Jumaat, 3 November 2017 | By: jelikweyh

Ujian Pegawai Tadbir Diplomatik ( PTD ) M41 03112017

Alhamdulillah , saya terpilih untuk menduduki ujian PTD2017 secara atas talian . dalam tahun ini , ini kali kedua saya menduduki ujian kelayakan perkhidmatan awam . kalau saya daftar SPA PTD sejak dari habis belajar UiTM Shah Alam dulu , saya tak tahulah dah berapa kali saya attend ujian nih . lol . semuanya kerja tuhan uolls . tapi soalan kali ini lebih susah daripada soalan LHDN hari tuh , dengan tak tengok dan baca berita selalu , memang kau tahulah kau melingkup ! baca buku Pengajian Am STPM sahaja tak cukup rupanya kalau ujian PTD nih .  

kali ini , saya menyertai kumpulan ( group ) telegram ini . ahli group ini sewaktu saya menyertainya ialah 4k dan pada hari ujian angkanya meningkat menjadi 6k . kat group nih , tekan files , photos dan videos untuk bahan-bahan ulangkaji . terdapat soalan-soalan ujian PTD ( dan lain-lain jawatan kerajaan yang diuruskan oleh SPA ) yang lepas . group ini telah diwujudkan sejak tahun 2015 kalau tak silap . ramai yang komen , daripada beli e-book yang tak tahu kualitinya , lebih baik korang korek files gambo video dalam group nih . kalau buat latihan penyelesaian masalah , ramai yang membantu jika tak dapat jawapan . saya dengar juga yang isi e-book ada yang cedok daripada files gambo video daripada group ini . sahih atau tidak , wallahua'lam . ko malas atau rajin , silalah menggali . ada ahli yang dah menjadi PTD , masih memberikan sokongan moral dan mental kepada newbies ( macam saya , hikhik ) dan yang dah berkali-kali menduduki ujian . 

for discussion during the exam , dengar juga cerita bahawa yang buat group whatsapp/telegram mengikut nombor server ( katanya soalan setiap server berlainan ) , itu kerja yang paling sia-sia , again , wallahua'lam . tapi group nih havoc , siap buat meet up sebelum ujian dan semasa hari ujian dijalankan .

layan jer lah soalan-soalan yang keluar kali nih , tapi untuk soalan terakhir pengetahuan am dan soalan nombor 36 penyelesaian masalah , ada kesilapan teknikal dan soalan tuh tak ada dalam koleksi .

























































































     
SPA memaklumkan bahawa yang menduduki ujian pada kali ini ialah seramai 61k seluruh Malaysia . kali ini , saya tidak menghadapi masalah teknikal , tapi masalah masa ( dan otak yang kosong dan tak genius , ahahaha ) . keputusan akan dimaklumkan pada 13 november 2017 . kepada yang berjaya , mereka akan menjalani ujian kecergasan , ujian psychometric dan temuduga . dapat menduduki ujian ini pun , saya dah cukup bersyukur . adik saya yang mempunyai ijazah sarjana muda perhubungan antarabangsa , dia dikatakan tidak melepasi syarat oleh SPA . mungkin keputusan SPM ( bahasa melayu , bahasa inggeris , matematik mesti kepujian ) kot yang menghalang . tak tahulah . dia akan menduduki semula SPM nanti untuk memperbaiki subjek-subjek yang diperlukan untuk kelayakan apa-apa jawatan gomen .  

P/S : owh , ahli group telegram ittewww troll soalan 31 ( penyelesaian masalah ) mencari jaja jojo juju jiji joji segala . ahahaha .