Khamis, 31 Januari 2008 | By: jelikweyh

TaK SeLamAt

Perkara yang "ana" mahu kisahkan pada hari ini semuanya sedih2 ... Sharlinie yang hilang masih belum dijumpai lagi ... Orang yang paling arif dalam agama iaitu bekas Mufti Selangor ; Datuk Ishak Baharom telah meninggalkan kita semua ... Beliau pergi menemui Allah pada usia 80 tahun ... Takziah kepada keluarga dan sahabat handainya ... Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman ... Betullah tanda2 besar qiamat menjenguk kita setiap hari dengan satu demi satu tanda menjelma ... Orang yang berilmu dalam agama dimatikan ... Yang tinggal di dunia hanya manusia berkeimanan goyah dan profesional dunia tetapi dhoif akhirat ...

Hari ini "ana" menguatkan diri untuk memperkatakan mengenai isu yang sedang disiasat semenjak 14 januari lalu ... Semenjak kes rakaman video Datuk V K Lingam dihebohkan pada akhir tahun lalu , "ana" berasa tidak selamat dan tenteram ... Sebagai rakyat , "ana" kecewa kerana institusi kehakiman kita dicemari dengan perkara yang tidak sepatutnya berlaku . Institusi kehakiman sepatutnya kebal dari perkara2 sebegitu dan perlu juga menjauhi amalan rasuah ... ( Teringat sebentar kepada sahabat yang bekerja sebagai Badan Pencegah Rasuah ... hehehe ) ... Apabila institusi kehakiman dicemari dengan amalan dan kontroversi seperti ini , ramai orang termasuk rakyat sendiri akan mempersoalkan ketelusan pentadbiran negara ...
Ditambah pula dengan amalan penekanan kuasa relatif antara badan perundangan , badan eksekutif dan badan kehakiman dalam doktrin pengasingan kuasa ; bukan institusi kehakiman sahaja yang terlibat malahan badan eksekutif pun terlibat sama ... Perkara ini berlaku kerana badan eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk menasihati Yang Di - Pertuan Agong dalam perlantikan peguam negara , Ketua Hakim Negara , hakim2 bagi Mahkamah Persekutuan , Mahkamah Rayuan , dan Mahkamah Tinggi ... Disebabkan itu , Bekas Perdana Menteri Malaysia yang menjadi Perdana Menteri pada tahun 2001 ( di mana kes ini berlaku pada tahun itu ) ; Tun Dr Mahathir terlibat sama dalam perkara ini . Sahabat baik Tun sendiri yang melibatkan diri dalam perniagaan tetapi tidak melibatkan diri dalam mana2 badan sama ada eksekutif , kehakiman mahupun perundangan turut diheret sama . Persoalan yang selalu bermain di minda "ana" sejak kebelakangan ini adalah dapatkah Suruhanjaya DiRaja kes video Datuk V K Lingam membersihkan nama institusi kehakiman kita ?? Mungkin dapat dibersihkan , mungkin terlebih kotor jika keputusan tidak seperti yang diharapkan ... Adakah rasuah terlibat dalam perkara ini ?? Adakah hakim2 dilantik melalui "sistem kabel" ?? Penting sangatkah gelaran kurniaan seperti Datuk , Dato' , Tan Sri dan seangkatan dengannya bagi seorang hakim dari menjalankan kewajipan yang sepatutnya ?? Adakah mereka bekerja untuk dikurniakan pangkat dan gelaran pada pangkal nama ?? Cerdik pandai berhujah sesama sendiri ... Sekejap dikata begitu , sekejap dikata begini ... Tiba2 masuk ke plot lain pula dengan melibatkan lebih ramai orang sebagai saksi , melibatkan waktu yang tidak pernah menunggu kita dan macam2 lagi ... Masing2 dengan dalil yang tersendiri bagi menyelamatkan diri ... Entah siapa betul , entah siapa salah , kita tidak tahu realitinya ... Hanya Yang Maha Esa mengetahui dan memahami segalanya ... Sebagai rakyat ... hanya menunggu dan berharapkan kebaikan ... Jika golongan veteran memperlihatkan diri mereka seperti ini , bagaimana pula dengan generasi akan datang yang selalunya akan mencontohi golongan veteran ??? Adakah kita semua mampu untuk mengubahnya ??? Tepuk kepala tanya diri sendiri ...
( P / S : "Ana" memohon sejuta kemaafan kerana lambat menyiapkan post untuk bekalan anda semua pada hari ini ... "Ana" mengambil masa yang panjang untuk memilih frasa yang sesuai supaya "ana" tidak menyebelahi mana - mana pihak ... "Ana" sayang negara sendiri dan hanya mampu berharap supaya keadaan sosial , ekonomi dan politik Malaysia stabil dan tidak dicemari dengan budaya2 negatif ... Ya Allah , kabulkan permintaan hambamu ini Ya Allah ... Amiin !!! )
Rabu, 30 Januari 2008 | By: jelikweyh

WaNiTA + KeCaNtikAn = BoTOx

Sebelum "ana" membicarakan soal ini , "ana" berasa simpati dengan bapa Sharlinie setelah menontonnya di TV ... Sharlinie masih lagi tidak dijumpai ... Esok hari Khamis ... Masjid2 & surau2 boleh menganjurkan bacaan Yaa - Siin serentak di seluruh negara ... Secara individu pun boleh juga ...
Bertolak ke omongan "ana" pada hari ini ...
Wanita & kecantikan memang tidak boleh dipisahkan ... Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengharamkan , semakin ramai pula wanita mengetagihkannya ... Bukan kaum itu sahaja ... Kaum lelaki pun ada juga ... Majlis Fatwa Kebangsaan terdiri daripada ustaz2 yang tinggi ilmunya jika dibandingkan dengan "ana" ... Mereka tidak bercakap kosong ... Mereka telah berbincang , berdebat dan akhirnya menyuarakan kesepakatan mereka ... "Ana" dapat merasakan bahawa sesetengahnya mesti mengatakan begini : "ala , mufti tuh bukan nabi ... wat per nak dengar cakap diorang ... Kita kena pandu Al - Quran & As - Sunnah jer untuk hidup ... takder pulak dalam Quran suruh dengar cakap mufti ... " Golongan2 yang berkata begini bukan tidak pandai sebenarnya tetapi mereka tidak memanjangkan akal mereka untuk memikirkannya ... Zaman nabi mana ada botox ... Botoxnya adalah keimanan & ketaqwaan sahaja ... Rujuk balik sejarah ... Saidatina Aisyah dipanggil Humara' oleh junjungan besar kerana berpipi merah ... cantiklah tu kalau dah berpipi merah ... tidak ada botox ... Kepada yang merasakan diri tidak mempunyai rupa , ingatlah ... Anda mempunyai rupa apabila di akhirat kelak & ramai lelaki rupawan menggilaimu sewaktu di Syurga jika anda beriman semasa di alam dunia ... Wanita boleh hidup tanpa lelaki tetapi lelaki tidak boleh hidup tanpa perempuan melainkan jika mempunyai penyakit tuuuuut ... Ramai wanita sekarang boleh berdikari dan tidak memerlukan bantuan lelaki untuk hidup ... "Ana" hanya mahu meyakinkan golongan perempuan yang tidak merasakan dirinya mempunyai rupa ... Itu sahaja niat "ana" ... Lihat sahaja Dato' Azalina Othman Said & Duta Belia Negara , Maznah Zulkifli ... Success kan mereka tanpa lelaki di sisi ??? "Ana" sendiri pun tidak mementingkan cantik ... Hanya mementingkan kekemasan selain berbedak bayi Johnson & Johnson yang ditempek di muka ... "Ana" sukakan pemandangan yang semulajadi ... Siapa yang menonton rancangan Extreme Makeover @ yang seangkatan dengannya , lihatlah doktor2nya yang sudah tua tapi tak sedar diri tuh ... macam patung ... Mereka mesti buat dahulu untuk meyakinkan pesakit mereka dalam menjalani rawatan ...Itu sahaja ... Merepek pula "ana" nih ...
APAKAH BOTOX ?
Larutan protein Botulinum Toxin Type A yang ditulenkan dan dihasilkan daripada Clostridium botolinum , sejenis bakteria yang menyebabkan botulisme atau keracunan makanan serius . Toksin ini mempengaruhi sistem saraf pusat dan boleh mengakibatkan kematian seperti yang berlaku di negara Uncle Sam ... Seramai 16 orang di Amerika mati kerana pengambilan botox ... Terlebih @ terkurang dos , "ana" tidak pasti pula ... Botox ini berasaskan tumbuhan semata - mata ... Walaupun berada dalam kepekatan yang rendah , ia masih sejenis neurotoksin yang amat berbahaya pada tubuh manusia dan tersenarai sebagai bahan racun berjadual ... Rasa macam doktor plak ... Dah lama tak gunakan istilah biologi nih ... Rindu plak kat subjek tuh ... hehehe
