you'll like to travel to :


* 5th Rukun Islam make 1st . Another place after I go to Mecca *

3. Your favourite place :


* Library , bookstore & bookshop ... This pic at Alexandria Library , suka beta tengok decorationnya . sowi erk hadi beta dah blurkan mukamu *

4. Your favourite food(s) :


* Lasagna , Any Spaghetti , Kuewteow goreng & Ulam2 *

5. Your favourite pet :


* Blackie Rabbit *

6. Your favourite colour combination :


* Black + Purple ... masyuklahhh ... *

7. Your favourite piece of clothing :

*"Ana" suka pakai baju T- shirt lengan panjang yang longgar & labuh lebih dari bawah punggung ... blouse also ... i wear it with jeans or slack ... tak suka berkain ok ... hahah ... payah giler "ana" nak cari pic pakaian yang menepati citarasa "ana" ... Jubah seluar & Jubah vietnam pun ok gak ... right pic is vietnam cloth*

8. Your all time favourite song :

* [Still Waiting - Sum41] [Here Witout You - 3 Doors Down] [Far Away - Nickleback] [Kau Ilhamku - Manbai] [Sejuta Harapan - Daie Nada] [Heaven - Nidji] [NowWhy2 - InsyaAllah -OAG] [Famous Last Words - Teenagers - My Chemical Romance] [Crazy - Simple Plan]*

9. Your favourite tv show :


* [Latte@8] [Numb3rs] [Phua Chu Kang] [Shin Chan] [Ghost Whisperer] [ Destinasi Bajet] [Bang Bang Boom] [Jamie Oliver show] *

10. First name of your significant other/crush :

* Don't know ... Aswad maybe*

11. The town in which you live in :


* Ipoh , Perak Darul Ridzuan , North Malaysia *

12. Your screen name or nickname :


* GhOsT_MaR a.k.a. Cik Antoo *

13. Your first job :

*Promoter Postpaid Celcom Minutes Plan *

14. Your dream job :


* Librarian , Radio DJ and solehah wife and mum ... hehehe *

15. Your worst fear :


* Allah *

16. The one thing you'd like to do before you die :


*Solat , doa , read the Al-Quran , mintak ampun & mintak halalkan semua benda kat semua yang pernah hadir dalam hidup "ana" *

17. The first thing you'll buy if you get $10 000 000 :


*beli rumah banyak2 ... untuk diri sendiri sebijik , yang lain2 tuh wakaf ler untuk anak2 yatim & faqir miskin ... kalau ada balance , bina masjid kat negara miskin*

Persons to tag :

~Mully2~
~Zicry~

NAMETAG FROM ZICRY

Do you think you're hot??

nope ... I think I am a cool person and down to earth ... ngehngehngeh ...

Upload your favourite picture of you??


Why do you like that picture??

Because this is my simple editing using paint program ... usually i use adobe photoshop to edit my picture ... like some horror pic right ???

When is your last time you ate pizza??

sunday during final exam ... i can't remember the date but i ate pizza for the whole day ... I also ate meatball bolognese spaghetti ... thank you for my housemate for being a sponsor especially Seha & Nadzirah ... Pizza Hut free ... rugilah kalau x makan ... huhuh

The last song you listened to??

I'll Be The One by Backstreet Boys ... i heard this song during doing this tag ... argh ...

What are you doing right now beside this??

hear Backstreet Boys collection song and go to buddy blog ...

What Name would you prefer beside yours??

I think I do not need it because I already love my name dude ... I use this name for 20 years ... why i must change it ???

P/S : I don't want to passing this tag to anyone ...

NAMETAG FROM ~MULLY2~

1. What is the relationship of you and him/her?

Teman tapi mesra ... hiks

2. Your 5 impressions towards him/her.

*He is so funny

*He is so shy but with me , he is not like that ... at the first time we met only he is shy

*He always solve friend problem including my problem

*He is jealousy

*He is good listener ... that's why i need him =)

3. The most memorable things he/she had done for you.

He called my dad handphone and ask his permission for being my friend ... i never know him before it ... he know me through my best friend ... i prepare for my last revision before STPM examination and he want to be my friend ... cannot forget lorh that moment ... At the first time I talk to him , aku cakap kasar2 & I ask him to calling me after STPM exam ... memang dia call "ana" pun lepas STPM and our relationship begin from the date ... hahaha ... zalim gila ...

