Khamis, 2 November 2017 | By: jelikweyh

Wayang percuma ( Latin American Film Festival 2017 by GSC & Italian Film Festival 2017 by TGV )

Ada yang minat tengok filem macam saya tak ? saya tengok bukan sesajer . Bagi saya , tengok filem yang betul lebih-lebih lagi yang menerima anugerah-anugerah filem yang diiktiraf dunia , kita akan mempelajari sesuatu daripada filem tersebut . mungkin budaya , mungkin bahasa atau tertarik dengan lokasi-lokasi yang dihidangkan dalam filem berkenaan . saya sangat menikmati filem seperti saya menikmati buku-buku . saya tak tahu orang lain kalau tengok filem macam mana , tapi kalau saya begitu . saya juga memerhatikan daya imaginasi dan kreativiti produksi filem tersebut . Inilah antara sebab mengapa sesetengah orang mengatakan saya tersilap fakulti semasa menuntut di UiTM Shah Alam ( kerana kadang-kadang saya menghadiri screening di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik atau dikenali sebagai TEKA . sekarang tak tahu apa nama baru fakulti itu ) . Saya suka filem ( dan tengok filem percuma seperti screening filem asing memang seronok sebab boleh jimat , lol ) dan menikmati semua genre filem kecuali filem superheros , ganas dan psycho

sekarang di GSC sedang berlangsung dua festival filem iaitu European Union Film Festival 2017 ( EUFF17 ) dan Latin American Film Festival 2017 ( LAFF17 ) . bagi EUFF17 yang dianjurkan untuk kali ke-18 oleh Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia , harga tiket ditawarkan kepada penonton sempena tayangan EUFF17 ini hanya RM8 saja untuk semua filem ( sila baca sampai habis ) . EUFF17 Selangor & KL dah tamat . sila tunggu tahun depan pula . sekarang untuk Penang dan akan menyusul ke Sabah dan Sarawak . Terdapat enam filem percuma dan harus ditebus di kaunter tiket dengan menggunakan kupon ( satu kupon boleh dapat dua tiket ) . 23 filem dari 17 negara Eropah ditayangkan , enam daripadanya boleh masuk percuma . kali nih lagi banyak filemnya .


Senarai filem :

1 ) Ants on a Shrimp ( Documentary , English )
2 ) Attenborough and the Giant Dinasour ( Documentary , English )
3 ) Big Game ( Action / Adventure , English )
4 ) Café Derby ( Drama , Dutch )
5 ) Car Park ( Drama , Hungarian )
6 ) Coconut Hero ( Comedy / Drama , English )
7 ) Cosy Dens ( Comedy / Drama , Czech )
8 ) Do You See Me ? ( Comedy , Italian )
9 ) Fire at Sea ( Documentary , Italian )
10 ) Happy 140 ( Comedy , Spanish )
11 ) In Line for Anne Frank ( War/Historical Documentary , Origin from Netherlands )
12 ) Miss Christina ( Horror / Mystery , Romanian )
13 ) My Life as a Zucchini ( Animation , French )
14 ) Mystery of Green Hill ( Kids / Mystery , Croatian )
15 ) One Hell of a Ride ( Documentary , English )
16 ) Planet Single ( Comedy / Romance , Polish )
17 ) Swagger ( Documentary , French )
18 ) The Commune ( Drama , Danish )
19 ) The Girl Who Save My Life ( Documentary , Swedish )
20 ) The Happiest Day in the Life of Olli Makki ( Biography / Drama / Romance , Finnish )
21 ) Tokyo Fiancée ( Comedy / Romance , French origin from Belgian )
22 ) Two Lottery Tickets ( Comedy , Romanian )
23 ) Victoria ( Drama , German )

LAFF17 ini telah dianjurkan sebanyak 16 kali dan dianjurkan oleh Kedutaan Amerika Latin dan Caribbean ke Malaysia . LAFF17 hanya ditayangkan di GSC pavilion dan mempunyai 12 filem . paling seronok bila dapat tahu yang semuanya PERCUMA . korang hanya perlu cetak poster filem atau screenshot gambo poster filem , simpan dalam gadget ( smartphone atau tablet ) , tunjuk dekat kaunter untuk menukar kepada dua tiket . Semangat ingin tahu yang tinggi mengenai benua amerika yang berbatu jauhnya membuatkan saya tertarik untuk menyertainya .



Senarai filem :

1 ) Inseparables ( Comedy / Drama , Spanih origin from Argentina )
2 ) Illusions S.A ( Comedy / Drama , Spanish origin from Mexico )
3 ) Eyes Closed ( Drama / Family , Spanish origin from Costa Rica )
4 ) Alma ( Drama / Romance , Spanish origin from Chile )
5 ) Cuba Libre ( Drama / Historical / War , Spanish origin from Cuba )
6 ) The Man from the Future ( Comedy / Romance / Scine Fiction , Portugese origin from Brazil )
7 ) Anina ( Adventure / Animation / Family , Spanish origin from Uruguay )
8 ) The House at the End of Time ( Horror , Spanish origin from Veneuzela )
9 ) U-Carmen ( Drama / Musical / Romance , Xhosa origin from South Africa -- wait , is this a latin america ? lol )
10 ) Modern Nature ( Documentary , Spanish origin from Ecuador )
11 ) The Good People ( Drama / Family , Spanish origin from Columbia )
12 ) Margarita , the Sweet Chaos ( Comedy , Spanish origin from Peru )



untuk Italian Film Festival 2017 ( IFF17 ) pula , dianjurkan oleh Kedutaan Itali ke Malaysia dan TGV dari 6-12 November 2017 . saya suka sistemnya kerana mudah , hanya pergi ke halaman web utama TGV dan klik Movies => Advance Sales => klik tajuk filem IFF17 => dan check out . saya tak tahu seorang boleh tempah tiket berapa tapi saya hanya menempah untuk dua orang . kalau untuk twin seat , kena amek skali pakej add-on Italian buffet F&B sebanyak RM20 untuk Movieclub dan RM25 untuk non-Movieclub ( kalau tengok kat TGV KLCC , nan hado lah ya Italian buffet F&B tuh ) . jika menempah secara atas talian ( online ) , setiap tiket akan di caj 50sen . kalau macam saya yang menempah dua tiket , saya dikenakan RM1 untuk setiap transaksi . panggung TGV yang terlibat ialah TGV 1Utama , TGV Sunway Velocity dan TGV KLCC . Ada empat filem yang ditayangkan iaitu :

1 ) La Mafia Uccide Solo D'Estate - Black Comedy
2 ) Pazze Di Me - Comedy
3 ) Italo - Drama
4 ) Fairy Tale - Horror




Jadi kalau korang suka filem percuma , serbu sekarang untuk mendapatkan tiket kerana ia terhad , nama pun 1st come 1st serve basis . untuk yang suka bahasa asing walaupun tak pernah belajar , jadi inilah peluangnya sebab semua filem akan dimainkan di dalam bahasa asal dan sarikata akan diterjemah ke bahasa melayu atau bahasa inggeris . kalau tetiber black-out , itu bukan sebab TGV atau GSC tak bayar letrik . itu sebab dah kena censor mana yang tak sesuai dengan budaya kita , ikut panduan yang telah ditetapkan . kalau nak bawa anak kecil , tolong tengok klasifikasi ya sebab ada sesetengah P13 dan 18+ .

Selamat menonton !

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .