Rabu, 25 Oktober 2017 | By: jelikweyh

Assalamualaykum PJ & Bas Hijau Percuma

Hari ini saya ke KL untuk beberapa temuduga dan saya telah pergi ke PJ . Setelah beberapa tahun tinggal di Penang , kembali ke KL semacam going down to the memory lane , gittewww . ada sedikit yang dah berubah . di LRT Universiti dah ada mall baru , KL Gateway . jadi agak janggal di telinga apabila pengumuman dalam LRT "KL Gateway Universiti" . LRT Bangsar pula disebut sebagai "Bank Rakyat Bangsar" . Perhentian akhir LRT pula bukanlah Kelana Jaya tetapi Putra Heights . jalur subway makin berselirat , lol . tanah lapang sebelah NSTP sebelum sampai Maybank Bangsar tuh ( dulu tanah Unilever kalau tak silap ) , macam tengah nak jadi taman . 

paling best kat PJ ada PJ city buses #PJCityBus #BasFree #Freebus #BasHijau , sebenarnya bas rapid tapi dicat hijau dan ianya percuma . siap ada free wifi . tapi saya tak kisah sangat wifi tuh sebab saya lebih menikmati pemandangan dan mengimbau kenangan manis dan nakal serta mengenyit mata kat foreigners . owh , sempat gerimis ( hujan renyai-renyai ) tadi . saya sempat merayau ke Amcorp Mall dan NU Sentral untuk mengukur keluasan , lol . sebab bas percuma , saya merayau cari kerja skali . bagus YB yang jaga PJ . rasa macam membuak nak kembali ke KL . tapi itulah , saya tak dapat angle yang bagus untuk menangkap gambar bas hijau percuma ini . untuk bas PJ01 dan PJ02 ( setakat yang saya tahu ) , boleh dinaiki di LRT Asia Jaya dan LRT Taman Jaya .



 
Khamis, 5 Oktober 2017 | By: jelikweyh

Siput Gergasi

Pada suatu malam , saya dan adik baru pulang . sebelum menutup pagar rumah , kami suka melihat pokok-pokok yang di tanam . entah bagaimana , saya terjumpa seekor siput besar di bawah pohon jambu albino kami . adik saya memang penggeli , jadi dia tak akan sentuh siput tuh . saya pun musykil apa yang membuatkan siput ini jadi macam gergasi . pokok-pokok siapa yang dia dah jahanamkan ? ahahaha . kalau tak percaya , sila rujuk gambar .




teringat adengan Mei Mei dalam Upin dan Ipin yang mengajar apakah haiwan yang patut dan tidak patut ada di tanaman . 

Saya sengaja meletakkan siput itu di tengah jalan dalam posisi terbalik untuk menguji hipotesis bahawa siput boleh mengubah posisi sendiri . esok pagi dah ada balik kat bawah pohon jambu kami . cengkerangnya keras betul . lepas tuh tak tahu ke mana dia menghilang . 

tapi kan , ada ke orang bela siput babi ? tengok gaya macam besau dia tuh macam dibela .  

P/S : happy birthday to my ex-love . I still love you , awww ! hopefully the card reach you on time .
Rabu, 4 Oktober 2017 | By: jelikweyh

Menanam anggur a.k.a Menganggur ;p

Anggur adalah antara buah yang paling saya suka tapi harganya mahal kerana kebanyakannya import . Selepas GST diperkenalkan , buah import adalah antara barang yang terkesan walaupun ianya zero rate . masa tahun 2012 sampai sebelum GST diperkenalkan ( awal tahun 2014 ) , harga bagi 4 biji buah kiwi jenama Zespri hanya RM6-RM7 ( padahal masa nih , buah - buah import bercukai ) . sekarang dah tak jumpa dah harga tuh . 

kalau anggur hitam tanpa biji yang manis tuh , RM7-RM8 dapat dah untuk untuk satu beg ( tak ingat beratnya berapa ) . sekarang berat yang sama , harganya sekali ganda . Saya pun tak tahu kenapa saya suka makan buah-buah import berbanding buah-buah tempatan . buah-buah tempatan nih , saya pilih-pilih kalau makan . ada yang saya makan , ada yang tak makan , asa yang tak pernah jumpa dan ada yang tak tahu nama . lol .

ada satu lawak yang saya terbaca .

selepas memeriksa pesakitnya ,
Doktor : awak pelajar atau bekerja ?
Pesakit : Saya seorang pelajar .
Doktor : Baguslah . tentang penyakit awak , saya ada beberapa cadangan .
Pesakit : Apa dia ?
Doktor : Pertama , awak tak boleh makan daging , keju , buah-buah dan sayur-sayur import , susu segar , minyak zaitun dan segala manisan .
Pesakit : aik , kenapa pulak ? apa sebenarnya penyakit saya ?
Doktor : Awak tengah belajar . duit kena simpan untuk keperluan belajar . tak boleh makan yang mahal - mahal . kalau awak makan jugak , nanti mental awak yang sakit sebab asyik fikir pasal duit . 
Pesakit : ......

jadi , macam jiran saya , alternatifnya , dia tanam sendiri anggur tersebut .






anggur yang berwarna hijau , hanya tuhan sahaja yang tahu tahap kemasamannya . yang hitam itu semasam anggur hijau yang biasa ada di kedai . disebabkan saya menganggur ( baca : kerja tak menentu ) , jadi ibu saya telah menanam pokok jambu . benih jambu itu didapati daripada jambu yang dibeli di Tapah . sepatutnya jambu madu , tapi dengan kuasa tuhan , yang tumbuh ialah jambu albino ( sedapkan nama dia ? , lol ) . 






tapi rasa dia tak jauh beza dengan jambu tapah tuh . bila angin bertiup , buah yang bergugus-gugus tuh berbuai-buai . saya suka tengok sampai geram , kendian amek kicap , potong cili , hiris sket belacan , letak sesudu gula dan akhir sekali gi petik jambu dan basuh untuk di ngap . lol . 

dulu-dulu , masa takder saper duduk rumah nih ( sebab keluarga saya menetap di Ipoh , Perak ) , buah-buah nih banyak membusuk sendiri sebab takder orang nak makan . jiran-jiran pun macam malu-malu kucing untuk amek . sekarang , saya atau adik akan petik ( gigih bawa tangga atau amek penyapu pencakar untuk kait buah ) dan bawa ke tempat kerja untuk dikongsi bersama kawan-kawan sekerja . sikit sama sikit kan . 

Big Boss saya beli anggur berbiji hari tuh dan bijinya saya tanam kat belakang rumah . bukan untuk tujuan makan , saya tengok bila dia panjat pagar , cantik pula . tak tahulah dia nak naik atau tak pokok tuh . duduk rumah taman perumahan nih , tanah terhad . ada juga saya dan adik menanam pokok limau . tapi banyak pokok sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang ditanam . bukan buah jer yang mahal , sayur kat pasar pun mahal ( kitaorang nih , sumer benda mahal sebab kitaorang gaji ciput jerk ) .

Saya tidaklah menganggur , cuma saya kerja tak tetap . saya masih mencari . baru tahun ni saya kemaskini SPA saya , dan tahun ini saya menduduki dua peperiksaan SPA . sapu jerklah mana yang dapat dan bila dapat , cuba berikan yang terbaik . untuk calon peperiksaan PTD M41 pada 3 november nanti , ganbatte !
Selasa, 3 Oktober 2017 | By: jelikweyh

Gagal ujian Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN 20092017

Saya bukan orang LHDN atau SPA jadi tolong jangan banyak songeh  tanya pasal SPA , LHDN , pengambilan , tips kejayaan , keputusan/semakan dan sebagainya . Saya hanya berkongsi pengalaman sebagai calon ujian .

Saya telah terpilih untuk mengambil ujian pegawai eksekutif LHDN 41 secara atas talian pada 20 september 2017 yang lalu . Ini merupakan kali pertama saya terpilih untuk pengambilan pegawai kerajaan/agensi kerajaan . untuk pengetahuan semua , saya kurang gemar untuk menyertai sektor kerajaan . namun sektor kerajaan juga mempunyai kebaikan dan keluarga saya menggalakkan untuk menyertainya ( barulah terhegeh-hegeh nak mengemaskinikan SPA dan sebagainya ) . tambahan pula , zaman sekarang tak boleh memilih kerja . kalau memilih , menganggurlah jawabnya . jadi , apabila terpilih untuk menduduki ujian , saya dah rasa cukup bersyukur . 

 
Ujian ini berbentuk objektif dan mempunyai 3 bahagian . bahagian pertama ialah pengetahuan am , dijawab selama 40 minit dan mempunyai 50 soalan . jadi , bahagian ini tertumpu kepada isu-isu semasa berkaitan dasar negara , fakta berkenaan kenegaraan Malaysia dan pengetahuan asas berkaitan LHDN dan percukaian di Malaysia . 

Manakala bahagian kedua pula berbentuk penyelesaian masalah , bersifat objektif . masa yang diperuntukkan ialah 45 minit dan mempunyai sebanyak 40 soalan . kalau nak berlatih menjawab , saya sarankan korang gali soalan-soalan STPM pengajian am kertas 1 2000-2009 , tengok 10-15 soalan yang terakhir untuk setiap tahun . format dia sangat sama . tak ingat ada atau tidak soalan berkaitan logic ( macam PTS yang langkau kelas tuh , zaman sekarang tak tahu ada lagi atau tidak PTS nih ) .

Sesiapa yang suka Bahasa melayu dan Bahasa inggeris , bahagian yang terakhir ini “kacang”lah untuk dia . bahagian ini menyediakan petikan dan soalan objektif berdasarkan petikan . masa yang diperuntukkan ialah 20 minit dan mempunyai 20 soalan . 

Sebelum ujian ini bermula , saya seperti manusia lemah yang lain , berusaha sedaya upaya menyusahkan pakcik google dengan menaip kata kunci apa sahaja berkaitan ujian ini . maka terjumpalah fakta bahawa ini merupakan kali pertama LHDN mengadakan ujian ini dan bekerjasama dengan SPA . sebelum ini , pengambilan pegawai hanya melalui temuduga . penawaran jawatan kali ini merupakan antara yang terbesar iaitu 230 jawatan . gaji permulaan ialah RM3.3k dan mestilah berpuluh ribu ( dengar-dengar hampir 50k ) yang memohon . kebarangkalian nak dapat pun bergantung kepada nasib dan takdir . jadi semasa menyusahkan pakcik google , saya terjumpa pautan telegram ini . group telegram ini agak menjengkelkan sebab memula ingat dia nak berkongsi contoh soalan atau nak kongsi senarai nak baca apa dan sebagainya . namun ia diwujudkan oleh penjual ebook , jadi tak boleh nak rebel sangatlah . kau sabar jerk masa memula tuh sebab dia akan promote ebook , nanti masa ebook dia dah tutup jualannya , masa tuh dah boleh havoc dalam group tuh . admin telegram tu pun kerek sebab tak bagi kongsi pautan ( link ) . terdapat juga pautan whatsapp , tapi sebab saya tak pakai whatsapp , jadi saya tak ambil pusing . masa hari kejadian ( ujian diadakan pada malam , jadi pada siangnya ) , ada yang set group whatsapp ikut nombor channel untuk bincang jawapan secara berjemaah sepanjang ujian berlangsung ( seperti yang dimaklumkan , saya tidak mempunyai whatsapp maka saya tidak terlibat ) .

Sewaktu ujian , saya menumpang wifi di perpustakaan UPSI ( kena pakai internet yang stabil dan laju ) , itu jerk satu-satu tempat di tanjung malim yang saya rasa internetnya ok . saya mahu menggunakan khidmat adik bongsu saya sebagai talian hayat tetapi hasrat tak kesampaian disebabkan beliau ada latihan kawad . jadi ada satu soalan saya menggunakan khidmat kakak tersayang saya ( sepupu , cikgu pengajian am di jerantut ) , kesian dia . telefon malam-malam dah lah tak tanya khabar , tetiber tanya pasal perlembagaan Malaysia , hahaha . ada lagi dua orang yang saya perasan ambil ujian ini menumpang wifi perpustakaan UPSI , siap bawa bala tentera ( kawan-kawan , suami anak-anak ) . saya pakai laptop sebab senang nak buka tab baru untuk pakcik google . tetikus ( mouse ) saya pula tetiber habis bateri dan touchpad saya sangat licin sebab jari saya berpeluh . benda dah nak jadikan . masa nih , kalau nak google jawapan pun , semuanya akan jadi perlahan seperti siput babi tua sebab berpuluh ribu orang cari benda yang sama kan . kalau pakai proxy/vpn , tak tahulah plak boleh laju macam burraq atau tak . saya tak sempat nak cuba . 

Paling sakit hati , ada beberapa minit sambungan internet saya lost connection . bila dapat sambung internet balik , beberapa minit yang hilang tuh tak dapat balik . maka berhempas-pulaslah saya mengejar masa . lepas tuh , sistem LHDN tuh gila . kita dah jawab , alih-alih dia bagi amaran ( pop-up ) jawapan tidak disimpan dan terus ke soalan seterusnya . kalau ikut logic , ko mesti akan buat soalan tuh balik kan ? bila benda yang sama jadi berkali-kali , rasa geram juga . dah lah banyak soalan lain lagi nak dijawab . masa banyak terbuang kat soalan yang sama . masa ujian dah tamat , saya terus laporkan hal ini di laman web aduan SPA . dua hari kemudian , SPA jawab menerusi email bahawa jawapan yang ditanda semua disimpan ( mencarutlah sampai lebam , lol ) . bukan saya sorang yang kena , ramai lagi dan SPA jawab yang sama juga kat diorang . tapi takperlah , kita laporkan untuk penambahbaikan pada masa akan datang .

Dekat atas windows ujian tuh , ada macam gula-gula warna oren , kuning , hijau dan merah kot . pada awalnya saya tak tahu apa maksud gula-gula nih . masa bahagian ketiga baru saya tahu apa fungsinya . kat sebelah kanan ada panel yang menunjukkan bilangan soalan . setiap nombor soalan terletak di dalam bulatan . bila kita dah jawab atau tak jawab lagi , bulatan itu akan bewarna mengikut petunjuk warna . saya punya bahagian pertama dan kedua , nombornya tidak di dalam bulatan , rupa macam calendar kat desktop pc jerk . jadi nak tahu soalan dah jawab atau belum , saya kena semak secara manual , dan saya takder masa nak semak sebab masa suntuk . bila dah habis ujian , saya lihat telegram , orang lain punya page ujian bewarna-warni . lepas tuh saya ragu-ragu dengan internet perpustakaan UPSI , lol . donlod movie boleh sesajer , jawab exam online banyak nau songehnya ( nanti bebudak UPSI sound , dah menumpang banyak bunyi plak ! akekeke ) . 

penamatnya , keputusan diumumkan pada 3 oktober 2017 dan saya gagal . tahniah kepada yang berjaya . selepas ujian ini , yang Berjaya akan menduduki ujian psikometrik dan ujian fizikal . dah serupa pengambilan PTD dah ( rasanya kastam dengan JPJ pun macam ni jugak kot ) . dalam group telegram , ada yang kata ada orang tak buat pun exam online tapi dapat jawatan tuh . saya malas nak amek pusing sebab tidak tahu kesahihannya . alih-alih , kantoi budak tuh . dia propa . dia jawab ujian dan gagal macam saya . kendian dia heboh kat whatsapp group . LHDN suruh dia minta maaf dalam group whatsapp . ahahahaha . gila perhatian betul ! 

lulus ke , gagal ke , saya tetap akan bersyukur sebab telah diberikan peluang untuk menduduki ujian ini . dua orang adik saya memohon juga untuk jawatan LHDN ini tapi mereka tidak dipanggil untuk ujian . paling kelakar , dalam group telegram tuh , ada beberapa orang yang minta refund sebab ebook tuh katanya tak membantu langsung ( fuh , lega ! nasib baik saya tak beli pun ) . 

dapat atau tak dapat , rezeki memasing . jangan putus asa . hidup perlu diteruskan . saya share soalan-soalan ujian hari itu ( kredit kat ahli group telegram ) .





































Isnin, 2 Oktober 2017 | By: jelikweyh

Rakan Serumah/Sebilik -- Bahagian I


Semenjak tinggal di asrama penuh , saya menghadapi pelbagai kerenah rakan sebilik/serumah .

Di sekolah menengah , rakan sebilik saya dalam lingkungan 28-32 orang . saya dah tak berapa ingat .

Sewaktu mengambil STPM , saya duduk di rumah keluarga selama 2 tahun lebih .

Sewaktu di UiTM puncak perdana , saya tinggal di kolej kediaman berupa apartment , setiap rumah mempunyai 8 orang . ada bilik 2 orang ( katil & almari ) , 2 orang lengkap ( katil , almari & meja belajar ) dan 4 orang ( katil & almari ) . bilik yang tidak mempunyai meja belajar , meja belajar dihimpunkan di ruang tamu . kalau belek entry lama saya , mungkin boleh jumpa kisah kolej kediaman UiTM puncak perdana . bilik berdua dikenakan yuran RM420/semester manakala bilik berempat dikenakan RM210/semester . murahkan ? kalau universiti awam lain , yuran kolej kediaman boleh cecah sampai RM2k .

sewaktu semester 1 & 2 , saya sebilik dengan ain ( fakulti bahasa , orang kuala lipis pahang ) . kami duduk bilik berdua . pada semester 3 , fakulti ain berpindah ke kampus induk di Seksyen 2 . rakan serumah yang satu program dengan ain iaitu pah juga harus berpindah .

Pasa semester 3 , saya masih dengan rakan serumah lama ( nadzirah , nonet , izzaty , stacy ) , cuma saya berpindah bilik . saya duduk bilik berempat ( jimat sebab sem nih PTPTN saya kena tahan ) . jadi rakan sebilik saya ialah izzaty , stacy dan dilla ( fakulti teknologi kreatif dan artistik , masa nih kenal omey yana -- penyanyi , sekarang ada 1 album ) . pah & ain diganti dengan yani dan shield . masa nih , rumah kami ada ramai orang selatan ( johor & melaka ) . Sem 4 dan Sem 5 saya masih bersama mereka cuma dilla diganti oleh orang lain ( saya tak ingat ) . Sem 6 saya berpindah rumah . sengaja bertukar angin tapi saya masih ke rumah rakan serumah lama . sem 6 saya duduk berdua dengan hana . rakan serumah lain ( ant , bambam , kak yanie , sha , ada lagi 2 orang saya lupa nama ) . tempat saya di rumah lama diganti oleh Nadia Brian ( fakulti teknologi kreatif artistik , sekarang pelakon terkenal ) . semasa di kolej kediaman UiTM , saya bersyukur dapat tinggal serumah dengan orang-orang yang baik dan pembersih . disebabkan saya tambah semester untuk tesis , saya tinggal dengan junior dari sabah sarawak ( saya tak ingat semua nama ) . rakan sebilik bernama jannah ( u'un ) tapi dia jarang tidur di katilnya ( saya kenal penulis Hlovate sebab saya curi-curi baca novel Contengan Jalanan dan sejak itu saya jadi penggemar Hlovate ) . diorang pun baik , sempoi dan pembersih .


dah habis degree , saya memulakan kerja di KL . kelakar masa mula-mula . saya terus amek rumah sewa tanpa tengok dulu sebab masa tuh saya di Ipoh . bila datang KL , baru saya tahu rakan serumah ada 2 orang lelaki yang jenis tak kisah jantina apa janji boleh bayar sewa rumah . kawan sekolah saya datang menyelamatkan saya malam itu juga ( cerita ini ibu dan ayah saya tak tahu pun ) . tak lama lepas tuh , saya dapat bilik  , tingkat 5 di Apartment Putra Ria , tak jauh dari Midvalley . rakan sebilik saya Lina ( lulusan perhubungan antarabangsa UM ) . saya pernah bawa 2 orang rakan baik saya tidur di rumah yang kecil ini ( dila & bella ) . masa kat rumah ini , sangat stress sebab kucing selalu berak kat koridor dan jiran selalu marah pasal ini . bilik sebelah plak pasangan lessbian . rumah banyak anai-anai , semut dan lipas . nak masak atau simpan makanan pun tak selesa . jamban plak lubang tersumbat dan tuan rumah taknak bertanggungjawab sebab bukan dia yang berak kencing . jadi , kitaorang akan berak dan kencing puas-puas kat tempat kerja sebelum balik rumah . kelakar gila bila ingat balik tapi kami kat rumah tuh tapi ada dalam 8 bulan kot kami duduk kat situ . lessbian tuh sangat pengotor . kat lala dengan wan ( bilik yang lagi satu ) lah kami pot pet pot pet . harga sebilik RM250/bulan .

bila tak tahan , saya dan lina berpindah ke apartment bangsar utama . kami duduk di tingkat 10 dengan bayaran RM600/bilik . ini bilik paling kecil dan kami berkongsi berdua . masa nih mewah sket sebab rumah tuh besar dan perabot lengkap . Dato' A. Samad Said plak duduk kat bawah rumah kami . rumah 1400 kaki persegi nih kami duduk berempat jerk ( rakan serumah ialah Sabrina -- IT specialist dan kak ( macam biasa saya terlupa namanya ) yang bekerja dengan tuan rumah ) . kami keluar apabila tuan rumah mengubahsuai rumah dengan menambah satu bilik untuk pekerja asingnya . bila Sabrina pindah keluar , hanya kami sahaja penyewa dan selebihnya pekerja tuan rumah . kami semakin tidak selesa apabila pekerja-pekerja asingnya melakukan hal yang kami sendiri tidak selesa . kami pindah keluar dan kami tidak dikenakan penalti setelah berbincang dengan tuan rumah . 

seterusnya kami tinggal di Apartment abdullah hukum , tingkat 1 dengan bayaran RM600/bilik . kitaorang pindah angkut barang dengan kereta kancil jerk , boyfriend lina ( sekarang suami ) yang tolong . tinggal bersama tuan rumah ( dah tua ) . mula-mula baik , lama-lama sengsara . sebab bilik tidak boleh dikunci dan tuan rumah suka masuk bilik kami . anak laki bongsu dia plak suka balik rumah maknya bila maknya tiada . kadang-kadang kalau saya cuti dan anak dia ada , tinggal  kitaorang berdua kat rumah itu . tak lama lepas itu , lina berkahwin . bilik sebelah lissa ( kerja TNB bangsar ) . saya sebilik dengan iqa ( kerja NSTP ) . tuan rumah ini kalau dah baik , baik sangat . siap masakkan makanan untuk kitaorang . tapi kalau dia macam tak suka , dia mengungkit tau hal makanan tuh . paling geram , penyangkut baju selalu hilang bila dia tolong angkatkan kain . kitaorang beli makanan yang perlu diletakkan dalam peti ais , ada yang import dan mestilah mahal , boleh plak dia keluarkan . alih-alih berkulat/berkapuk . alasannya , barang dia tak muat nak letak dalam peti ais . padahal kalau susun elok-elok , ada jer kot ruang . kadang-kadang lina tunggu saya balik atau saya tunggu lina balik , kami makan dulu barulah kami berjalan balik ke rumah sebab nak mengelak dari tuan rumah . kekadang kami sengaja balik lewat , pusing midvalley sampai lebam , tengok wayang sampai tengah malam . owh ! 

seterusnya di Penang ! saya pernah sebut sedikit di entry sebelumnya "Bila Marah" . nanti saya sambung cerita rumah di Penang . ehheee . kalau korang ada pengalaman best atau ngeri pasal rakan serumah/sebilik , sila komen sebab saya nak tahu jugak =)