Jumaat, 29 September 2017 | By: jelikweyh

Bila Marah

saya jarang-jarang marah orangnya . jika tidak berpuas hati , biasanya saya cakap tanpa lapik apa yang saya tak suka . tapi ada hadnya . hanya dua kali . kali ke-3 , saya tak cakap dah . saya terus buat "silent treatment" ( berdiam diri dan buat macam orang tuh tak wujud walaupun dia duduk di sebelah saya ) . 

kalau rakan biasa , sebelum saya memulakan silent treatment , saya akan cakap "aku tak mau cakap dengan ko sehari/dua hari/tiga hari" ( takkan lebih daripada tiga hari , kalau lebih dah jadi memutuskan sillaturrahim ) dan saya akan menyisihkan orang itu mengikut berapa hari yang disebut . apabila saya menamatkan silent treatment , saya minta maaf dengan orang itu dan saya cakap apa yang membuatkan silent treatment berlaku . 

tapi kalau BFF atau ahli keluarga yang terdekat ( yang gurau kasar kaw-kaw siap mengungkit ) , tahap kemarahan saya sampai saya jadi tak nak tengok langsung muka/kelibat orang itu . rasa macam nak lari jauh sekejap sebab kalau nak tampar atau baling barang , memang rasa macam tak mampu ( sebab saya tahu akan mengeruhkan lagi keadaan , dibuatnya saya pukul atau baling barang tiba-tiba ada yang mati , lagi besar masalah ) . yang pasti nak lari jauh . tapi saya memang pernah buat beberapa kali . biasanya bila jadi macam nih , saya sangat marah dan sangat lemah . menangis , muhasabah diri , solat sunat banyak-banyak , baca quran dan doa memang jadi amalan harian bila saya lari . kadang-kadang saya pergi ke tempat yang tak pernah pergi . memang ramai yang risau bila saya buat begini . tapi kalau saya kesian , saya jawab juga panggilan atau sms dan beritahu bahawa saya ada di rumah kawan ( maaf ahli keluarga dan sahabat karib sebab saya tipu ) . mungkin sebab saya "introvert" , bila saya rasa seperti "dikhianati" , kadang-kadang saya marah melebihi tiga hari .

mesti ramai yang pelik . boleh plak saya berpikir bila marah . selalu kalau orang marah , dah tak fikir apa dah . yang dia tahu nak belasah sampai lumat orang yang dia marah sangat tuh . nak sembur orang tuh sampai orang tuh tak boleh nak angkat muka lagi . bila saya mula nak marah , saya akan duduk , minum air , pejam mata dan tarik nafas ( sambil jerit "fuck" dalam hati ) . pengalaman bekerja berdepan dengan pelanggan dan pembekal membantu saya sedikit sebanyak mengawal kemarahan . kemarahan disebabkan kerja lagi dahsyat menurut saya sebab bila ada sesuatu yang menyusahkan pekerjaan kita , kita akan mudah nak menyumpah seranah orang/syarikat tuh sebab kita bukannya kenal sangat orang tuh . 

sepanjang waktu saya tidak berblogging , ada beberapa kali saya marah besar . antaranya saya maki pekerja perhubungan pelanggan P1Wimax ( call center ) . servis cibai sangat , staff plak macam robot , nak cakap dengan supervisor/manager tak nak bagi . memang mendapatlah kan . duit nak , dengar keluh kesah pengguna , tak mau . orang takkan complaint kalau servis bagus !

lepas tuh saya mengamuk kat rumah sewa sewaktu tinggal di Pulau Pinang . hari pertama bekerja atau hari pertama berpuasa , saya tidak ingat . tapi apa peraasaan korang bila penat balik kerja , puasa pula , masuk-masuk rumah nampak pinggan kotor yang dah tiga hari tak basuh sampai nak makan dan minum takder langsung pinggan dan cawan bersih untuk digunakan ( saya tak nak basuh sebab bukan saya buat kotor ) ? dengan taik kucing harum semerbak serumah ( saya tak nak bersihkan sebab itu bukan kucing saya dan taik kucing tuh pun dah dua hari ) . lepas tuh ada plak lelaki yang bukan muhrim ke mahram ntah ( dah lupa istilahnya tapi memang kitaorang berdua jer kat  dalam rumah , kalau kena tangkap basah , memang naya lah kannn . saya dah banyak kali bagi amaran kat rakan serumah pasal adik ipar lelaki dia nih ) . masa tuh saya mengamuk , saya bersihkan seluruh rumah tapi buat dengan tak ikhlas ( maksudnya hempas-hempas ) . siap basuh dan mop lantai , hari tuh sorang pun tak dapat berbuka on-time . semua orang boleh berbuka pukul 10 malam ke atas sebab rumah dan dapur baru siap kemas . saya menangis sepanjang solat teraweh sorang-sorang malam tuh sebab saya rasa saya sangat teruk bila marah .tak lama lepas tuh , saya pindah ke dalam desasiswa USM . masa nak pindah , saya minta maaf dan minta halalkan semuanya . tapi kesilapan terbesar yang saya buat , saya baik sangat tak hentikan akaun ASTRO yang didaftarkan atas nama saya dan kad pengenalan saya . e-mel dan nombor telefon menggunakan rakan serumah . saya bersetuju pun sebab nama mereka dah ada tiga akaun astro ( saya difahamkan pada tahun 2015 , satu nama hanya boleh ada tiga akaun astro sahaja , tak tahulah kot diorang nak tipu atau pergunakan saya ) . baru-baru ini , akaun CTOS online saya mengesahkan saya ada berhutang dengan astro , namun tidak tahu berapa jumlahnya . saya meminta jasa kawan saya yang bekerja di astro untuk mengesahkan . RM88 . mereka tidak membayarnya semenjak saya keluar daripada rumah itu . saya dail dan sms nombor mereka , semua nombor mereka tiada dalam perkhidmatan . penalti ratus-ratus plak kalau saya nak tamatkan astro . kita kesiankan diorang kot tak boleh tengok TV , alih-alih saya pula yang kena membayar dan menguruskannya . nak marah pun tak tahu acaner . 

tapi Ma'am Besar saya selalu pesan , kalau kita/orang lain marah , pastikan kita orang pertama yang minta maaf dulu . maaf tak semestinya untuk mengaku kalah/salah . maaf adalah untuk menjatuhkan keegoan dan mengaku bahawa segala yang sempurna adalah Dia . maaf adalah untuk menjaga silaturrahim ( memutuskan silaturrahim pun berdosa dan terhalang nak masuk syurga tau ) . maaf itu tanda menunduk bahawa semua manusia tak pernah sempurna dan sering melakukan kesilapan . meminta maaf dan memberi kemaafan itu mendidik hati agar berjiwa besar . perlakukanlah meminta maaf daripada manusia umpama memohon taubat daripada tuhan , berjanji bahawa kita tak akan mengulangi kesilapan yang sama .

ada sesetengah orang yang saya marah sampai benci , saya dah memaafkan . cuma saya tak nak ada peluang untuk bekerjasama atau bersahabat sebab saya mudah serik . jadi selagi boleh , saya akan mengelak daripada bertembung dengan orang itu . sebab itu saya tak pernah jumpa bekas-bekas teman lelaki saya . lol . ada yang saya jumpa jugak masa perkahwinan adik kedua saya april lalu .

masa berlalu , kadang-kadang kita terlupa kenapa kita marah selepas 2-3 tahun . saya pernah abaikan adik yang kedua selama dua tahun lebih ( tinggal bersama tapi tak bercakap dan memperlakukan dia seperti dia tak wujud di rumah ) . selepas dua tahun lebih tidak bertegur sapa , waktu itu saya hampir STPM dan dia SPM . masa raya aidilfitri , kami minta maaf tak tengok muka , salam macam mat salleh salam yang asalkan sentuh tangan . tapi sebenarnya saya berfikir kenapa saya marahkan dia dua tahun lalu . mungkin juga sebab doa Ma'am Besar setiap malam supaya anak-anaknya jadi soleh solehah dan lembut hati . 

didik hati jangan mudah terasa . pantau hati supaya jangan mudah melatah . bukan untuk diri sendiri . tapi untuk anak-anak kita juga ( walaupun saya tak mempunyai anak lagi ) . akhir-akhir ini , genZ seperti tidak tahu cara mengawal kemarahan sehingga ada yang terlibat jenayah pembunuhan pada usia belasan tahun . kalau di amerika syarikat ( USA ) , kes bunuh , rogol , samun , rompak dan lain-lain kesalahan berat , kanak-kanak itu akan dikira dewasa apabila melakukan jenayah berat . 

bak kata cendikiawan terkenal , semakin canggih dan moden peradaban , semakin laju untuk peradaban itu runtuh dan hancur ( kerana masyarakat tiada masa untuk mendidik diri sendiri menjadi sabar dan berakhlak ) .
Khamis, 28 September 2017 | By: jelikweyh

Jatuh , Hilang

Kawan,
apakah perbezaan antara
jatuh dan hilang
serta
hilang dan jatuh ?

apabila jatuh 
sengaja atau tak disengajakan
kau hanya 
hilang kudrat 
kawan !
masih punya semangat
kepercayaan kapada 
segala yang kau percaya
dan dipercayai
masih di situ .

tetapi kawan
lain benar kalau kau
hilang semangat
hilang kepercayaan
hilang keyakinan
hilang sayang dan cinta
sengaja atau tak disengajakan
lalu jatuh terperosok
dan tidak bangun lagi . 

jatuh dan hilang ,
kau tetap berjuang .

tapi

hilang dan jatuh ,
kau menyerah
segalanya !
Rabu, 27 September 2017 | By: jelikweyh

Tolong Baca Surah Pendek Tau !

ini berlaku kira-kira dua bulan yang lalu apabila adik saya yang ke-4 menunggu Si bongsu untuk solat jama' maghrib-isya'  berjemaah . setelah lama menunggu si bongsu bersiap untuk bersolat , akhirnya Si bongsu melaungkan iqamat . sebelum memulakan takbir , si bongsu menjerit dan menyepak punggung si abangnya ( gurau manja ) .

"ko jangan baca surah panjang-panjang . kalau ko buat , siap kau!"

lalu terdengar oleh Big Boss lalu menyarankan beberapa surah-surah pendek dan 

"apa susah , bacalah qulhuwallah satu ayat , kendia rukuk!"

"Ish , itu semua orang tahu!" balas si bongsu dengan geram . 

"bismillahirrahmanirrahim . qulhuwallah hu ahad . allahuakbar!" Big boss menunjukkan demonstrasi .

"eh , boleh ke?" kedua - dua makhluk protes . 

"apa tak boleh pulak ? ayah jumpa ada orang buat kat masjid . terheran-heran makmumnya nak rukuk."

P/S : entah betul entah tidak si big boss tuh . but he succeed to make us laugh =)
Selasa, 26 September 2017 | By: jelikweyh

Byebye Facebook , Hi Hi again Blogspot !

Alhamdulillah , berjaya juga setelah berhempas pulas cuba mendaftar masuk ( saya terlupa kata laluan dan kebetulan username saya di blogspot menggunakan email yahhoo.com ) . Saya mula meminggirkan Blogspot sejak 2010 kerana saya telah memiliki akaun Facebook pada tahun 2009 . ramai juga blogger seperti saya , lol . Pada Ramadhan 2016 , saya telah memutuskan untuk menyah-aktifkan akaun Facebook hanya untuk sepanjang bulan puasa . Tetapi kemahuan untuk menamatkan selama-lamanya semakin meluap . Saya menghargai kebebasan maklumat , tetapi saya meluat kerana media sosial kini seperti "tabloid" bergerak . Saya memang bencikan bacaan berbentuk akhbar tabloid sejak dari kecil kerana membincangkan perkara berulang ( jenayah , moral , kemalangan ) , sesetengahnya diada-adakan dan ditokok tambah sehingga 3-4 muka surat dan hal-hal kelamin . tetapi melihat hampir semua di sekeliling saya melayan "tabloid" sama ada di Facebook atau Whatsapp dari kanak-kanak sehingga warga emas , saya menjadi risau .


percaya atau tidak , telefon bimbit pelajar sekolah rendah lebih canggih daripada telefon bimbit gurunya . tetapi itu bukan isunya .

rakyat kita tidak terdidik untuk menapis maklumat .
rakyat kita cepat melatah dengan isu-isu kecil dan mempopularkan insan yang "kurang kesedaran sivik" dalam sekelip mata .
rakyat kita tidak bersedia untuk memanfaatkan telefon pintar pada tahap optimum .
rakyat kita mengejar kecanggihan tapi bermentaliti kelas ketiga .

paling merisaukan , adakah belia dan generasi-Z membaca buku ( fizikal atau elektronik ) ? jika ya , adakah puratanya masih sebulan sebuah buku ? 

Saya merasakan Facebook tidak memanfaatkan saya . saya telah menggandakan bahan bacaan saya sebanyak tiga kali sama ada elektronik atau fizikal , sama ada fiksyen atau bukan fiksyen semenjak saya menyah-aktifkan Facebook . saya masih menonton filem sama ada secara atas talian atau di pawagam . saya masih melakukan Jalan-Jalan Cari Makan ( explore for dine-in ) . saya melakukan aktiviti yang disukai , bezanya saya tidak berkongsi perkara yang dilakukan di media sosial . 

semasa saya mengumumkan saya akan menyahaktifkan akaun Facebook saya , ramai sahabat sekolah lama dan universiti kecewa kerana saya juga tidak mempunyai whatsapp . pada pendapat saya , mempunyai akaun sosial media yang banyak tidak menjamin kekuatan tali silaturrahim yang telah terjalin . tidak ramai yang tanya khabar atau mengajak berbual ( chatting ) . walaupun dahulu sahabat karib , seiring dengan masa yang berlalu , persahabatan juga menjadi seperti orang asing . 

sesetengah orang mengatakan bahawa media sosial merapatkan yang jauh dan mengeratkan yang dekat . namun ramai juga saudara mara yang bergaduh dan berselisih pendapat hanya disebabkan media sosial .

kita mengimpikan keseimbangan kehidupan dan pekerjaan ( work life balance ) . hal ini tidak akan menjadi kenyataan sekiranya group whatsapp kerja dilakukan di luar waktu pekerjaan . pengisian masa berkualiti bersama keluarga seperti makan malam dicemari jika ibu/bapa/anak asyik menatap skrin telefon pintar . Saya sering melihat pemandangan di restoran , makan bersama keluarga tetapi semua mata mereka menatap skrin . 

kecanggihan Big Data dan Internet of Things dalam media sosial juga tidak menyenangkan saya kerana ia boleh menyimpan , mencadang , mengkaji dan merakam kebiasaan kita di atas talian . Untuk sesetengah perkara ia memudahkan . kelemahannya , sejauh manakah privasi kita diceroboh ? 

kembali ke blogspot adalah perkara yang tidak saya jangkakan kerana saya merancang untuk beralih ke vlogger tetapi ada beberapa halangan perlu diatasi . saya berasa cukup gembira kerana akan menulis kembali , mungkin dengan pengisian yang lebih matang . banyak perubahan telah berlaku di Blogspot , banyak kemudahan berbanding 10 tahun lalu . jikalau dahulu banyak bergantung kepada html xml script ( manual ) , sekarang hanya copy and paste , klik butang untuk memilih mengikut citarasa . blog saya yang buruk mengambil masa yang singkat untuk ditukar ke tema lain . susunan untuk halaman juga mudah . dan masih banyak juga yang perlu diperbaiki di sini . mungkin saya akan mencuba wix untuk idea perniagaan saya .