Khamis, 21 Mei 2009 | By: jelikweyh

SABILY 9.04 – Versi terbaru Ubuntu Muslim Edition

Sabily team telah melancarkan Sabily 9.04, dengan codename “Taibah”. Sabily adalah nama baru dari Ubuntu Muslim Edition, Sistem Operasi Linux yang dirancang oleh dan untuk umat Islam.

Sabily 9.04 tersedia sebagai Live DVD (korang dapat menguji Distro Linux ini tanpa harus menginstall apapun kat komputer korang).

Sabili hadir dalam 3 versi:

  1. Versi kecil (935 MB): berisi paket utama Sabily
  2. Full version (1.4 GB): (lihat daftar lengkap di sini: http://tinyurl.com/dfwvgk)
  3. Versi Penuh dengan versi Tilawah (2.8 GB): Catatan: versi ini berguna jika korang off Internet (semua Sabily menyediakan versi online Tilawah)

kalau korang nak tukar ke Ubuntu standard 9.04 (Jaunty Jackalope) menjadi Sabily, versi CD (184 MB) yang berisi paket Sabily disediakan ...

Terbaru:

  • “Hijra” aplikasi: Kalendar tahun hijrah
  • Mashaf Othman aplikasi: Browser Othman Quran yang menampilkan Quran dalam script gaya Othmani

Kelainan:

  • nama baru distro ( “Sabily”) dan semua Artwork diperbarui untuk menggunakan nama ini (usplash, gdm tema, gdm login screen)
  • Thwab sekarang boleh buka Shamela Book

Features:

  • Parental kontrol (WebStrict)
  • Zekr 0.7.2 (Quran study tool), boleh main Tilawah Quran
  • Prayer times apps: Minbar and Firefox ‘Pray Times’ add-on
  • Thwab (ensiklopedia)
  • Custom artwork: usplash, login screen, Islamic wallpaper dan tema.
  • sokongan penuh untuk bahasa Arab.
  • Versi lengkap berisi DVD multimedia, pendidikan dan banyak ler lagik yang berguna

OS yang beta nak try buat masa skang ialah Windows seven & Ubuntu ... tak pernah beb sentuh PC yang guna OS tuh ... kalau takat Windows 95 - Windows Vista , sumer dh try ... Macintosh pun sama ..

terima kasih kepada kang tatang sebab belanja kopi cappucino & pasta carbonara ... haha ...
Rabu, 20 Mei 2009 | By: jelikweyh

RuMaH Oh rUmAh ...

Mode : Period ( hadas besar )

4 - 5 AM : baru beradu ( kat tempat beradu lah )
11 AM : wake up , check message , main PSP ( game afterburner ) , baca novel ( kat tempat beradu lagik )
1 PM : iron baju ibu & adik itam ( baru bangun dari tempat beradu )
1.30 PM : kemas2 umah , basuh2 pinggan mangkuk ( baru kuor dari bilik beradu )
2 PM : mandi ( kat bilik air lerh , takkan kat paip laman umah plak ) & bersantap ( dah tido , mesti mahu makan )
3 PM : angkat kain & lipat ( ampaian kat belakang umah , kalau dah melipat , dekat bilik beradu beta lerh , pastu hantar kain2 tuh kat tempat yang sepatutnya )
4 PM - 4 AM : main PSP , baca novel , tengok movie , SMS dengan teeettttt ( beta mula melepak dalam bilik beradu sampai tido )

P/S : kalau ada adik itam , beta akan memekak cakap "adik hitam , legam , gatal" dengan pelbagai irama ... haha ... ayat nih automatik akan keluar kalau beta nampak beliau ... buat mender nih jerk buleh habes 15 minit ...

P/S/S : sesungguhnya , beta sangat muak dengan life yang sangat2 goyang kaki nih ... dah 4 hari kuor cari kerja ... takder bos pon yang mahu kat beta ... hari ke-4 , beta nekad ... beta menipu dengan mengatakan beta dah menganggur selama 3 bulan ... haha ... baru ada orang yang nak offer interview ... nak duiiittttttt !!! beta sungguh tak pandai duduk rumah ... bila duduk rumah , eeeee , tak tahu nak citer lah

P/S/S/S : hujan ,panas , hujan ,panas ... allah marah dengan pemimpin2 perak ker hah ???kaina asyik tak kering jerk ... basuh suor jeans , 2 hr br kering ...
Selasa, 12 Mei 2009 | By: jelikweyh

SeLaMAT HaRi IbU : AiR TaNgAn …

Dedikasi untuk bonda tersayang , Puan Zaiton Ali ( doesn’t know when she can found this entry , hehe )

Walau terpisah oleh jarak dan masa , walau mahal macam mana sekali pun kita beli , walau sebaik mana masakan chef2 terkenal kita pernah jamah , hakikatnya kita akan kerap membandingkannya dengan masakan ibu kita dan akan berkata “ala , kan best kalau ibu ada dan boleh masak bla bla bla …” tidak kurang juga ada yang mengalirkan titisan hangat dari mata sewaktu makan akibat kerinduan terhadap ibu ( especially for girls yang dok jejauh dengan ibunya ) … belum masuk bahagian tak lalu makan sebab asyik nampak muka ibu jerk kat makanan tuh … this is my experience with my friends especially girls ( kalau boys , diorang tabah lagi ) … persoalannya , kenapa nak masakan ibu jerk ???

Kata orang , itulah penangan air tangan ibu … masakan ibu melalui proses menyiang , membasuh , memotong , manggaul , menguli , mengacau sambil berselawat , menanak nasi sambil berdoa , pendek kata macam2lah aktiviti yang kebanyakannya melibatkan tangan secara tak langsung … Jari tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan … Jadi , dalam masakan ibu , air tangannyalah yang paling banyak “terlarut” bersama bahan2 masakan …

Betul ke air tangan memberi kelazatan kepada makanan yang telah dimasak ??? Air tangan nih sila jangan rujuk kepada keadaan air yang berada di tangan ibu . Air tangan yang dimaksudkan ialah aliran kasih sayang , kesungguhan , keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya . Beta tak pandai demand dengan ibu beta . Housemate ada lah yang demand sikit . Kalau tahu ibunya nak datang , mereka selalu pesan “mak , dah lama tak makan sambal udang petai mak .Rindu! Minta tolong masakkan boleh tak ???” … Si ibu pasti terharu apabila anaknya menyatakan perasaan kerinduan terhadap masakannya . Maka si ibu pun masaklah sambal udang petai . Bukan untuk anaknya sahaja . Untuk kawan2 anaknya sekali si ibu masakkan . ( beta tak makan apa2 yang berkaitan petai & jering ) . Selesai makan , si anak akan menelefon ibu dan berkata “terima kasih mak sebab masakkan . Kawan2 puji sedap” … kalau dapat housemate macam beta nih , beta akan jerit “makcik , terima kasih . sedaplah . kalau boleh , masaklah lagi untuk kami” … kawan2 pun kenang masakan ibu kita kadang2 …

Motivator & psikologist berpendapat kerja yang berkualiti akan terhasil jika kerja itu dilakukan dengan penuh kasih sayang , ceria , tulus dan ikhlas . Dorongan kerjanya bukan untuk “mendapat” tetapi untuk “memberi” . Semakin kurang nilai2 yang telah disebutkan sebentar tadi dalam kerjanya , maka semakin rendahlah kualiti dan produktiviti kerja tersebut .

Lihat kepada realiti kehidupan beta , adik itam seorang jerk yang tak suka bawa bekal yang dimasak oleh ibu ke sekolah . tak tahulah kenapa kan . yang pasti , duit belanja tuh kadang2 macam tak cukup jerk RM2 sehari . Bekal makanan beliau tak pernah habis jika beliau bawa . Suatu keadaan yang berbeza . Beta menghargai masakan ibu & membawa masakan yang ibu bekalkan walaupun semasa itu beta belajar di tingkatan 6 atas . tak sedap macam mana sekali pun , beta akan makan sampai habis ( realitinya , beta suka makan sampai habis sebab tak suka membazir ) . Pengajian di Shah Alam ( jauh daripada ibu ) sangat2 tak best . sebab? Sebabnya beta sangat cerewet tentang makanan . makan mahal2 pun jenis tak kisah . tapi memang rindu betul kat masakan ibu . Untuk menghilangkan lapar , biasanya beta akan membeli antara 2 lauk sama ada ayam @ telur ayam ( beta tak makan seafood termasuk ikan laut ) … paling best kalau ayah @ ibu cari ikan sungai di merata pasar semata – mata nak bagi anak mereka yang cerewet nih protein … ( gumbira kalau ada sepat , patin , talapia & keli ) hehe … Istimewa masakan ibu beta , nan ado perencah2 segera termasuk aji no moto & nan ado cuka … my dad sentap lorh kalau ibu bubuh menda2 tuh … my dad sangat5 cerewet tentang makanan … chef kat restoran pun beliau boleh kutuk ... korang tahu , cekodok air garam pun beta boleh rindu … huhu

Keluarga beta jarang2 makan di luar ... big boss kan cerewet , kena makan di rumah ... lagi pun , makan di rumah lebih jimat dari makan di kedai2 , restoran2 , kafe2 & hotel2 ... selepas makan dengan keluarga , ibu @ ayah suka bertanya tentang masakan mereka ( my dad pun kadang2 suka memasak ) “sedap tak ayah @ ibu masak ???” biasanya beta suka jawab “ok jerk” & “boleh tahan” … padahal dalam hati , “sedap , tak sedap tetap masuk ke perut ... hehe” … beta tak tahu cara nak pamerkan perasaan kepada orang … macamlah korang tak tahu weakness beta yang nih …

Akhirul kalam , selamat hari ibu buat ibu beta sendiri & tak lupa juga kepada ibu2 di seluruh Malaysia . Kepada perempuan bujang/janda/balu , Kurangkan maksiat untuk mengelak daripada menjadi ibu haram / ibu tumpang apatah lagi ibu ayam … haha … yer lah , kes buang anak & bunuh janin menjadik – jadik … beringatlah

Isnin, 11 Mei 2009 | By: jelikweyh

EZnet ...

adoiii , mati kutu beta dok kat istana nih ... tak tahu nak buat apa ... dalam kepala asyik nak internet jerk ... rumah dah habis berkemas ... surat khabar abes beta khatam ... hari ahad ada lah jugak pergi lepak kat mamak untuk WiFi dengan lappy Diela ... tapi , kalau dok situ mesti r nak order ... tak der nyer orang kat situ nak kasi WiFi free2 ... Diela order mee goreng mamak & milo ais . beta order soya yeos tin ... beta kan tak makan makanan mamak ... haha ... total nak dekat RM10 ... buntu gak nak cari kawasan WiFi kat ipoh nih ... beta tahu kat dewan bandaraya & JJ kuat WiFi ... jauh ler plak nak heret aswad ke sana ... hari nih , beta call telekom customer service ... beta suka bebenau call mender tuh ... dial 100 , dapat tahu macam2 ... hehe ... siap leh bergayut dengan operator lagi ... free kan ... tapi , nama tuh banyak berubah - ubah ... kejap guna nama ibu , kejap nama adik , kalau suara beta garau , nak jerk taram nama ayah ... huhu ... beta tanya pasal prepaid internet & EZnet ... prepaid internet nih under TM net servis ... kalau EZnet nih dial-up that's mean , masuk bil tepon lah kalau guna ... 1 unit ke 1 minit beta dah ingat sama dengan RM0.04 ... speed der cuma 50.6 kbps ... jadik ler tuh untuk beta guna kejap2 ... ada ker operator tuh g pomot streamyx combo ( RM60 ) sama beta ... tergoda iman tapi beta sedar pembayaran bil bukan di tangan beta ... hoho

ops , beta dah citer lom kat korang yang istana beta telah memberhentikan perkhidmatan streamyx 77 ??? tak per lah , beta kabo jerk kat korang sumer , ayahanda telah memberhentikan streamyx sebab adik2 beta tak belajar ... layan myspace , friendster , youtube , imeem , hi5 , tagged , YM & Skype x hengat nyer ... my parent are working at noon , so takder saper boleh control diorang ... dengar2 kaum kerabat diorang wat mesyuarat tingkap kat istana nih sambil donlod2 ... sebelom parent kami balik , kaum kerabat adik2 beta baliklah ... ada sesetengah download tuh berbayar gitu ... ( sial , beta pun tak pernah donlod gi hulur duit ) ... sebagai pengajaran , stop the streamyx ... beta orang yang paling muram dengar keputusan tuh ... haha

Gosip jap nooo : Tahniah kepada Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar kerana menang kes MB Perak tuh ... I respect him because he always said that he only "pemimpin sementara" ... sampai masa , alam lain menanti kita ... For me , only "tawadhu'" and "zuhud" person will say like that ... pemerintahannya telus kerana beliau memberitahu tentang perbelanjaan negeri , pendapatan negeri kepada rakyat ... MB dulu tak pernah kot cakap secara terbuka soal nih ... penerimaan wang zakat meningkat ... sebagai rakyat , ini yang kita nak dengar ... beliau juga turut menyatakan jumlah hutang yang ditanggung kerajaan & tempoh bayaran balik ... beliau juga turut menyatakan pemenang tender suka "membelanja" pihak2 tertentu sebagai "hadiah" ... soal politik perak , beta tak suka nak sentuh tapi kemungkinan besar pilihanraya negeri akan dilakukan atau undi tidak percaya terhadap Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar akan dilakukan ... secara peribadi , beta prefer pilihan raya negeri sebab yang nih lebih "telus" . rakyat akan menentukan pihak mana yang layak mentadbir negeri ... dan sebagai pemerhati , beta percaya perbuatan lompat parti seperti menipu rakyat ... contoh : A bertanding untuk menjadi wakil rakyat kawasan Z atas tiket parti Q ... bila menang & mentadbir beberapa waktu , tetiber tukar ke parti W di mana rakyat yang menyokong parti Q tidak sehaluan dengan parti W ... kesan kepada rakyat ialah rasa timbul rasa tidak percaya kepada pemimpin , rakyat yang tidak tahu apa2 akan rasa terkejut dan tertipu & berlaku perbalahan antara penyokong wakil rakyat tersebut dengan rakyat yang berasa ditipu tadi ... Jika hendak melompat parti , perjumpaan & perbincangan dengan rakyat perlu dilakukan secara face to face ... di luar negara , ini perkara biasa tetapi di malaysia , ini merupakan perkara baru .
Selasa, 5 Mei 2009 | By: jelikweyh

LaSt DaY WiTh AiN & FiFaH ...

masuk2 umah jerk , t'kezut tengok ada gantung2 nih ... ingatkan salah umah tadi ... nasib baik teringat zaty bisik tengah hari tadi yang malam nih ada surprise party ... ain lak tuh yang bukak kan pintu ... ish , lepas nih der dah tak bukak kan ...

ha ... nih kami solat berjema'ah untuk maghrib ...

lepas maghrib , kami baca yaasiin bersama ... lepas tuh kami berzikir sementara menunggu isya' ... masa berzikir lah baru perasan ada orang candid & tangkap gambar ... gambar2 nih beta jumpa masa godeh2 sony cybershot fifah ...

kemudian , solat isya' berjema'ah & bersedia untuk party ...

perasmian party dimulakan oleh fifah & ain ( orang yang nak pindah ler rasmikan , ater party nih kan untuk diorang ) dengan cara memotong kek "germany blackforest" ... doa makan dibacakan oleh chuzzle ...


tiada makanan yang mewah2 ... hanya nasi berlauk tomyam , junkfood macam nugget & french fries , 4 jenis keropok & air oren buatan stacy ... ( pangai buruk beta hari nih , x makan sepanjang hari untuk spare perut bagi party ... seb baik x kena gastrik! )


fesyen kami pada malam itu bertemakan "funky" ... baju memasing & kepala habis disolek bagai ... seb baik diorang tak suruh make-up ... beta paling lemah kalau bab make-up2 nih ... kulit gatal2 lah kalau bersolek ... tengok gaya stacy kat atas tuh , kami punya stail lebik kurang gitu lah ... tocang senget2 , pakai topi surat khabar ... beta malas nak upload gambar2 lain sebab banyak x bertudung ... korang tahu kan sebab apa ???

P/S : terkenang kat idrisiah masa solat2 tuh
Isnin, 4 Mei 2009 | By: jelikweyh

kAKi ...

inilah keadaan kaki beta sejak 2 menjak ini ... terseliuh sehari sebelum pergi pos hadiah untuk incit fauzi (31032009 ) ... masuk hari yang ke-4 , x sakit sangat ... tapi , sakit apabila mahu menjengket ... paling x boleh blah nyer , bengkak der x surut walaupun menda nih dah sebulan lebih ... pil ubat semua beta dah telan ( tu pun lepas 3 minggu bengkak x surut ) ... nih tengah kalut barut dengan ankle guard tetiap malam ... siang malas nak barut sebab nanti susah mahu ambil wudhu' ... ada orang cakap kena berurut ... ish , tak pandai lah nak berurut - urut nih ... doktor cakap sebenarnya tak boleh banyak berjalan tapi beta manalah reti kan duduk dendiam ... ni nak bertenet nih pon kena melangkah heret aswad ke library ... huih ... udoh ... mahu balik !