4. The most memorable things he/she have said to you?

He said "Hargai apabila berdua . Sayangi apabila bersama . Maafkan apabila terluka . Rindui apabila jauh disana . Fahami apabila berprasangka . Ingati saban ketika . Kerana Allah kasih tercipta . Selamat Hari Raya Aidiladha buat Masyithah yang jauh di mata tetapi dekat di hati ." I appreciate it so much ... ( ucapan untuk raya haji bebaru nih ... hiks )

5. If he/she become your lover, you will ...

aceept the fate and be the best girl/woman for him .

6. If he/she become your enemy, you will...

I don't care who you are . Be what you wanna be . ko kaco "ana" , mmg hell lah ...

7. If he/she become your lover, he has to improve on his/her ...

nothing to improve ... I accept who you are .

8. If he/she become your enemy, the reason is ...

betrayed or cheat me more than 2 times . Nobody like untuk ditipu . Kalau korang sendiri cepatkan waktu daripada waktu sebenar pun , minded korang mesti dah set jam nih sebenarnya awal ** minit atau ** jam ... right ???

9. The most desirable thing to do on him/her is?

not in my mind yet .

10. The overall impression of him/her is ...

funny .

11. How do you think the people around you will feel about you?

Fussy . Arrogant ( act only ) .

12. The character of you for yourself is?

Be myself . I do what I wanna do & get what I want with my own .

13. On contrary, the character you hate of yourself is?

Love to think about money ... about cost of my life ... hehehe ... i also ego ...

14. The most ideal person that you wanne be is

Solehah women but have an active lifestyle .

15. For the people who likes you, say something about them?

They are the best people in my whole life ... Thanks for accept me in your life ... Ukhwah Fillah

P/S : This tag also I don't want to forward to another blogger ...

NAMETAG FROM KAMITAKEN

soalan pertama : tuliskan 10 perkara tentang orang yang ter tag kamu.
soalan kedua : tuliskan 10 perkara tentang diri kamu.

1 ) Nama penuh beliau Mohd Lotfi Lokman .
2 ) Beliau merupakan suami kepada ukhti Najwa & ayah kepada baby Waseem .
3 ) Beliau sangat berminat dengan dunia fotografi .
4 ) Beliau lahir pada 19 September 1983 .
5 ) Beliau berada di tahun akhir Umm AlQura Universiti Makkah
6 ) Beliau seorang yang funny dan sempoi dalam penulisannya . Kalau tak baca profile , mesti orang ingat dia nih calon blogger raja lawak ... ekeke
7 ) Beliau sekarang tengah botak sebab baru lepas buat ibadah haji .
8 ) "aku tak suka letak duit satu-satu dalam wallet dan bertata tertib, mesti bergumpal" ... I found this word for two or three times at his entry...
9 ) Beliau tak pernah jumpa , chat , calling2 dengan "ana" .
10 ) Beliau mempunyai banyak koleksi gambar yang ditangkap sendiri yang tak terkira banyaknya sampai full memori hard disk beliau ... dahsyat betul ... beta nyer external pun penuh dengan filem2 & drama bersiri ... hiks ...

10 perkara tentang diri "ana" :

1 ) suka nyakat & kacau orang ...
2 ) suka jalan2 bila berduit ... walaupun tak berteman , pengembaraan tetap diteruskan ...
3 ) suka sangat membaca & pembacaan meliputi pelbagai genre kecuali genre sastera klasik & politik .
4 ) suka muzik genre indie & nasyid ...hakhakhak
5 ) mula berblogging pada 23 Januari 2008 ... 23 is Beckham number ... hahah
6 ) baru 3 bulan memiliki Aswad ...
7 ) 9/10 from myYM buddy list is boy/men ... naper tah
8 ) "ana" sedang belajar untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda pengurusan pusat sumber maklumat , fakulti sains pengajian maklumat di UiTM Shah Alam .
9 ) "ana" sedang dilemma sama ada mahu memiliki external hard disk 320GB yang berharga RM299 atau memiliki iPod Classic 160GB yang berharga RM1100 - RM1299 ...
10 ) "ana" kuat merepek & sangat cerewet ...

P/S : This tag is open to anyone who wanna do it ... Invite me to read your answer , please !!!

:off:Actually , I have one more tag from neo but i don't want to do it yet ... Just wait and see ya !:off: