Sabtu, 22 Mac 2008 | By: jelikweyh

FoRmULa OnE 2008

Sepang F1 Circut


Lambang berjenama ... Ferrari

Ferrari ... Segarang warnanya ... semegah penyokongnya


BARISAN PEMANDU F1 2008

FERRARI ( My Team )
Kimi Raikkonen ( FIN )
Felipe Massa ( BRA )


BMW SAUBER
Nick Heidfeld ( GER )
Robert Kubica ( POL )


RENAULT
Fernando Alonso ( ESP )
Melson Piquet Jr ( BRA )


WILLIAMS
Nico Rosberg ( GER )
Kazuki Nakajima ( JPN )


RED BULL TEAM
David Coulthard ( GBR )
Mark Webber ( AUS )


TOYOTA
Jarno Trulli ( ITA )
Timo Glock ( GER )


TORO ROSSO
Sebastien Bourdais ( FRA )
Sebastian Vettel ( GER )


HONDA
Jenson Button ( GBR )
Rubens Barrichello ( BRA )


SUPER AGURI
Takuma Sato ( JPN )
Anthony Davidson ( GBR )


FORCE INDIA
Adrian Sutil ( GER )
Giancarlo Fisichella ( ITA )


McLAREN ( Wanted !!! )
Lewis Hamilton ( GBR )
Heikki Kovalainen ( FIN )


P / S : Bilalah rakyat Malaysia akan tersenarai semula di sini ... kita ada litar tapi tak der pelumba F1 ... 21 - 22 - 23 Mac 2008 berlangsungnya Perlumbaan F1 di Malaysia ... kalau tak berkemampuan , tunggu jerk kat TV ... kalau terlebih kaya , bolehlah jenguk ke Sepang Circut ...
Jumaat, 21 Mac 2008 | By: jelikweyh

Apa yAnG Tak KeNA ??

SENARAI PENUH SISTEM RATING PERSATUAN SUKAN
5 BINTANG ( 3 )
Persatuan Lawn Bowl Malaysia , Persatuan Sepak Takraw Malaysia , Persatuan Skuasy Malaysia
4 BINTANG ( 9 )
Persatuan Memanah Malaysia , Persatuan Badminton Malaysia , Persatuan Bola Sepak Malaysia , Persatuan Golf Malaysia , Persekutuan Hoki Malaysia , Persatuan Hoki Wanita Malaysia , Persatuan Mendaki Malaysia , Persatuan Snuker Dan Billiard Malaysia , Kongres Bowling Tenpin Malaysia
3 BINTANG ( 14 )
Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia , Persatuan Bola Keranjang Malaysia , Persatuan Catur Malaysia , Persatuan Kriket Malaysia , Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia , Persatuan Ekuestrien Malaysia , Persatuan Bola Baling Malaysia , Persekutuan Karate - do Malaysia , Persatuan Bola Jaring Malaysia , Persatuan Petanque Malaysia , Persekutuan Seni Silat Kebangsaan Malaysia , Kesatuan Renang Amatur Malaysia , Persatuan Ping Pong Malaysia , Persatuan Lawn Tenis Malaysia
2 BINTANG ( 8 )
Persatuan Kenu Malaysia , Persatuan Lawan Pedang Malaysia , Persekutuan Gimnastik Malaysia , Kesatuan Ragbi Malaysia , Persatuan Taekwando Malaysia , Persatuan Bola Tampar Malaysia , Persatuan Wushu Malaysia , Persatuan Perahu Layar Malaysia
1 BINTANG ( 5 )
Persatuan Bina Badan Malaysia , Persatuan Tinju Amatur Malaysia , Persatuan Golf Wanita Malaysia , Persatuan Mendayung Malaysia , Persatuan Silambam Malaysia
365 MALAM TANPA BINTANG ( 8 )
Persatuan Aikido Malaysia , Persatuan Besbol Malaysia , Persekutuan Judo Malaysia , Persatuan Kabaddi Malaysia , Persatuan Polo Malaysia , Persatuan Sofbol Malaysia , Persatuan Ski Air Malaysia , Persatuan Angkat Berat Malaysia
~~ SUMBER : Halaman 32 , Berita Harian , Khamis , 20 Mac 2008 = 12 Rabi'ul Awal 1429 ~~
P / S : Terdapat mutu sukan yang bagus , tetapi pengurusan kelab @ persatuan kureng bagus ... ada yang pengurusan bagus , mutu sukan haprak ... kepada atlit : bermain untuk kebanggaan negara merupakan suatu tanggungjawab . anda juga wajib bebas dari gejala rasuah & dadah agar institusi kesukanan kita tidak dicemuh ... kepada pemimpin persatuan & kelab : Jalankan tanggungjawab anda dengan bersungguh - sungguh dengan membuang sifat hasad dengki , gejala salah guna kuasa & rasuah . Kepada rakyat : Jangan terlalu fanatik & sentiasa menyokong atlit negara ... beri kutukan membina ... bukan kutukan membunuh seperti yang terpapar di dada akhbar ( ruangan SMS pembaca ) -
Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Perak dihadiri oleh kira - kira 3000 orang ... tahu dari surat khabar hari ini ... hehehe :)
Khamis, 20 Mac 2008 | By: jelikweyh

SaLAm MaUliDUL raSul

SALAM MAULIDUL RASUL ... LAYAKKAH KITA MENGAKU SEBAGAI UMATNYA & MENDAPAT SYAFAATNYA ...

KEADAAN DI PINTU MASUK DEWAN BANKUET , BANGUNAN PERAK DARUL RIDZUAN ...

SAMPAI KAT TAMAN LANDSKAP PUN ADA YANG LEPAK ... SESAK GILER DALAM SANA

wake - up early today ... mahu pergi meraikan sambutan Maulidul Rasul di bandar Ipoh di bawah pemerintahan kerajaan baru ... hehehe ...

Oh ya ... hari ini rancangan Maulidul Rasul di RTM ... saudara Amin Idris akan ke udara ... rasa2 tak dapat tengok kot dia ke udara ... harap2 dia rakam & upload rancangan itu ke dalam blognya ... hehehe ... biasanya dia buat begitu ... tak tahulah kot - kot angin pengantin baru buat dia tidak rajin ... jangan lah gitu saudara amin oit ... "ana" dah lah malas nak tengok TV ... tengok bila perlu sahaja ... heheh ... merapu jerk ... sesiapa yang mempunyai alamat blog multiply "ana" , jangan lupa g sana nanti ... "ana" akan upload gambar2 suasana Maulidul Rasul peringkat negeri Perak Darul Ridzuan 2008 di bawah kerajaan campuran ... kalau ada yang tak baik berlaku pun , "ana" akan capture ... kenangan ... kalau "ana" hidup lagi , "ana" upload lah ... Harap majlis itu tidak dicemari dengan masalah & semoga Allah merahmati penonton ... AMIIN !!! :)

Hari ini juga , sahabat "ana" yang dipanggil Lilo ( "ana" seorang jer panggil dia begitu ) telah berumur 21 tahun ... SELAMAT HARI JADI YANG KE-21 !!! ( cheesecake tak der lah Lilo , flying - kick mocha adalah ... hahaha ) Semoga Allah merahmati hidupmu & memurahkan rezkimu ... Dah tua dah kawan "ana" nih ... tapi otak fresh lagi kot ... ngehehe ... asyik usik orang jerk "ana" nih ... hari mulia pula tuh ... astaghfirullah

CERITA SELEPAS LETIH !!!

Subuh2 lagi "ana" sudah mandi ... memakai jubah seluar yang digemari ... menjadi orang pertama menyantap nasi lemak yang dibeli ayah ... Orang pertama bersiap katakan ... "Ana" menolong ibu menyidai kain sesudah melantak ... Tidak lupa menyimbah nasi semalam untuk santapan merpati2 ... Ibu merupakan orang terakhir bersiap ... bertolak ke Bangunan Perak Darul Ridzuan ( lebih dikenali sebagai Bangunan Setiausaha Kerajaan ) pada jam 8.10 AM ... Laju gila ayah pecut kereta ... Tak kisah , kami memang suka pun ayah drive laju2 ... Apabila sampai , terkejut & terkesima seketika apabila tiba di hadapan pintu Dewan Bankuet ... Masya - Allah , ramainya orang ... jawabnyer kami duduk di luar sahaja ... Bukan apa , selalunya kalau majlis2 begini , kami boleh jer duduk dalam dewan dengan selesa ... tetapi kali ini agak malang sedikit ... Sesak yang luar biasa ... seperti sesaknya Karnival Sure Heboh agaknyer ... Memang betul2 di luar jangkaan tak kira kakitangan penganjur mahupun orang awam ... Jangkaan hanya 1000 orang ... tetapi ... makanan & ruang tidak mencukupi ... faham2 sahajalah berapa ramai yang hadir ... mesti melebihi 1000 orang ... Alhamdulillah , rakyat Islam Perak terbuka hati untuk pergi ke majlis ilmu seperti ini ... telinga "ana" ini dengar juga ... "NAK TENGOK MENTEGHI BAGHU" ... "NAK TENGOK MUKA RAJA NAZRIN SETELAH JADI BAPA" ... ada juga yang berbunyi "HA , TUH DER BINI MENTEGHI BASO" ... pakcik2 & makcik2 punya kerenah ... hehehe ... paling kelakar "ana" dengar "MANA TAHU KAN TUANKU ZARA DATANG NGENDONG PUTERANYER" ... macam2 ... selalunya , majlis2 begini hanya dihadiri oleh budak2 sekolah berasrama ( teringat zaman dulu2 ) & kakitangan jabatan2 kerajaan serta beberapa ketul NGO ... tetapi kali ini ... fuh , ramai sungguh !!! seluruh perak turun Ipoh ... 1 daerah sampai 5 - 6 buah bas ... belum campur dengan bebudak asrama yang berduyun - duyun ... bebudak kecil pun banyak ( kalau BN dulu , siap warning dilarang membawa masuk bayi & kanak2 ) , wanita berhijab pun hadir ( rasa macam duduk negara Arab pula sebab kelubung2 mereka bewarna hitam , ramai beb ) ... memang dahsyat ... "ana" pula agak rimas jika berada di tempat2 sesak ( ingat hari ini nak sabar jer , yer lah , kalau pergi haji lagi ramai ... kalau tak biasa ramai2 , syusyah lah jawabnyer ... mantain ) ... tetiber ayah panggil ... ingat nak ajak balik ( bolehlah tengok pakcik Amin Idris on air , ngehehe ) ... rupa2 nyer pergi makan ... hisy , nak masuk balik punyer lah susah sebab sangat sesak ... "ana" mula hilang arah ... nasib baik bawa Impian Palestin yang baru dibeli ... bukan apa ... tak tenang selagi tidak duduk dalam dewan ... duduk di luar dengan menonton skrin lebar pula bising ... perempuan & lelaki berhimpit - himpit ( macam nak buat ihram lak sesak2 nih ) ... layan jer lah Impian Palestin tuh ... lagipun , butir2 ceramah telah disalin dalam bentuk teks dan dicetak di dalam buku yang diedarkan kepada seluruh pengunjung ... Kenapa bising sedangkan itu majlis ilmu ??? pakcik2 & makcik2 sibuk badi pilihanraya umum 12 ... kalau dah sesak , mesti ada bunyi2 yang kurang menyenangkan tambah2 budak2 ... gitulah ceritanya ... VVIP kali ini memang dinanti - nanti rakyat ... tak tahulah pepatah mana yang betul untuk semua pengunjung ( "ana" terkecuali , hehehe ) ... sambil dengar ceramah , tengok VVIP @ sambil tengok VVIP , dengar ceramah ... penat lah ... heheeh ...

Rabu, 19 Mac 2008 | By: jelikweyh

BaCA laJu - LAjU


assalamualaykum ... alhamdulillah "ana" masih diberikan nikmat untuk menghirup oksigen yang dikurniakan Allah walaupun tercemar dengan pelbagai virus & racun ... Seminggu lebih tidak berblogging ... lain sungguh rasanya ... adakah "ana" sudah ketagih ??? Argh , jangan tanya lagi soalan itu !!! "Ana" menyumbat masa terluang dengan membaca novel & blog sahabat ... tidak ketinggalan juga , "ana" membelek semua akhbar yang telah dibeli walaupun tarikhnya 27 November 2007 ... hehehe ... Perangai Gila Membaca dah mula ... Jangan pelik dengan semua itu ... nak tahu cara untuk melakukannya ??? "ana" tahu kalian sibuk mengejar masa dengan urusan kalian ... tetapi kalian perlu mengisi minda ... mesti tambah ilmu ... mesti ... Jikalau tidak berkaitan pun , hanya sebagai pengetahuan ... "ana" nak bagi tips mengenai cara untuk membaca dengan kelajuan yang maksimum ... Kelajuan ini bergantung pada kecepatan mata melangkau perkataan demi perkataan , ayat demi ayat , baris demi baris & kecerdasan otak menangkap butir isi ... Jadi , kepada yang pertama kali mencuba , jangan putus asa jikalau gagal melakukannya ... practise make perfect ... jangan lupa tuh ... macam matematik juga lah ... nak terror , kena buat latihan ... nih cara2 der ...


1 ) Mulakan dengan membelek novel ... tak kisah lah apa2 genre pun tetapi harus dielak dari memilih novel suspens , thriller , sains fiksyen atau novel yang penuh dengan monolog dalaman ( asyik cakap dengan diri sendiri ) ...

2 ) buka halaman pertama ... Baca 2 - 3 perenggan ... lepas tuh boleh langkau dengan membaca dialog sahaja atau langkau ke bab seterusnya ... boleh juga membelek 2 perenggan terakhir sebelum pergi ke bab yang seterusnya ...

3 ) tetapkan matlamat mahu membaca sehingga bila atau sehingga halaman mana atau sehingga bab mana ... bila ada matlamat , senang sedikit ... alihkan mata selaju yang boleh untuk melihat perkataan - perkataan yang seterusnya ...

4 ) cari dialog sahaja jika sesebuah novel itu penuh dengan dialog ... kalau rasa tertarik & nak tahu cerita penuh novel tersebut , bolehlah mengulang semula bacaan ... tetapi , cara bacaan terpulang kepada diri anda ...

5 ) setelah selesai , cari novel yang lebih tebal bagi membiasakan diri ... pilihan novel haruslah tepat ... Kunjungi bookstore seperti Borders , Times , MPH , Popular , Kinokuniya & yang sewaktu dengannya kerana setiap tajuk novel telah dibuka sebuah ...

6 ) buku2 yang telah dibeli tetapi anda rasa macam tak best tahap sampah , bolehlah dijual semula kepada Novelhut ... Pesanan ini terbuka kepada rakyat perak khususnya yang menetap di bandaraya IPOH ... bolehlah serbu Giant & Ipoh Parade ... Novelhut ada dalam tuh ... negeri2 lain "ana" tak tahu lah pula kedai2 buku secand - hand ... kalau ada , jangan malu2 nak hantar buku yang separa best tuh ... dapat duit balik apa walaupun sedikit ...

7 ) amalkan selalu ... kalau tinggal - tinggal , cornfirm merangkak ... mesti rasa novel 350 muka surat tuh 4 bulan baru habis ... macam baca al - quran juga ... kalau tidak tinggal , mesti fasih ... cuba kalau tinggal tambah2 kaum hawa yang mesti ada "cuti bulanan" ... nak terpusing lidah dibuatnya selepas baca Bismillah ... hahah ...

lain kali "ana" ajar cara baca rencana ilmiah yang selalunya panjang tahap anaconda nyer ... hehehe ...
Sebelum berundur , Selamat menyambut Maulidul Rasul kepada seluruh umat Islam ... 12 Rabiul Awal ... Umat Islam mesti mempraktikkan kalendar sendiri ... Kita boleh sambut hari ulangtahun 2 kali setahun ... cuma kita sahaja yang malu2 untuk mempraktikkannya ... mungkin tidak tahu ... selepas ini , bakal2 bapa , sila tuliskan tarikh lahir anak anda dalam kalendar Hijriyah di belakang sijil beranak anak anda sejurus anda mendapatnya ... "ana" dalam proses untuk mengingati fomula one ... eh , silap ... formula masihi kepada hijriyah ... sesiapa boleh kembalikan ingatan "ana"??
Jumaat, 7 Mac 2008 | By: jelikweyh

ReHaT

Mulai hari ini , "ana" tidak akan memulakan kerja2 blogging ... kesihatan terganggu , fikiran bercelaru ... apa yang pasti , "ana" rindukan buku ... "ana" nak baca buku ... sifat "ana" , kalau dah dapat buku , "ana" tidak akan membuat kerja lain ... "ana" akan baca , baca & baca ... faham , faham & faham ... ingat , ingat & ingat ... buat , buat & buat ... "ana" tidak tahu sampai bila "ana" akan berada dalam situasi ini ... santaplah mata & minda kalian dengan semua entry yang ada ... namun begitu , "ana" akan sentiasa melihat komen di setiap entry & komen2 kalian di CBox ... terus terang "ana" katakan "ana" jarang membaca terutama buku semenjak "ana" mula berblogging ... "Ana" asyik membaca rencana2 yang bersumberkan internet ... rencana2 yang "ana" tidak tahu mengenai kesahihannya ... Sepanjang percutian berlangsung , "ana" mahu melakukan :
1 ) Menghabiskan novel 1515 - Faisal Tehrani ( masih tidak habis padahal baca nak dekat sebulan , entah kenapa "ana" rasa seperti sukar mahu menghabiskannya ... tidak pernah jadi begini pada buku ... "ana" selalu menghabiskan bacaan paling lama 3 hari bagi novel setebal 1300 halaman ... 1515 hanya setebal 300 halaman kot ... sukar mahu habis ... sebenarnya sebab 1515 adalah novel sejarah ... "ana" lemah juga dalam menghabiskan novel sejarah ... baca tetapi lambat ... novel akan melihat "ana" memejamkan mata pada kebiasaannya ... )
2 ) Membaca PS , I Love You - Cecilia Ahern ... pinjam dari Syafiqah ... MUET test nak dekat ... kena tambah vocab ...
3 ) Menyudahkan entry2 yang tertunda seperti Advencer Si Peniup Ney - Faisal Tehrani ... "ana" akan senaraikan entry2 yang mengalami rombakan sesudah "ana" menyiapkannya nanti
4 ) Menziarahi blog teman2 yang semakin jarang dilawati ...
5 ) Menyipkan diri ke alam pekerjaan ... "ana" bakal memulakan kerja di UO Superstore pada 27 Mac 2008 ( sehari selepas birthday )

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke - 46 buat ibuku ... Semoga Allah memanjangkan umur & mencurahkan rezeqi ... insya - allah ...

Jangan rindu2 semua ... semoga tabah & ceria dalam meneruskan kelangsungan hidup ... doaku sentiasa bersama kalian ... Jumpa lagi semua ... Insya - Allah ...
P/S : penulis masih memakai baju panas sehingga entry ini ditulis ... masih sejuk lah ... peningnya ...
Khamis, 6 Mac 2008 | By: jelikweyh

PiLiHanRayA UmuM 12 ... SuKa LaK eNtRy NiH

Pemerhatian Kempen PRU 12

Pendahuluan:
Saya ulangi dengan tegas di sini, saya bukan parti sentrik. Saya tidak mengundi parti tetapi menekuni calon yang ditawarkan oleh parti bertanding. Saya juga telah merujuk silang dan meneliti manifesto semua parti, dan Insya-Allah akan bertindak dengan menggunakan akal (bukan emosi). Pemerhatian ini saya kira dapat dilakukan dengan cukup saksama dan berhati-hati kerana saya merupakan graduan syariah politik UM (1998) yang menjadikan minor sains politik sebagai bidang pilihan.Pengarang di Malaysia telah turun padang menulis mengenai politik seawal Pak Sako (Putera Gunung Tahan), A.Samad Said turut menyentuh iklim politik era 80an dalam Hujan Pagi dan Wira Bukit, kita tentu tidak dapat menafikan keghairahan Shahnon Ahmad dalam banyak karyanya seputar politik (yang klasik tentulah Shit meskipun Tunggul-tunggul Gerigis jauh lebih 'political'), Kawin-kawin menampilkan era hubungan PAS-Semangat 46 karya Azizi Abdullah, dan ramai lagi pengarang yang tidak 'tersebut' di sini. Novel pertama saya sendiri Perempuan Politikus Melayu merakam cuaca politik era sebelum 1997 dengan menyorot isu rampasan tanah di Kerpan.Pemerhatian sebagai pengarang yang sedar bahawa sastera adalah bahagian dari politik, mendorong saya untuk menyorot 'suasana kempen PRU 12'. Ini untuk membolehkan saya merumuskan satu konklusi, iaitu calon mana yang bakal saya undi. Saya telah menggunakan segala ilmu yang saya perolehi ketika menuntut dalam bidang sains politik untuk melakukan pemerhatian ini.Sekali lagi, sebagai pengundi independen saya tidak menggunakan emosi sebagai kayu ukur tetapi melihat 'real' politik dengan menghadiri ceramah-ceramah yang dianjurkan dan mendengar kedua belah pihak.Namun begitu, saya dapati kempen PRU 12 dicemari oleh beberapa perkara yang membuatkan saya berasa amat jengkel. Rumusan pemerhatian saya terhadap kempen ini, antara lain ialah:
Lihat nama pada lesen memandu ini dengan tekun, kemudian perhatikan pula...
...nama dan nombor kad pengenalan pada daftar pemilih ini, tidakkah ini 'sesuatu'?

1. Oposisi berjaya menimbulkan keraguan yang cukup dan memadai bahawa terdapatnya banyak aspek yang menimbulkan persoalan dalam perjalanan pilihanraya ini. Isu ini dinamakan pengundi hantu. Perhatikan sahaja bukti di atas, nombor kad pengenalan pada lesen memandu dan nombor kad pengenalan pada daftar pemilih SPR sama tetapi orangnya berbeza gender dan bangsa. Hujah oposisi bahawa pilihanraya ini tidak bersih dan dicemari 'phantom voters' pada pandangan saya ternyata relevan.

2. Papan kempen yang banyak mendokong manifesto parti tertentu mulai dinaikkan sejak tiga minggu lepas. Namun begitu fakta yang ada sangat mengelirukan. Untuk pengundi yang menggunakan lojik; papan kempen ini amat memualkan, kerana setahu saya tidak ada kedai yang menjual harga tepung seperti ini. Namun, untuk pengundi yang tidak menggunakan akal atau tidak peduli, papan kempen ini sedikit sebanyak dapat 'membohongi' pengundi dan rakyat.

3. Saya sempat menghadiri ceramah kempen semua parti bertanding. Saya dapati parti yang bertahan tidak menawarkan 'substance' ketika berkempen. Persoalan dan isu seperti kenaikan harga barang tidak dijawab. Penggunaan artis untuk berkempen juga menyebabkan rakyat 'terseleweng' dari isu sebenar. Aspek sensasi ini menyebabkan kempen parti bertahan menjadi tidak bernilai, sia-sia dan sama sekali tidak mendalam. Dalam gambar ini kita dapati seorang artis turun berkempen untuk seorang calon yang bertanding di Rembau.

4. Saya juga 'ahli media', sikap tidak profesional media utama negara ini sangat menjengkelkan dan meletakkan kedudukan pengamal media di takah bawah, mereka sama sekali mengabaikan hak pengundi dan masyarakat. Pengalaman menetap di Turki dan memerhati pilihanraya majlis bandaran pada tahun 2004 menunjukkan semua parti diberi hak yang sama untuk berkempen, malah ada juga debat terbuka yang dapat membuka mata pemilih untuk menilai calon (bukan parti). 'Kemelampauan' media ini saya dapati telah diakui oleh sebahagian besar 'ahli masyarakat' yang ditemui dan semua menyatakan rasa meluat. Saya ingin sahaja mengingatkan bahawa sikap bias media boleh 'makan tuan'.

5. Bentuk 'propaganda kotor' saya dapati telah dilakukan oleh sebahagian besar parti bertanding tetapi terdapat sesetengah 'kekotoran' ini begitu menjolok mata, malah menjolok akidah. Kempen simpang jalan seperti ini amat mengejutkan dan saya kira wajar mendapat perhatian ulama dari sebelah oposisi ataupun pemerintah.

6. Saya terkejut mendapati tiadanya pertanggungjawaban dalam hal caretaker government. Ketika mempelajari bidang sains politik di universiti dahulu, aspek kerajaan sementara ini menjadi satu subjek khusus yang amat dititik-beratkan. Laporan akhbar NST ini misalnya memaparkan gambar pimpinan tidur nyenyak bersama anak perempuannya dalam jet milik kerajaan ketika terbang dari Kota Bharu ke Kuantan. Menurut NST pemimpin ini ke Kelantan untuk berjumpa penanam tembakau di Bachok (beliau turut mengambil kesempatan memperkenalkan calon MB Kelantan partinya iaitu Awang Adek), pemimpin tersebut turut singgah di Pasir Puteh untuk merasmikan bangunan baru LPP Daerah, dan kemudian ke SMJK (C) Chung Hwa di Kota Bharu, dan kemudian ke Kubang Kerian menerima borang ahli UMNO dari ahli PAS yang keluar parti. Terakhir beliau telah ke Pengkalan Kubor pula untuk upacara letak batu asas pembinaan masjid bersama pimpinan partinya, dan bendera partinya.

Kesimpulan:Kempen PRU 12 dapat dikatakan berjalan dalam suasana yang tidak adil, berat sebelah dan penuh kekotoran. Hal ini adalah sesuatu yang serius sekiranya kita tetap bercita-cita untuk menjadi sebuah negara maju dalam tahun 2020. Kita tentu tidak mahu menjadi seperti negara Singapura yang menikmati kemakmuran tetapi kehilangan 'kebebasan dan hak'. Apabila 'prosperity' dan 'freedom' bertembung, letak duduk 'freedom' akan menjadi kayu ukur mutu kemakmuran itu.Enam perkara di atas akan sangat berguna apabila turun rumah untuk memangkah calon parti manakah yang berhak menjadi wakil saya kelak. Saya sama sekali tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana parti dalam entri ini. Sebagai ahli seni yang perlu berpartisipasi secara aktif dan adil dalam masyarakat, pemerhatian terhadap kempen politik sepanjang PRU 12 ini hanyalah suatu 'analisis singkat' saya.Justeru, ini hanyalah satu pandangan peribadi terbilang, saya tidak berniat untuk mencemarkan budaya gemilang kita dengan menyatakan pendapat di blog dalam negara yang sepatutnya cemerlang dengan demokrasi ini. Saya berharap 'persoalan' yang ditimbulkan akan dapat dibaiki.

Doa Yang Meremangkan Bulu Roma

Terkini :
Untuk menguji kesahihan dakwaan pembangkang bahawa adanya penyelewengan dan penipuan di pihak SPR mari kita uji sendiri:

Langkah 1: Masuk ke laman sesawang SPR, klik di (sini). Abaikan sahaja slogan cekap dan telus itu, dan sila masukkan nombor kad pengenalan ini: 750909035727.Beliau adalah pengundi pos (seorang askar) yang tidak boleh mengundi lagi pada 8hb Mac ini. Semakan pada langkah 1 akan menemukan kita pendaftar bernama:HAZELY RAZIN BIN YAAKUB mengundi di 019 - TUMPAT.

Langkah 2: Uji sekali lagi dengan memasukkan nombor kad pengenalan askar: T719756, kita akan menemui pendaftar yang sama tetapi kali ini boleh mengundi di parlimen 042 - TASEK GELUGOR.Saya dimaklumkan oleh beberapa calon parti oposisi terdapat banyak kes seperti ini malah ada dakwaan yang pendaftar boleh mengundi lebih dari 10 kali! Dan lebih aneh mereka akan muncul di kawasan pertandingan panas!

Pendahuluan:Saya telah menjelaskan sebelum ini sebagai pengundi independen saya terpaksa mengikuti kempen parti bertanding dengan menurut calon-calon tersebut berkempen. Lebih seminggu saya mengikuti ceramah, dan juga ucapan calon parti pembangkang. Ini terpaksa dilakukan kerana tiada saluran lain untuk mendapatkan maklumat mengenai manifesto dan perjuangan mereka. Ini kerana media utama telah berpihak kepada parti penyandang.Kelmarin saya (saudara-saudara juga) dikejutkan oleh keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk tidak menggunakan dakwat bagi dicalitkan ke atas kuku pengundi. Saya difahamkan SPR telah membeli dakwat ini dengan kos melebihi RM 2 juta. Dan sekarang pembaziran wang saya, wang rakyat, wang saudara semua telah berlaku. 2 juta lebih itu jadi air sahaja? Dakwat itu akan diapakan? Diminum? Dibancuh jadi sirap? Tidakkah baik RM 2 juta itu diberi kepada kami para pengarang supaya dapat diterjemahkan karya-karya sastera yang baik untuk dilobikan ketika Pesta Buku Frankfurt tahun ini? Atau tidakkah baik RM 2 juta lebih itu diagihkan kepada pelajar miskin? Dan macam-macam lagi kita boleh buat dengan RM 2 juta ini. Kenapa pihak bertanggungjawab mensia-siakan wang saya, wang saudara, wang kita semua? Permainan apakah ini? Sekarang, tidakkah kelihatannya dakwaan pembangkang terhadap pihak tersebut benar belaka?Soalan saya sebagai pengundi independen dan rakyat Malaysia; mengapa pembaziran ini berlaku?Sebelum ini kita telah tahu yang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menarik balik di saat akhir arahan mewajibkan semua calon menyertakan borang pengesahan pencalonan dengan duti setem RM10. Saya juga dimaklumkan bahawa semasa perjumpaan dengan calon pada 21 Februari lalu, SPR mewajib matikan setem pada borang tersebut. Dan itu dilakukan dengan hanya tinggal tiga hari lagi penamaan calon. Malah SPR dikatakan mensyaratkan cop yang 'original'.Apakah tujuan dolak-dalik begini? Sebagai rakyat saya kira saya berhak mendapat penjelasan.Semalam juga, saya telah bercakap dengan seorang teman editor majalah. Beliau memberitahu saya, beliau tidak pernah, ulangan: tidak pernah menukar alamat atau melakukan pindahan tempat mengundi. Sebaik sahaja penamaan calon, laman sesawang SPR yang beliau lawati mengisyaratkan yang beliau TELAH menjadi pemilih di Pelabuhan Kelang!Dan kes ini turut berlaku kepada beberapa teman lain. Seisi keluarga mereka berpindah randah, dipecah-pecahkan tempat mengundi termasuk ada yang terhumban di Kuala Perlis.Selain didapati banyak bukti yang melampaui kemunasabahan dan menimbulkan keraguan. Seperti bukti di sebelah (lihat usia warga ini), kita tidak dapat menolak lagi dakwaan, dan tuduhan pembangkang bahawa pengundi hantu, penyelewengan, dan penipuan memang benar-benar berlaku. Dahulu saya kurang mengambil berat hal ini kerana menyangkakan ia isu terpencil tetapi apabila jelas berlaku dalam kalangan saya sendiri, saya rasakan hal ini amat serius.Bukan itu sahaja terdapat juga bukti-bukti menunjukkan pengundi (termasuk pengundi pos) didaftarkan lebih dari sekali. Dalil ini amat serius dan tidak lagi boleh dipandang ringan kerana kita sedang berdepan dengan pilihanraya yang cukup sengit. Cukup sengit untuk menentukan samada harga minyak akan turun atau dimanipulasikan selepas 8 Mac ini. Lihat foto di sisi yang membuktikan nama pengundi berulang dua kali. Bukankah ini sesuatu yang merungsingkan? Sebagai pengundi independen saya sudah kecewa melihat keadaan ini apatah lagilah untuk penyokong atau pendokong parti yang setia. Hal ini boleh menyebabkan kemarahan yang tidak terbendung. Dan sukar untuk dipersalahkan mereka yang marah kelak melainkan mereka yang bersalah dipertanggungjawabkan.Untuk membaca lanjut klik di sini.Baik, soalan saya kepada teman-teman kini berbunyi begini: "Kita telah bertekad untuk memilih parti tertentu kerana kita suka dan percaya dengan janjinya untuk menurunkan harga minyak, harga barangan dan lain-lain, kemudian kita dapati ada penipuan berlaku di mana hak kita dinafikan - apa tindakan kita seterusnya?"Soalan itu relevan bukan?Ada bermacam-macam jawapan. Banyak yang meremangkan bulu roma. Ada yang lucu juga.Tetapi ada yang paling meremangkan, yang saya kira wajar dipertimbangkan oleh pihak yang terlibat. Salah seorang teman saya memberitahu saya begini: "Aku tak berhak mendoakan pihak yang bertanggungjawab masuk neraka atau kena azab sebab itu semua hak Tuhan. Tetapi aku minta dengan solat hajat, nazar dan doa supaya mereka yang terlibat jadi seperti Ariel Sharon ." "Ariel Sharon?" Balas saya."Aku doakan mereka semua susah nak mati. Mereka lama dalam sakarat. Mereka tak boleh nak mati sampailah setiap rakyat dan undi yang ditipu oleh mereka ini merelakan dan memaafkannya. Bayangkan ada empat juta atau lima juta pengundi yang hati kering melakukan seperti itu, kau ingat mereka selamat?"Saya gamam. Meremang bulu roma. Itu teman saya.Anda bagaimana? Apa tindakan anda?

Terserempak dengan "YB Kuala Trengganu" Mohd Sabu!

dan mengujakan apabila saya terserempak dengan Mohd Sabu, Naib Presiden PAS yang juga calon Barisan Alternatif di Kuala Trengganu. Beliau telah 'lari' sekejap dari kempen di sana untuk mengadakan sidang media di Pejabat Agung partinya bagi menjelaskan respon parti PAS terhadap tingkah laku pelik SPR yang antara lain ialah membatalkan penggunaan dakwat celup untuk pengundi pada hari Sabtu ini.Saya mengambil kesempatan yang luar biasa tersebut untuk memuaskan hati saya sebagai pengundi independen. Saya bertanya bermacam-macam isu. Dalam perbualan tidak rasmi secara singkat tersebut, terdapat tiga poin utama:

1. Menurut beliau, penipuan adalah tema utama pilihanraya kali ini. Tambahnya lagi penipuan pertama berlaku apabila bekas Perdana Menteri yang pada mulanya menafikan pembubaran parlimen akan berlaku, telah 'menipu' rakyat dengan membubarkan parlimen. Penipuan duti setem, dan seterusnya penipuan penggunaan dakwat celup oleh SPR menunjukkan penipuan akan terus berlaku.

2. 'Swing' besar pengundi Tionghua dan India amat besar. Seluruh parti oposisi menerima kejutan kerana sambutan mendadak masyarakat keturunan Cina dan India. Dengan 'swing' ini tidak mustahil akan ada perubahan besar dan mengejutkan berlaku jika poin pertama (termasuk penyelewengan SPR) dapat dibendung.Sekiranya bangsa Melayu memberikan 'swing' yang meyakinkan 9 Mac ini harga minyak akan turun. Bekas graduan institut pengajian tinggi juga tidak perlu membayar hutang tertunggak mereka. Penggelidahan kekayaan oleh pihak tertentu sahaja akan dapat dihentikan. Moga-moga bangsa Melayuku akan menjadi bangsa yang berani dan logis dalam bertindak. Kita perlukan perbandingan kerana kita telah berada di bawah satu parti yang sama agak lama. Saya mahu mencuba kali ini. Saya harap orang Melayu akan juga mencuba. Kita yang mahu mencuba harus mengajak orang Melayu lain turut mencuba.

3. Jika poin pertama dapat diatasi, terdapat beberapa buah negeri akan beralih pentadbiran. Dan ini amat baik kerana setelah 50 tahun diperintah oleh hanya satu parti, akan ada perbandingan dapat dibuat. Tindakan nekad 'cuba sekali' ini akan dapat berlaku jika poin kedua bertahan selain bangsa Melayu ikut sekali menyertai saudara kita dari bangsa lain. Saya sungguh teruja mendengar pantauan, penilaian dan culaan kemas beliau (Mohd Sabu) tetapi saya tidak dapat menurunkan jangkaan-jangkaan kawasan parlimen yang akan bertukar tangan tersebut kerana apa pun ia masih jangkaan.Terima kasih 'Yang Berhormat' kerana melayani pertanyaan saya. Ini menambah yakin dalam diri untuk 'cuba sekali' kerana '11 kali sudah jelak'. Saya bergerak pergi dengan berjanji untuk mendoakan kemenangan beliau.

P / S : Grabbed from http://tehranifaisal.blogspot.com/ ... Untuk paparan yang lebih memuaskan , silalah ke lelamannya dengan hanya klik link beliau di atas ... WASSALAM ... Adus ... Tuan Guru Faisal Tehrani dah padamlah entry tuh ... pandai2 lah kalian baca sebab "ana" tak bercadang untuk memadamnya ... heheh
Isnin, 3 Mac 2008 | By: jelikweyh

Cameron Highlands iN mEMoRy


Kami sekeluarga kaki jalan ... cuma keadaan kewangan tak mengizinkan ... berjalan sekadar mengkagumi kebesaran Allah & mengeratkan ikatan sillaturrahim antara keluarga ... Sejuk betul ... salah musim kami sekeluarga datang ... datang masa tengah hujan ... ngeheheh ... berteduh di Hotel Equoatorial Hotel ... Tingkat 10 ... Alhamdulillah deluxe room tiada balkoni ... sejuknya allah yang tahu ... "Ana" pun demam semula sejurus pulang dari sana ... lebih teruk dari demam yang dulu ... cuma "ana" rasa walaupun demam ini teruk , tetapi tak lama keadaan tu ...

pelbagai aktiviti yang dilakukan di sana seperti melawat ladang kaktus , ladang starawberi , ladang bunga , ladang lebah ( tengok madu sebenarnya ) & ladang teh ... aktiviti lain ialah memborong buah2 & sayur2 ... ibu geram tengok bunga & kaktus tetapi hakikat ibu ini suka berjimat ... ibu tidak pernah membeli pokok ... semua pokok yang ditanam adalah hasil usaha melawat rumah rakan2 & mencantas pucuk pokok yang digemari ... ibu hanya membeli tanah , baja & racun ... selebihnya , minta dari rakan2 nya ... kalau mahukan pasu , bertandang lah ke rumah rakan yang mahu berpindah secepat yang mungkin kerana anda mungkin bernasib baik untuk mendapat pasu walaupun tidak secantik mana ... janji pasu & boleh menanam di dalam nya ... tips yang "ana" boleh kongsikan di sini mengenai Cameron Highlands ialah :


  • Jika mahu ke sana , masuk dari jalan Simpang Pulai ... Ikut jalan lain pun boleh tetapi jangan ikut jalan Tapah ... hanya Mat Rempit jerk yang boleh ikut jalan masuk dari Tapah ... Diharap korang SELAMAT sampai ke destinasi yang dituju wahai MAT REMPIT ... "ana" tak tahu bagaimana keadaan jalan masuk yang lain ...

  • Jangan terpedaya dengan penjual2 di pasar ... beli ikut pilihan hati ... jangan ikut sangat jika dia cakap selonggok RM 10 ( kira dapat kobis , brokoli , kobis bunga & sayur per tah ) ... ambil benda yang anda suka ... buat tak reti jerk dengan penjual tuh ... nanti masa dia kira dapat diskaun ... masa penjual tuh kira , jangan lupa tanya "tak boleh murah lagi ke ?" ... kalau bernasib baik , dapatlah murah ... kalau tak ... bayar jer berapa yang dia cakap ...

  • kalau boleh , mengginaplah di hotel , motel , rumah tumpangan @ homestay yang terletak di Brinchang @ Tanah Rata ... Mengginap di tengah2 pekan tuh ... senang sedikit kerana kedai makan , kedai runcit , klinik , masjid ... semua ada di situ ... Mencari hotel @ rumah tumpangan di situ pun sangat mudah kerana pekan2 tersebut dipenuhi hotel2 & rumah2 tumpangan ... banyak promosi pula ... pilih sahaja yang mana suka ...

rasanya , hanya itu sahaja yang dapat dikongsi pada hari ini ... esok mahu mencari kerja sambil berjalan - jalan dengan bestfriend ( piqah & diela ) ... dah lama tak keluar bersama ... jumpa lagi dlm post esok ...