Rabu, 26 Ogos 2009 | By: jelikweyh

LuAhaN JaNtUnG 2504 PeLaJaR DPLI Di UPSI ...

Oleh SALINA

Saya mewakili 2,504 orang pelajar program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) pengambilan Julai 2009/2010. Kami yang ditempatkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengalami 1001 satu pengalaman dan cabaran besar buat kami yang bakal bergelar guru suatu hari kelak.

Kami terpaksa membayar yuran sebanyak RM250 sebagai yuran pendaftaran Minggu Suai Kenal walaupun kami pelajar tajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia selama satu tahun.


Kami juga tertanya-tanya kenapa yuran tersebut terlalu mahal dan tidak berpatutan dengan apa yang kami lalui sepanjang tiga (3) hari program induksi itu.

Untuk pengetahuan, kami hanya mendapat beg, baju batik, tali leher, payung, dokumen-dokumen seperti buku program, brosur dan etika pemakaian (kesemua ini difotokopi sahaja).


Selain itu, kami juga dihidangkan dengan dua jenis lauk sahaja dan apa yang menyedihkan adalah kualiti makanan serta air tersebut tidak setimpal dengan harga yang kami bayar. Kami turut dihidangkan dengan lauk yang sama pada dua hari berturut-turut iaitu sayur taugeh dan ikan goreng sahaja. Malahan pelajar-pelajar DPLI tidak langsung disediakan dengan minuman air mineral selama berlangsungya minggu suai kenal.


Menurut rakan-rakan lain yang mengambil program DPLI di universiti-universiti lain, mereka tidak dicaj untuk yuran pendaftaran induksi kecuali UPM yang hanya mengenakan RM50.


Kami ditempatkan di bilik kuliah Proton City yang memuatkan lebih 90 orang pelajar dalam suasana bilik darjah biasa.


Dapatkah anda bayangkan betapa sesak dan tidak kondusif suasana pembelajaran yang sedemikian? Sepatutnya pihak pengurusan harus menyediakan dewan dengan susunan tempat duduk teater. Ini memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran di antara pensyarah dan pelajar.


Pada pandangan kami, UPSI lebih mementingkan kuantiti berbanding kualiti. Diharap pihak pengurusan UPSI memberi perhatian terhadap perkara ini supaya mutu pengurusan dapat dipertingkatkan.


- SINAR HARIAN

P/S : bukan itu sahaja , mereka tidak disediakan kolej selepas minggu induksi ( pelajar2 ini memang tahu hal itu ) , tapi hati perempuan beta terusik apabila melihat pelajar yg 2000 lebih itu mencari rumah hati beta tersentuh ??? teeettttt!!! ... beta lihat sendiri bagaimana keadaan mereka & beta sebagai pelajar juga cuba berempati dah lupa macam mana ejaan dia( meletakkan diri sendiri dalam keadaan mereka ) ... this is the worst thing if it is happen to me ... keadaan ini berlaku mungkin kerana pihak UPSI menghadapi masalah kekurangan bangunan di mana pembinaan kampus baru di proton city masih berjalan ... pihak UPSI mungkin terdesak kerana pekan Tanjung Malim kurang mempunyai bangunan2 besau gedabak ... yang ada pun , proton city jerk kan ... seb baik DPLI setahun jerk kan ... ini baru dugaan semasa belajar , dugaan semasa mengajar belum tentu lagi bagaimana rupanya ... semoga berjaya diucapkan kepada pelajar2 tersebut & diharap sabar serta tabah dalam menjalani hidup sebagai pelajar yang serba mencabar keimanan ... huhu
Isnin, 24 Ogos 2009 | By: jelikweyh

TeRaWeH ??? SeNanGLaH ...

dengan nama Allah yang maha menciptakan segalanya ...
sedar tak sedar , kita sebagai umat islam telah berpuasa selama 3 hari yang dapat cuti , senyap erk
masih tidak terlewat untuk beta mengucapkan selamat berpuasa kalau tenet tak wat hal , mesti beta sempat wish ... sila usha2 wish card kat bawah ... huhu


awal Ramadhan , masjid penuh sebab solat tarawih ... hujung2 nanti , biasanya masjid & surau2 lengang ... itulah realiti masyarakat Malaysia yang kita dapat saksikan kes hangat2 taik kucing lah nih & beta merupakan salah seorang daripada itu huhu ... bukan x buat erk tapi buat jemaah lain dirumah ... selesa sikit ... hihi

Kepada yang sibuk , jangan jadikan kesibukan anda sebagai halangan untuk mencari pahala di bulan Ramadhan ... Islam itu mudah dan tidak menyusahkan jika kita ikhlas ... di sini , beta nak turunkan tips2 solat taraweh ringkas sebagai salah satu jalan untuk mencari pahala di bulan yang mulia ini pahala ringkas jugak ker ??? tanya TUHAN!!!

1 . niat macam biasalah kan ...
2 . baca surah Al-Fatihah & surah At-Takathur ( al haa kum uttakathur ) pada rakaat pertama ...
3 . baca surah Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas ( qul hu wallah ) pada rakaat kedua ...
4 . baca surah Al-Fatihah & surah Al-Asr ( wal asr ) pada rakaat ketiga ...
5 . baca surah Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas ( qul hu wallah ) pada rakaat keempat ...
6 . baca surah Al-Fatihah & surah Al-Humazah ( wai lul li kul li humazatil lumazah ) pada rakaat kelima ...
7 . baca surah Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas ( qul hu wallah ) pada rakaat keenam ...
8 . baca surah Al-Fatihah & surah Al-Fiil ( alam tarokai fa fa'ala rob buka bi asha bil fiil ) pada rakaat ketujuh ...
9 . baca surah Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas ( qul hu wallah ) pada rakaat kelapan ...
10 . Solat witir 3 rakaat kalau rajin ...

dah nama pun ringkas kan ??? so , beta kasi untuk yang 8 rakaat jerk ... kalau nak wat lebih , YM lah untuk tanya pasal surah ... sumer simple2 jerk surahnya ... surah juzu' 'amma ... selawat tuh sunat , suka hati nak buat atau tak ... kalau nak bc allah humma sol li 'ala saidina muhammad pn bulleh ... janji selawat ... doa selepas rakaat ke-4 & ke-8 tuh , bedal jerk apa2 doa ... janji doa kan ... kan mudah jerk ... insyaAllah korang boleh wat & selamat beramal

P/S : saper selalu wat macam kat atas , masak kot bila sampai negara arab nanti ... haha

sumber : Qiyamullail & doa amalan rasulullah terbitan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
Selasa, 11 Ogos 2009 | By: jelikweyh

LeLaKi MaSkULiN TaHuN iNi ...

ish , korang kenal ke beliau nih ??? kalau tak kenal , mai cek nak habaq mai ... beliau ialah Vladimir Putin , bekas presiden Rusia ... skang presiden russia saper ??? mesti lh si Dmitri A. Medvedev ... korang kena amek tahu perkembangan dunia semasa , toksah dok jadi katak dalam gelas , katak dalam mangkuk kaca ke apa ... haha ... sebelum dia menjadi presiden Rusia dulu , beliau merupakan perisik KGB yang sangat2 licik dan menjadi orang kanan presiden masa tuh ( Boris Yeltsin ) ... Kehebatan dalam judo merupakan satu bonus buat dirinya ... kalau dah pernah jadi perisik KGB , memang lasak dan kental abes lah kan ... semasa beliau menjadi presiden Rusia , beliau memainkan peranan utama dalam menentukan hala tuju Rusia pada era kebangkitan kembali selepas era perang dingin .

Sebagai Perdana Menteri , beliau turut memikul tanggungjawab secara langsung untuk mendepani krisis ekonomi dan membawa Rusia keluar dari krisis yang dihadapi . Beliau juga turut mengepalai Rusia dalam mendepani USA yang menjadi kuasa besar dunia selepas perang dingin . Vladimir Putin juga telah memperlihatkan kesungguhan untuk menjadi kuasa besar dunia semula selepas mewujudkan kerjasama pertahanan dengan negara - negara bekas Kesatuan Soviet ( Kesatuan Soviet hancur 18 tahun lalu ) ... salah satu jasa Putin ialah menyuarakan bantahan terhadap USA yang mahu mengenakan tindakan ketenteraan terhadap Iran yang merupakan antara lima buah negara Lautan Caspian semasa menghadiri persidangan negara - negara Lautan Caspian ... Sejak kebelakangan ini , kita seringkali dipaparkan dengan perbezaan pendapat antara USA dan Rusia . Tetapi , kelantangan Rusia hanya boleh diperhatikan sahaja oleh USA dan mereka tidak mampu melakukan apa2 kerana Rusia umpama beruang yang mula bangkit .

Baru - baru ini , Vladimir Putin telah mengadakan percutian lasak ( beta pun mengidamkan percutian seperti ini sekali dalam seumur hidup beta ) ... Percutian ini berlokasi di Siberia ... aktiviti yang dilakukan semasa percutiannya ialah menunggang kuda , menangkap ikan , menembak , bertemu rakyat Siberia , berenang , mendaki bukit berbatu dan menyelam di Tasik Baikal menggunakan kapal selam Mir-1 ... saksikan gambar2 macho & maskulin beliau di bawah ...



beraksi dengan kuda kesayangannya ( dahsyat tol bercuti angkut kuda skali , berapa riban ler tuh bayar kargo kuda nih ??? huh )


jaga ko babi . aku nak tembak ko ... kasi virus 1 alam , tak gunaaa!!!


fuh , smart abes !!! macam indiana jones lah wei ... lebih macho dari si harrison ford tua tuh ... haha


macam mana erk nak main teng teng kat sini ??? siapa ada idea ???


aku dah lama tak mandi ... huhu ( ketul2 ko badan der , brand apa lah yerk jam tangan der tuh ??? macho habes pic yang nih )


ini baru kepak kayu . kalau kepak besi , aku guna tangan jerk ...


saya mahu memancing ikan bilis ... kekeke


Mahu menyelam ke dasar Tasik Baikal ( Tasik Terdalam di dunia ) menggunakan kapal selam ... sangat berani youuu !!!

Menyelam di Tasik Baikal selama 4 jam ... Mir-1 merupakan kapal selam mini yang digunakan pada tahun 2008 , mencatatkan satu rekod dunia iaitu penyelaman tasik paling dalam iaitu 1 680 meter ( dalamnya , masyaAllah! ) ... tapi Putin selam sampai 1 400 meter jerk ( still deep ) ... memang macho lah kan kan kan ???
Obama nak tiru ??? Najib tak mau buat kew ??? kalau nak buat , tahun depan boleh tak sebab nanti hati beta berbelah bagi nak pilih saper paling maskulin ... hoho

P/S : muka Putin masa pakai formal adalah sangat tegas dan garang tapi senyap dan pendiam ... that's my personal oipnion ... saper nak tambah , boleh jerk ... dah lah kurang ensem bila beliau pakai formal nih ... huhu
Ahad, 9 Ogos 2009 | By: jelikweyh

OuTiNg ...

seminggu sudah kami mengatur pertemuan ... akhirnya , perancangan menjadi realiti ... Syed Bistro di Plaza Alam Sentral menjadi saksi pertemuan ... alhamdulillah , allah makbulkan doa beta untuk bertemu dengan pak usu beta ( adinda kepada ayahanda beta ) ... beliau mempunyai kecacatan fizikal selepas kemalangan pada tahun 2005 ... sekarang , beliau menggunakan tongkat untuk berjalan ... satu langkah biasa perjalanan kita sama dengan 5 - 8 langkah bagi dia ... beta sedih tapi beta kuatkan hati & mental ... beta cakap dalam hati "pak usu adalah orang yang mempunyai semangat yang kuat untuk hidup dan berdikari . pak usu tak pernah putus asa untuk kembali pulih seperti biasa . beta mesti kuat macam dia" ... semangat beta ada pasang surut ... bila semangat surut , beta akan kenang orang2 yang kuat daya semangat hidup di sekeliling beta seperti pak usu dan kak hariah ( my cousin ) ... I MUST FACING ALL THE PROBLEM I HAVE ... pak usu dan kak hariah selalu berpesan supaya belajar betul2 ... parent usah ceritalah , setiap doa mesti dihadiahkan untuk anak - anak ...

sambung balik , keluar dengan pak usu , beta melakukan suatu kerja yang beta dah lama tak buat sejak masuk ke universiti ... kalau dulu , rasa macam nak ubah angin , beta akan pergi ke jaya jusco ipoh dan duduk di tengah - tengah tempat orang lalu lalang ... duduk atas kerusi lah kan ... duduk tanpa buat apa2 selama 2 - 3 jam ... beta tengok gelagat manusia ... suka sangat buat begitu ... istilah sains ialah proses pemerhatian ... entah kenapa , sejak akhir - akhir ini , beta tidak betah berada di tempat - tempat sesak ... beta boleh pening jika tidak dikawal ... keluar berjalan dengan pak usu , beta buat perkara nih ... kaki pak usu akan letih jika baru melepasi sebuah kedai ... jadi memang kami tak berjalan jauh ... best juga berjalan dengannya sebab beta banyak rehatkan kaki beta ... jalan 7-8 langkah , kemudian rehat minum2n... then tengok orang lalu lalang ... kemudian sambung jalan lagi ...

bila pak usu berehat , dia selalu tanya "mar bosan???" ... "eh , mana ada" beta jawab sambil tersenyum ... mungkin dia risau beta tak selesa berjalan dengannya ... semasa mahu pulang , beta carikan teksi untuk beliau di PKNS ... terasa seperti dekat sahaja hentian teksi itu ... memang sedih untuk berpisah , tapi itukan lumrah pertemuan ... pak usu mengajak beta keluar lagi sama ada di bulan puasa atau selepas raya ... seronok tuh tapi kena tengok masa lapang beta lah ... semester ini banyak subjek yang tiada final tapi ada projek ... huhu ...

P/S : beta merupakan anak saudara yang paling manja dengan pak usu ... :)
P/S/S : makan minum beta ditaja penuh oleh pak usu ... dah 2 minggu dah ada orang taja ;)
Sabtu, 8 Ogos 2009 | By: jelikweyh

KeNtaL ...

perancangan yang berjaya mestilah didahulukan dengan taktik yang teliti ... hihi ... pada pagi sabtu yang mulia ini , beta dilema sama ada mahu ke Modul wajib mahasiswa UiTM atau latihan tempur tanpa senjata ( TTS ) ... eiii , pening paler ... dua - dua wajib datang tau ... kalau tak hadir ke modul tersebut , tindakan tataertib akan diambil ... kena repeat plak semester depan modul tuh ... kalau tak hadir ke latihan TTS , nanti dapat gred B plak kokurikulum beta ... kalau tidak mahu hadir ke modul dan tidak mahu dikenakan apa2 tindakan , perlulah dimajukan surat tunjuk sebab ke timbalan dekan ... eiii , malas seyh nak karang - karang surat nih ... dari malam tadi dok terfikirkan hal ini sahaja ... keputusan muktamad diambil ... beta hadir ke dua - dua acara , tetapi secara berhelah ... muahahaha ... nak tahu macam mana beta lakukan , sila YM ... huhu ... private & confidential untuk diceritakan di sini ... kang kena gantung pengajian lak kalau tak bertapis ... hoho ...

modul tuh sebenarnya sangat bosan ... fasilitator yang conduct kami pun sangat boring tapi mereka pandai tutup kelemahan mereka dengan memberikan kami nama kumpulan seperti ultraman , spiderman , superman dan batman ... 4 kumpulan ini bersaing sebaik mungkin ... beta tergolong dalam kumpulan ultraman ... bila bersaing bersungguh , program tak best akan jadi best & gamat dengan kegembiraan ... kami memberikan kerjasama sepenuhnya dan sporting ... slot petang tersebut sememangnya tak best , tetapi kami sekelas mencorak dan menentukan bahawa program ini boleh menjadi menarik ... keletihan beta hadir ke latihan TTS tidak terbawa di dalam slot petang ... hilaian ketawa mengisi suasana ... sedikit sebanyak menghilangkan ketegangan yang dihadapi ...

P/S : kalau dah menggunakan taktik , hati pasti gusar ... tapi muka mesti mahu maintain supaya tak kantoi ... haha
Khamis, 6 Ogos 2009 | By: jelikweyh

HaRi KhAmiS ...

pagi nih , fuhhh ... baru nak taip article review ... pukul 7 AM baru start sedangkan nak hantar kepada lecturer pukul 9.10 AM ... memang bekerja keras abes untuk siapkan ... buat kerja last minute , bilalah nak berubah mak cik masyithah oiii ??? target 3.62 , pangai tak ubah2 lagi ... haha

akhirnya , siappp!!! semoga tak kena reject ... hihi

petangnya , konon2 nak pergi library ... senggugut kooo ... sudahnya , elok jerk beta membongkang dengan aswad ( lappy ) ada kat atas perut menyala ... haha ... gigih habis ...

malamnya , datang program demonstrasi silat gayung ... demi kupon aktiviti kolej , beta sanggup turun ... tak pergi tengok pun ... pergi kat tepi surau , duduk kat kerusi batu sensorang , kemudian bawa keluar handphone & SMS dengan teeettttt ... hahaha ... bisinglah masa demonstrasi tuh dengan muzik der ... ramai plak tuh ... korang tahu kan beta boleh sakit paler kalau duduk kat tempat yang sesak dan bising ... agak2 program nak abes , baru kuor dari tempat persembunyian ... habis program , beta melakukan aktiviti buang masa iaitu lepak di blok 4 bersama susu & khairil ... lama dah tak wat kerja2 gini ... balik ke rumah semasa pak guard nak kunci pintu pagar ... hihi

balik2 , online sampai paler mendarat atas aswad ... hihi

P/S : beta geram sebab registration beta bermasalah ... beta ambil 21 jam kredit ... kerani fakulti cakap beta terlebih jam kredit ... paksa2 soh beta amek BEL 402 report writing ... aaaaa ... semester depan amek tak boleh kew ... beta adalah orang yang tidak berani mengambil risiko amek banyak2 subjek ... tamak jerk ... kalau lulus cemerlang tak ngaper ... ini .................................haih ... beta dah validate ... malas nak pikir lagi ... BEL tuh beta amek semester depan jerk lah erk ...

P/S/S : kuliah PC Maintenance tidak bermula lagi sedangkan kelas lain sudah membuat presentation ... lecturer tuh bagi alasan yang dia tak tahu bahawa dia kena mengajar kami ... adoiii

P/S/S/S : jadual beta free hari isnin ... hoho

KoRaNg MemAnG BeSt ...

salam sejahtera semua ... alhamdulillah ... beta barasa lega bila dah selesaikan masalah jadual & membayar yuran pengajian ... bercuti ke Kota Tinggi sedikit sebanyak dapat meredakan tekanan yang dihadapi ... pernah timbul niat di hati untuk extend 1 semester ... konon2 nak bekerja ... tapi , tak sangka plak ramai kawan2 yang sayang pada beta ... mereka menghalang niat kotor itu ... mereka juga memujuk beta dengan berkata "Mar , jomlah kita grad sama2 ... jomlah kita aim dapatkan dekan semester nih ... semester lepas tak der rezeki , semester nih , kalau usaha lagi kuat , insyaAllah dapat" ... sayu mendengar butir2 bicara sahabat2ku ... memang beta nak grad bersama mereka ... memang beta tak pernah berputus asa lagi untuk mendapatkan anugerah dekan ... anugerah NC memang patutlah beta berputus asa kerana beta memang tidak layak lagi untuk itu ... disebabkan sahabat2 meniupkan semangat , disebabkan teringat susah hati parent di istana hinggap beta , beta batalkan ... tekad membulat , azam membara ... terima kasih kepada rakan2 seperjuangan kerana berkorban segalanya untuk diri ini ... terima kasih kerana sudi menjalinkan hubungan silaturrahim antara kita ... terima kasih kerana sudi bergurau senda dengan beta ... terima kasih kerana sudi terima baik buruk beta sepanjang persahabatan ... ucapan istimewa ini khas untuk rakan serumah , rakan sekelas , rakan seperjuangan , rakan mesyuarat tingkap & rakan di YM ...

dalam setiap sujud terakhirku , dalam setiap tadahan tanganku , dalam setiap hela nafasku , aku mohon padaMu Ya rahman supaya mempermudahkan jalan hidup temanku , supaya memberikan kebahagiaan kepada mereka di dunia dan akhirat . semoga persahabatan ini dapat melayakkan diriku untuk menerima lindungan arasyMu ...

beta rindu keluarga beta ... mereka telah memanggil beta pulang dengan memancing beta ... parent beta mahu menghadiahkan cermin mata percuma jika beta pulang ... parent tak bagi pun , hati sentiasa melonjak untuk kembali ke rumah tetapi bukan dalam masa yang lama kepulanganku itu kerana beta tak boleh duduk dendiam di rumah ... haha ... balik jenguk khabar orang kata
Isnin, 3 Ogos 2009 | By: jelikweyh

BeRcUTi ...

assalamualaykum & salam sejahtera kembali ... syukur kepada Yang Maha Memerintahkan segalanya kerana mengizinkan beta kembali menulis , kerana membenarkan beta menghirup yang semakin tercemar ...

pasti ramai yang tertanya - tanya ke mana beta menghilang selama 4 hari ... hari Khamis hari tuh , beta bercadang untuk ke PTAR UiTM Shah Alam Seksyen 2 ... semasa hendak menilik apa yang perlu dicari apabila berada di PTAR , tetiba jerk .....
( Amaran keras : dipenuhi bahasa SMS , tiada tapisan langsung )

j : datang johor ler
j : nnt akak bg wit tmbang
beta : salam
j : datang ler
beta : x pasan lak akak on9
j : salam
j : ngh dukung anak
j : blh je chat
beta : haha
beta : ibu ckp akak x dok ngan mk ngah lg
j : datang la sini
j : ye
j : berdikari lg bagus
beta : nk soh dtg umah saper nih??
beta : haha
j : umh akk la
j : dekat je ngn umh mk ngh 10min
beta : owh
j : nnt akk bwk jejaln
j : duk kt bdr pnwr ni
j : kt sini ad stnd bus
j : leh direc dr s.alam
beta : tp nk g kota , kena naik bas dr pudu kn??
j: x perlu
beta : bas apa??
beta : x pnh nmpk pn??
j : naik dr seksn 18 je
j : x tgok mmg x nmpk
beta : tahu ... tp brand bas tuh bas apa
j : mara liner
beta : org tgk byk larkin , masai , pasir gudang
j : tnya kt kounter tu senang
j : tnya je ngn slumbernye
j : kalu trun larkin pn ok
j : dn't worry
j : ha
j : pe lg
j : gi kemas
beta : klu ri nih , x blh lh ... sbb nk g PTAR induk
beta : nk cr buku
beta : klu mlm @ esk blh lh kot
j : buku ape?
j : kalu buku sivil byk ler
j : kt umh ni
beta : bkn
beta : pendidikan
j : huh
beta : nk kena review buku tuh
j : gi la cari
j : pas tu terus dtg sini
j : x yh ulang puncak
j : jauh puncak tu
j : ank aku nk tdo
j : huhu
beta : ok3
beta : klu org jd dtg , org SMS

penyudahnya , 2 jam beta melanguk cari tiket bas online ... bila tak jumpa , teruskan tekad nak pergi terjah jerk stesyen bas ... dalam perjalanan ke sessyen 2 , terjumpa seorang kawan yang mahu ke puduraya ... hehe ... PTAR tidak dituju langsung , beta ke puduraya ... sampai2 sana , cuak juga sebab ramai yang memakai topeng muka ... beta jerk tak pakai dengan slumber ... bermulalah aksi untuk mengelak dari ulat tiket ... aksi mencari tiket ke bandar penawar pun bermula ... untuk mengelak dari ulat tiket , korang cakap jerk dah beli dah ! nanti diorang tak ganggu dah ... begitu juga dengan promoter ... tipu tak tipu , bohong sunat bohong makruh , itu belakang cerita ... apa yang lebih penting ialah selamatkan duit dari melabur ke yang bukan2 ... korang nak kata beta kejam ke , zalim ke , memang itu pe'el beta ... tak suka layan orang asing / tak pernah kenal ... Dunia yang serba mencabar & beta sebagai perempuan wajiblah mengelakkan diri dari terkena benda yang bukan2 macam pukau , barang dicuri tanpa disedari dan ditipu hidup2 ... na'uzubillah ... ha , sambung balik ... alhamdulillah , dapat pun tiket ke Bandar Penawar pukul 4 petang ... masa itu , beta ingat 4 jam jerk perjalanan ... sekali bila tanya kat kaunter , bas akan sampai pukul berapa , tetiber der cakap pukul 11PM , mahunya tak terbeliak bijik mata beta ... huhu ... 7 jam perjalanan ... adoiii ... naik jerk lah kan ... kebetulan UPSI baru cuti hari khamis ri tuh ... memang penuh anak2 muda dalam bas tersebut ...

bas tiba awal sejam dari yang dijangkakan ... laju ... dah lah huj an ... kecut perut masa tuh risau malang tidak berbau ... alhamdulillah , sampai jugak ... ketibaan beta disambut oleh mak ngah , pak ngah & anak lelaki j , azem yang berusia 2 tahun ... beta dah lama tak jumpa mak ngah & pak ngah sejak tahun 2006 ... this is my first time to meet azem ( the cutest boy ) ... haha ... keluarga beta di perak dan keluarga mak ngah di hujung johor menyebabkan kami sukar untuk berjumpa ... tapi bak kata orang tua , kami nih jauh di mata , dekaaaatttttt di hati gitu ... lebih tergezuttt apabila sampai di rumah mak ngah , beta ternampak baby ... beta tanya j "eh , yang nih bila plak lahirnya?" ... haha ... nama baby tuh husna , baru berusia 2 bulan lebih ... owh , lamanya tangan beta tak sentuh baby ... huhu

kak long pun sampai juga pada pagi esoknya ... memang best sebab meriah , havoc & perasaan yang sukar diungkapkan ... buat pengetahuan korang , kakak kepada si j nih mempunyai 2 orang hero ... huih ... pening2 jugak layan tapi seronok ... dah besau dah budak2 nih , dulu masa jumpa , kecik lagi diorang ...

petang jumaat , mak ngah kerja seperti biasa ... pak ngah pula bermanja dengan cucunya iaitu azem , hadi & hanif ... mereka berjalan untuk tengok kapal di sungai rengit ... manakala beta , j , baby husna , kak long & husband ( abang long ) serta hakim ( anak sulong kakak j ) pergi ke pasir gudang ... pasir gudang & JB adalah lebih hebar daripada KL ... pukul 9 lebih traffic jamp habes ... korang bayangkanlah cemana rupanya ... nak request dengan abang long untuk singgah ke rumah keluarga angkat beta di pasir gudang pun tak jadi sebab tengok jalan stuck gitu ... lepas tuh , kami jalan2 shopping di Jusco Tebrau City ... best lah jugak ... kemudian , sampai di rumah mak ngah pukul 1 pagi ... husband j tak benti2 call sebab risaukan baby husna ...

hari sabtu pula , beta ikut j ke kedai gubahan hantarannya ... ada gubahan yang perlu dilakukan ... orang2 adela yang nak kahwin tuh , bolehlah tempah hantaran kat j ... beliau memang hebat kalau gubah2 nih ... beta jadi tukang tengok tak bergaji ... kemudian kami balik ke rumah mak ngah ... selepas zuhur , cucu2 lelaki & husband j serta pak ngah pergi kutip buah rambutan atas bumbung rumah ... rasa nak roboh rumah masa tuh ... hahaha ... kemudian , j & kak long mengemas barang untuk pulang ke rumah memasing ... beta ikut j balik ... cari tiket ke pudu di stesyen bas bandar penawar ... yillek ... malam tuh , husband j belikan murtabak johor ( banyak daging di dalamnya ) & kuewteow goreng hitam ... seriously , beta memang ngidam pun benda2 tuh especially murtabak johor tuh ... nak dekat 10 tahun kot tak makan murtabak tuh ... me kaseh lah kat husband j sebab macam tahu2 jerk ... huhu ... husband j is very5 quite ... beta pun jadi kekok lah kan ... haha ... tapi masa dia nak jemput makan tuh , der cakaplah ... at least cakaplah jugak dari tak cakap langsung ... kihkihkih ...

lepas dinner , layan perangai azem ... tengok movie Alvin And The Chipmunks & GARFIELD-A TAIL OF TWO KITTIES ... budak2 nih , nak jinak kan dia , kena bawak tengok cerita berkaitan binatang ... hihi ... tapi kami tengok sekerat2 sebab husband j suruh azem tido ... then , beta beradu jam 2.30 pagi ... online punya pasal ... hehe

OMG , bangun lambat ... j cakap malam semalam , 7.30AM kita akan pergi stesyen bas ... terlajak plak tidur ... dan beta boleh lupa hari tuh hari ahad ... nasib baik tak tanya husband j dah pergi kerja @ belum ... hihi ... keluar rumah hampir2 pukul 8 menuju ke stesyen bas bandar penawar ... sayangnya tiket ke pudu dah habis ... pulang ke rumah semula ... tunggu husband j , j , azem & husna bersiap ... pergi ke stesyen bas kota tinggi pun , tiket ke pudu dah habis ... memang tiada tempat lain nak kena pergi selain daripada terminal larkin ... huhu ... alhamdulillah , dapat bas direct ke shah alam ...

percutian yang tidak dijangka ini memang sangat best & ada sedikit perasaan teeettttt ( tak boleh nak citer lebih sebab hal peribadi ) ... rasa rindu pulak dekat hadi & hanif ... lagi rindu dekat azem & husna ... huhu ... bangga j beta rindu kat anak beliau ... haha ... cuti mid term sem depan2 , beta telah merangka suatu jelajah persendirian Pasir gudang - Kota Tinggi - Kluang ... Nak jalan sensorang sebab rasa macam nak jadi pengembara konon2 ... baru mencabar ... huhu ... semoga allah maqbulkan hajat ku ini ... jelajah rumah sedara mara ... masa bujang2 ginilah elok berjalan ... hihi ... kampung jauh bebenau katakan ... maaf , gambar tiada sebab kamera tiada ... haha