KENAPA ORANG RAMAI MEMILIH BOTOX ?
1 ) Percaya bahawa botox dapat mengembalikan keremajaan kulit
2 ) Cara untuk mengekalkan kejelitaan
3 ) Prosedur yang sekejap ... Baper minit jer dah siap :)
4 ) Menghilangkan kedutan - Hasil kajian Allergen Inc
APAKAH KEGUNAAN SEBENAR BOTOX ?
1 ) Merawat penyakit palsi serebrum
2 ) Merawat masalah peluh berlebihan
3 ) Merawat migrain
4 ) Dapat mengecutkan otot dan meredakan sakit belakang
5 ) Menghilangkan kedutan terutama pada bahagian dahi
6 ) Kecantikan - Diluluskan oleh Pentadbiran Makanan Dan Ubatan Amerika Syarikat ( FDA ) => Orang kafir yang luluskan
BAGAIMANA DENGAN KESAN NEGATIF BOTOX ?
1 ) Terdapat kesan jangka panjang jika diambil secara berterusan - Buat researc sendiri yerk
2 ) Pemakaian hanya bertahan dari 3 hingga 6 bulan bagi setiap suntikan
3 ) Boleh mengakibatkan kematian jika tersalah guna
APAKAH SARANAN "ANA" KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN BAGI MENGATASI PERKARA INI ?
1 ) Kementerian Kesihatan perlulah meningkatkan program pendidikan dan kesedaran mengenai kesan buruk suntikan botox ... Mesti boleh buat nyer walaupun Dr Chua Soi Lek dah tak der ... hehehe
2 ) Setiap bahan beracun perlu disertakan maklumat lengkap dan telus termasuk dalam Bahasa Malaysia ... sebab terdapat segelintir veteran yang langsung tidak memahami Bahasa Inggeris macam atukku ... hehehe
3 ) Orang ramai jadi spy untuk kerajaan ... Kalau maklumat betul , berilah habuan kepada si pemberi maklumat ... Orang Malaysia kan materialistik ... Suka membuat kerja apabila dijanjikan habuan
4 ) Pihak berwajib perlu memastikan pengimport & pengedar hanya menjual kepada institusi yang dibenarkan sahaja .
Wahai wanita negara , kecantikan paras rupa bersifat sementara sahaja . Allah boleh tarik dengan apa2 cara sekalipun seperti disimbah asid , kemalangan , terbakar ... SEGALANYA DI TANGAN ALLAH ... Kekedutan pada wajah adalah lumrah kehidupan apabila usia meningkat ... Semua wanita harus sedar kecantikan sebenar adalah dari dalam diri yang kemudian diterjemahkan melalui tingkah laku & akhlak . Bukankah kedutan itu memberitahu kepada umum bahawa kita telah meneroka kehidupan dengan penuh kesabaran sehingga dibenarkan bernafas sehingga ke hari ini ??? "Ana" tidak pasti pula bagaimana dengan penggunaan kolagen & vitamen C sama ada melalui suntikan atau pil ... Anda semua boleh rujuk kepada yang lebih arif daripada "ana" ... ( "Ana" lihat perempuan berpurdah kurang kedut di dahinya ... muka mereka macam kebal kedut seperti Seniwati negara ; Noorkumalasari & Sarimah ... "Ana" mempunyai lebih daripada 20 contoh wanita berpurdah yang berperawakan cantik ... kalau nak sebut satu2 , bukannya anda semua kenal pun ... ) Mahu beristirehat ... Wujudkah esok buat diri "ana" ??? Nantikan ...
Selasa, 29 Januari 2008 | By: jelikweyh

PatRiOTisMe

Buat pengetahuan semua , sharlinie masih belum dijumpai lagi ... Kasihan keluarganya ... Topik hari ini adalah mengenai golongan muda dan patriotisme ... kebanyakan atlet kita adalah muda ... Isu yang selalu bermain di fikiran kita apabila mereka menghadapi kekalahan ialah berjiwa patriotismekah mereka ini sehingga menduduki ranking kurang atau lebih daripada 250 ??? Sambutan kemerdekaan yang ke - 50 pada tahun 2007 dan juga sambutan tahun baru 2008 rata2 nya dihadiri oleh golongan muda ... mereka mengibarkan Jalur Gemilang dengan megahnya semasa acara perasmian berlangsung ... Tetapi sebelum atau selepas acara tersebut , mereka membentang Jalur Gemilang di atas tanah lalu duduk di atasnya ... Patriotismekah mereka ? Terdapat juga jabatan2 kerajaan & sektor2 awam termasuk sesetengah sekolah menyimpan Jalur Gemilang di dalam stor seperti kain buruk yang tidak diperlukan lagi ... Tetapi , bila mahu digunakan ... Mereka ambil ... Tak guna , campak saja ... Negara2 maju yang kita contohi meletakkan bendera di dalam kotak & laci khas … Bendera dilipat seelok – eloknya … Kita ? Patriotismekah kita ? Pemilik kereta yang menghias kereta dengan mini Jalur Gemilang sebanyak yang mungkin , adakah dia mengutip mini Jalur Gemilang jika ia terjatuh ? Rakyat kita tidak seperti rakyat Singapura ... Rakyat Singapura akan mengutipnya dan malangnya rakyat kita tidak akan berbuat demikian ... Patriotismekah golongan ini ???
Paling menggerunkan , Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa seramai 4.9 juta orang rakyat Malaysia merupakan orang yang layak mengundi , tetapi mereka tidak berdaftar dan mengundi ... 70 % daripada mereka adalah golongan muda berusia 21 hingga 35 tahun ... 80 % yang belum mendaftarkan diri ialah anak Melayu … Sedangkan majoriti penduduk Malaysia adalah Melayu … Wahai belia Malaysia , belia Thailand dan Pakistan berpusu - pusu mahu mengundi mungkin kerana mahu menghentikan pergolakan yang berlaku di negara mereka ... Belia Jepun & Korea tidak sabar2 mahu mengundi kerana menganggap bidang politik seperti bidang seni yang kaya dengan glamour , masyhur , kaya , bergaya dan berkarisma ... Apa kena dengan muda - mudi Malaysia ini ? Bila dihulurkan RM 1000 baru hendak pergi mengundi kot ? Patriotisme atau materialistik ? Siapa mahu jawab ? Mari kita selidik mengenai perkara ini dengan teliti ...
Siapakah golongan 21 hingga 35 tahun itu ?
1 ) Pelajar Institusi Pengajian Tinggi
2 ) Golongan yang baru bekerja
3 ) Penganggur

Apakah usaha - usaha yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ?
1 ) Menggiatkan kempen
2 ) Membuka kaunter di seluruh negara
3 ) Parti2 politik memberi kerjasama dengan mendaftarkan pengundi muda di seluruh negara
Faktor2 yang menyebabkan situasi ini berlaku ?
1 ) SIKAP enggan mengambil berat & tidak mahu mengambil peduli
2 ) Terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk mendaftar
3 ) SIKAP acuh tidak acuh kerana menganggap kemudahan , infrastruktur , keamanan & kemakmuran yang dimiliki akan kekal sebegini untuk selamanya
( P / S : Rakyat kita mengalami masalah sikap yang serius )
Mengapa mesti mengundi ?
1 ) Menunaikan kewajipan & tanggungjawab terhadap negara
2 ) Pemilihan parti yang berhak memerintah ( Kita tidak hidup di bawah Junta atau tentera , sebab itu kena mengundi )
3 ) Sebagai penentuan survival anak bangsa dan masa depan negara
4 ) Menunaikan hak di sisi Perlembagaan
5 ) Politik merupakan entiti penting di dalam kehidupan kerana peraturan yang diwartakan dan dikuatkuasakan oleh pemimpin mempunyai hubungan yang rapat dengan kita

Walau apa pun keadaannya , calon bertanggungjawab terhadap khidmat bakti yang akan diberi . Pengundi pula bertanggungjawab terhadap calon atau parti yang dipilihnya . Semua ini akan memberi impak kepada politik dan masa depan negara . Kepimpinan yang rapuh akan menyebabkan negara bergolak dan hala tujunya tidak stabil . Negara akan menjadi goyah jika kita membuat keputusan dengan sewenang – wenangnya tanpa memikirkan faktor sejarah , hakikat & realiti . Setiap 1 undi boleh menentukan masa depan kita . Wajarkah kita memberikan alasan2 seperti di atas setelah dilahirkan , dibesarkan , dikurniakan subsidi dan sebagainya dalam menetukan survival kita ? Mengapa perlu menafikan hak sendiri sebagai penentu survival tersebut ? Mengapa tidak mempedulikan hak di sisi Perlembagaan ? Entah2 Perlembagaan sendiri pun tidak tahu apa maknanya … Adakah kita mengetahui kepentingan menggunakan hak sebagai pengundi ? Banyak lagi perangai tak senonoh rakyat Malaysia mengenai patriotisme . Tetapi “ana” tidak mahu memalukan diri “ana” sendiri & juga rakyat Malaysia secara berlebihan . Tepuk kepala , tanyalah sendiri … Jumpa lagi esok jika “ana” ditakdirkan hidup …

Isnin, 28 Januari 2008 | By: jelikweyh

YaNg HiLAnG




Ya Allah , Sharlinie masih tidak dijumpai ..... "Ana" mengharapkan yang hilang ini akan muncul semula dengan kuasa Allah ..... "Ana" juga mahu mengucapkan takziah kepada seisi keluaraga bekas Presiden Indonesia dan seluruh rakyat Indonesia di atas kehilangan seorang yang berkarisma iaitu Suharto . Semoga Allah mengampuni dosa - dosanya dan memberikan lindungan rahmat kepada beliau ..... Amiin ..... Kehilangan ini tidak mungkin dapat dikembalikan kecuali digantikan ..... Yang pergi tetap pergi ..... Kita yang hidup mesti mengharungi onak ranjau kehidupan seperti biasa . Takziah juga buat keluarga Tan Sri Megat Junid Megat Ayub di atas pemergiannya beberapa hari yang lalu ..... Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang2 yang soleh ..... Amiin

"Ana" tidak boleh berlama - lama di sini ..... Petang ini "ana" akan mengganti seorang guru yang kursus ..... Sebagai guru ganti , "ana" seperti doktor juga yang bekerja berdasarkan on-call . "Ana" mengajar murid Darjah 1 hari ini ..... Nak pergi buat Yoga bagi mempersiapkan diri ..... Tahap kesabaran "ana" kena ditingkatkan ..... Hehehehe ..... Esok mungkin ada jika diizinkan Allah
Ahad, 27 Januari 2008 | By: jelikweyh

YiN , nUriN & ShArLiNie ...

Kali ini "ana" mahu berkongsi mengenai kehilangan kanak2 yang berlaku di Malaysia . "Ana" bersimpati kepada keluarga mangsa . Yin hilang , alhamdulillah dijumpai walaupun berada di dalam keadaan botak . Nurin Jazlin Jazimin pula , ditemui maut di dalam sebuah beg di sebuah bangunan selepas hilang sekian lama . Masya - Allah . Sharlini pula hilang sejak 9 Januari lalu ..... "Ana" kelu untuk berkata - kata apabila mengenangkan penantian keluarga Sharlinie sejak lebih 2 minggu lalu . "Ana" mahu memperkatakan mengenai topik ini tetapi dari sudut peribadi sahaja . Tidak mahu menyinggung hati sesiapa .
Tahun lepas terpalit sejarah hitam apabila White House mengecap negara kita sebagai antara NEGARA PENYELUDUP KANAK2 DAN WANITA UTAMA ANTARABANGSA . Ramai memberikan reaksi kurang senang apabila perkara sebegini diperkatakan . Apabila marah dengan label sebegitu , ibu bapa seharusnya memberikan perhatian yang lebih kepada keperluan anak2 . Hal ini termasuk tidak membiarkan anak2 ke kedai untuk membeli sesuatu atau membiarkan anak pergi @ balik ke sekolah dengan bersendirian walaupun rumah dan tempat yang dituju berdekatan . "Ana" memang bukan seorang ibu tetapi "ana" mempunyai adik juga . Walaupun semua kes berlaku di Kuala Lumpur , "ana" tetap berhati - hati dari membiarkan adik2 ke mana2 tanpa pengetahuan ibu , ayah & "ana" . Selepas kehilangan Yin dan Nurin , Parlimen turut hangat berbahas mengenai Seksyen 31 Akta Kanak - Kanak 2001 yang membolehkan ibu bapa atau penjaga yang cuai atau membiarkan anak mereka tanpa pengawasan didakwa . Namun begitu , sehingga hari ini tidak pernah kita dengar ada kes seperti ini diseret ke mahkamah . Bukanlah niat "ana" untuk mengheret ibu bapa Yin , Nurin dan Sharlinie ..... tetapi ini hanya pandangan "ana" secara umum . Terfikirkah anda yang masyarakat kita ini terlalu kaya dengan sifat simpati sehingga menyukarkan ibu bapa yang cuai dihukum ? Terfikirkah anda bahawa undang2 yang diperuntukkan sebenarnya tiada takrifan yang khusus dan ini menyebabkan hak kanak2 dinafi ? Terfikirkah juga anda bahawa Akta Kanak2 2001 adalah menyeluruh tetapi ia tidak menjamin perlindungan kanak2 secara optimum ? Undang2 dunia memang tidak selengkap undang2 Allah ..... Memang ada cacat dan celanya .....
Berbalik pada kes Nurin dan Sharlinie , sukar bagi pihak berkuasa untuk menentukan sama ada ibu bapa mereka cuai @ tidak . Pihak berkuasa perlu meneliti siasatan mereka bagi memastikan mereka melanggar atau tidak undang2 yang diwartakan . Pada pandangan saya , kita perlu lihat latar belakang kes . Contohnya , jika kanak2 hilang kerana keluar tanpa pengetahuan ibu bapa , ini tidak boleh dikatakan ibu bapa cuai kerana selama ini ibu bapanya tidak membenarkannya keluar berseorangan . Berbeza dengan kes di mana ibu bapa selalu meninggalkan anak , tidak mengawasi anak , dan membenarkan anak keluar berseorangan ..... Kita boleh mengatakan bahawa mereka cuai jika kes ini berlaku . Itu pandangan saya yang kita kena rujuk pada kes . Pihak berkuasa juga sukar dan teragak - agak dalam menjalankan tugas walaupun peruntukan sudah ada . Pada hemat saya , pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sebagai pengajaran supaya kejadian yang sama atau lebih kurang sama tidak berulang lagi . Kita juga kena ingat bahawa undang2 tidak memilih siapa yang akan dikenakan tindakan . Jika betul ibu bapa cuai , mengabai atau menganiaya , mereka layak dikenakan tindakan mengikut undang2 yang telah ditetapkan oleh kerajaan . Sikap dan minda juga perlu diubah . Jangan bertanyakan "ana" mengenai Akta Kanak2 2001 . Orang Melayu khususnya amat kurang dalam mengamalkan budaya membaca sepanjang hayat . Berubahlah demi kebaikan diri sendiri dan sejagat . Jika mahu mengetahui lebih mengenai AKTA KANAK2 2001 , rujuk ruangan RENCANA , HALAMAN 14 , AKHBAR BERITA MINGGU , AHAD , 27 JANUARI 2008 M BERSAMAAN 18 MUHARRAM 1429 H . Bahan bercetak adalah lebih baik daripada internet kerana bahan bercetak adalah hak cipta dan dikawal oleh kerajaan . Bertemu lagi dalam post esok jika diizinkan Allah ....
Sabtu, 26 Januari 2008 | By: jelikweyh

TeRiGat PaDA Yg B'JaSA




Alhamdulillah , "ana" bernafas lagi sehingga kini ..... Semalam ..... "ana" rindukan bekas guru2 yang sangat berjasa dalam hidup "ana" ..... antaranya ini lah dua orang yang selalu mengingat kan "ana" tentang perpaduan dan negara ..... Gambar ini ialah mereka yang sangat "ana" hargai ... Mr Harjit Singh Ojala ( kiri ) dan Mr Victor A / L Selvaraj ( kanan ) ..... Mr Harjit selalu berdebat mengenai hal EPL ( Liga Inggeris ) yang mana pada masa itu “ana” fanatik dengan Chelsea “ana” manakala beliau dengan Liverpool nya ….. Tetapi , Mr Harjit selalu mengingatkan erti dan matlamat hidup ….. Mr Victor pula suka berkata “Hei , Penipu !!!” Itulah ayat trademarknya jika pelajarnya menyeleweng fakta disebabkan lupa ….. besarnya erti perpaduan itu dalam hidup "ana" ..... Perpaduan asas kejayaan ummah , organisasi , dan negara ..... Tinggalkan dulu hal perpaduan ...... ( walaupun tinggal , tapi jangan luputkan erti perpaduan dalam sanubari anda ) ..... "Ana" mendapat tahu bahawa mentor "ana" yang memandu "ana" semasa menghasilkan blog ini menghadapi masalah tidur ..... Tidur bagus sebenarnya untuk kesihatan ..... Tetapi jika terlebih atau terkurang tidur ..... buruk padahnya ..... semasa "ana" menuntut ilmu di sebuah madrasah berasrama ..... "ana" merupakan kaki tidur juga ..... selepas melangkah keluar dari kawasan madrasah itu sejak 2 tahun lalu , penyakit "ana" ini berkurangan ..... Banyak aktiviti yang dilakukan berbanding ketika tinggal di madrasah ...... Perkara yang sama dilakukan setiap hari di madrasah membuatkan "ana" muak lalu menjadi seorang kaki tidur ..... Mentor "ana" ( lebih selesa dipanggil SifuM sahaja di blog ini ) mengalami masalah tidur berlebihan ..... "ana" kasihan pada beliau ..... "ana" menasihatkannya supaya dia menguatkan semangatnya ..... Selepas mengimbau kenangan bersama guru dan teringat penyakit SifuM , "ana" mahu berkongsi dengan anda semua mengenai cara tidur seseorang ..... cara tidur ini hanya ada 4 sahaja ..... Anda tidur seperti siapa ??? ..... Bolehlah anda menilai cara tidur anda melalui panduan yang "ana" beri .....
TIDUR PARA NABI ( Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit & Bumi )
TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH ( Mengiring ke sebelah kanan ruang bagi memudahkan terjaga untuk solat malam )
TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA ( Mengiring ke sebelah kiri yang mencernakan makanan yang banyak dimakan )
TIDUR SYAITAN ( Menelungkup @ meniarap seperti tidurnya ahli neraka )
Jadi , anda bolehlah menilai di manakah kategori tidur anda ..... Jika rasa terlalu buruk dan ingin berubah ...... berubah ..... Kebaikan milik anda juga ..... bukan milik "ana" dan kaum kerabat "ana" ..... Yang mana sememangnya sudah baik posisi tidurnya ..... teruskan ..... “ana” mahu menyiapkan kerja yang dibekalkan oleh Kak Yong ( mentor MUET ) ….. Esok dinantikan dengan penuh kesabaran ……
Jumaat, 25 Januari 2008 | By: jelikweyh

LaiN AgaMA + lAin BAngSa = PeRpAdUaN

Setelah 3 bulan lebih mendiami pondok baru di perumahan teres ..... "ana" berasa seronok ..... mana tidak nya ..... jiran di sebelah kanan berbangsa Punjabi dan beragama Kristian , jiran di sebelah kanan pula berbangsa Melayu beragama Islam . Jiran di hadapan rumah pula berbangsa India dan beragama Hindu . Jiran kepada keluarga India ini pula berbangsa Cina dan beragama Buddha . "Ana" begitu suka melihat keadaan ini apabila semua anak2 jiran ini bermain bersama - sama . "Ana" selesa dengan mereka kerana jiran2 "ana" ini tidak membela anjing . "Ana" tidak selesa jika berdekatan dengan anjing . Takut untuk melakukan ibadah sama' ..... Suatu pemandangan yang indah apabila dapat melihat kanak2 yang berlainan agama dan bangsa bermain dan bersembang bersama . Lebih molek lagi jika dapat mendengar anak Cina itu berbahasa melayu dengan fasih dan boleh berbahasa Tamil & Punjabi sedikit2 ..... Begitu juga apabila mendengar anak India tersebut berbahasa Melayu dengan fasih dan cuba berkata2 dalam bahasa anak Cina dan Punjabi sedikit2 ..... Begitu juga dengan adik2 "ana" dan anak2 Punjabi yang berkebolehan sama seperti anak Cina dan India tadi ..... kalau di pondok bertingkat ( flat polis ) dahulu , agak sukar mahu berjumpa suasana ini ..... kebanyakannya anak Melayu ..... "Ana" belajar beberapa perkara baru mengenai adat kaum India dan Punjabi .... Adat kedua - dua bangsa ini hampir sama . Antaranya :
1 ) Jika seseorang perempuan yang didatangi haid ( period ) , dia tidak boleh bertandang ke rumah jiran lain kerana kecelakaan akan menimpa ahli rumah yang dilawatinya itu .
2 ) Jika seorang perempuan itu didatangi haid , mereka hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan kaum lelaki walaupun lelaki itu adalah abang , adik atau bapa mereka sendiri . Perempuan itu dianggap tidak bermaruah dan tidak sopan jika mendedahkannya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja .
3 ) Jika seseorang membela seekor atau dua ekor merpati dan merpati itu hilang secara tiba - tiba . Apabila burung merpati itu muncul semula pada suatu hari dan jika merpati itu banyak , tuah akan menyebelahi keluarga si pembela merpati tersebut . Jika tiada , malang lah jawabnya .
4 ) Pokok berduri akan membawa sial jika di bela sendiri atau berdekatan dengan rumahnya .
5 ) Kaum India yang beragama hindu tidak suka dipanggil KELING kerana bagi mereka KELING adalah kaum India yang beragama Islam . Lebih kurang dengan mamak lah mungkin .
6 ) Kaum Punjabi tidak gemar dipanggil sebagai BENGGALI kerana mereka menganggap BENGGALI ialah rakyat Bangladesh . Mereka akan tersenyum tanda menyindir jika anda memanggilnya dengan panggilan itu . Panggilan yang sesuai untuk mereka ialah Punjabi atau Sikh .
Begitulah sedikit sebanyak yang "ana" tahu . Kasihan ibu "ana" . Beliau gemarkan koleksi kaktus walaupun tidak pernah hidup di kawasan gurun . Perkara yang ke-4 itu telah menyusahkan hati ibu "ana" dan jiran berbangsa India serta Punjabi tersebut . "Ana" sebagai anaknya pun tidak tahu untuk berbuat apa . Kasihan ibu ..... beliau dilema sama ada mahu terus membela koleksi kesukaannya itu atau mahu membuangnya demi menghormati jiran - jiran tersebut ...... Bukan apa ..... Mereka menghormati adat , agama dan bangsa sesama sendiri ...... "Ana" tidak tahu lah ..... Biar lah ibu membuat keputusan sendiri ..... "Ana" tidak kisah sangat ..... Kalau ada rezeki , "ana" mahu membeli buku berkenaan pantang larang bagi setiap bangsa dan agama yang ada di Malaysia ..... Perkara ini penting bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia . Kita mestilah hormat sesama sendiri meskipun berlainan agama dan bangsa kerana kita hidup di dalam satu negara dan saling memerlukan antara satu dengan yang lain . Rakyat Malaysia umumnya masih berfikiran konservatif khususnya kaum Melayu . Jarang kita dapat melihat orang Melayu makan di restoran atau gerai2 Cina . Jarang juga kita melihat orang Melayu @ India melawat tokong2 Cina yang terdapat di gua batu kapur ..... Kita tidak akan keluar agama jika melawat tempat ibadah mereka . Contoh terdekat yang "ana" boleh bagi ialah Gua Kek Lok Tong . Terdapat kekuasaan Allah yang menakjubkan walaupun terdapat "dewa2" dan "tuhan2" Buddha . "Ana" lihat gua ini hanya dikunjungi pelancong - pelancong dari luar negara selain kaum Cina . Jika setiap agama atau bangsa mengadakan perayaan pun , rakyat kita lebih suka bercuti daripada mengucapkan selamat . Tidak salah mengirimkan kad ucapan tanda ingatan atau ucap sahaja menggunakan lisan . Tidak salah kalau kita berbuat begitu . Kita hanya menghormati bukan meraikan . Perpaduan yang kukuh dapat dilihat di negeri Kedah , Terengganu dan Kelantan . Saling memahami dan bertoleransi . Jika anda perasan , kaum India dan Cina daripada ketiga - tiga negeri tersebut fasih dalam berbahasa Melayu dalam dialek negeri masing - masing . Kita telah mempunyai segalanya ..... Hanya sikap dan pemikiran kita sahaja membuatkan kita berada di takuk lama ...... Fikir - fikirkan jika anda mahukan keharmonian dan perpaduan kekal di negara kita ..... Peristiwa 13 Mei dan Perhimpunan HINDRAF sepatutnya menyedarkan kita semua tentang hakikat ini . Ungkapan "Pisang Tidak Akan Berbuah Dua Kali " tidak relevan lagi untuk digunakan dalam situasi ini ..... Sekian dahulu untuk hari ini . Esok mungkin ada jika "ana" ditakdirkan boleh menjalani kehidupan seperti biasa .....
Khamis, 24 Januari 2008 | By: jelikweyh

PeTuA FaQiH uNtUk HiDuP

Hari ini , "ana" terbaca bingkisan ini dari sebuah majalah dan "ana" memikirkan kelogikannya . Memang ada logiknya jika kita semua mengkaji ... Jom berkongsi ...

PETUA IMAM SYAFI'E

4 perkara menguatkan badan :


  • Makan daging

  • Memakai haruman

  • Kerap mandi

  • Berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan :



  • Banyak berkelamin ( bersetubuh )

  • Selalu cemas

  • Banyak minum air ketika makan

  • Banyak makan makanan yang masam

4 perkara menajamkan mata :

  • Duduk menghadap kiblat
  • Bercelak sebelum tidur
  • Memandang benda atau makhluk yang hijau
  • Berpakaian bersih

4 perkara merosakkan mata :

  • Memandang najis
  • Melihat orang dibunuh
  • Melihat kemaluan
  • Membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran :

  • Tidak banyak berbual kosong
  • Rajin bersugi atau membersihkan gigi
  • Bercakap dengan orang soleh
  • Bergaul dengan para ulama' dan cerdik pandai
Rabu, 23 Januari 2008 | By: jelikweyh

bR LaHiR dI DuNia Ini...


Ini lah hari pertama "ana" di alam blog sendiri...selalunya asyik tengok blog sahabat sahaja... ada kesempatan , buatlah apa yang patut...jangan menyesal pula di kemudian hari...hal komputer nih... godek jer...kata sepupuku...tersyasyul...tekan back...segalanya di hujung jari...nak tekan @ tidak ... terpulang pada diri sendiri...memang "ana" mempunyai impian untuk memiliki blog sendiri...dah termaqbul...lepas ni , rajin @ tidak jer untuk menjenguknya...kepada pengunjung yang sudi singgah , terima kasih ... tegurlah jika terdapat kalam "ana" yang tersyasyul , silap fakta & tidak menepati kamus anda ... "ana" akan belajar dari kesilapan ... kalau saya x terima teguran itu , jangan terasa ... mungkin "ana" ada alasan yang tersendiri untuk kekhilafan itu ... akhirulkalam , semoga anda menjadi insan yang berkhidmat untuk Allah S.W.T dan berjaya di dunia serta akhirat ... insya - Allah ...