Rabu, 19 Mac 2008 | By: jelikweyh

BaCA laJu - LAjU


assalamualaykum ... alhamdulillah "ana" masih diberikan nikmat untuk menghirup oksigen yang dikurniakan Allah walaupun tercemar dengan pelbagai virus & racun ... Seminggu lebih tidak berblogging ... lain sungguh rasanya ... adakah "ana" sudah ketagih ??? Argh , jangan tanya lagi soalan itu !!! "Ana" menyumbat masa terluang dengan membaca novel & blog sahabat ... tidak ketinggalan juga , "ana" membelek semua akhbar yang telah dibeli walaupun tarikhnya 27 November 2007 ... hehehe ... Perangai Gila Membaca dah mula ... Jangan pelik dengan semua itu ... nak tahu cara untuk melakukannya ??? "ana" tahu kalian sibuk mengejar masa dengan urusan kalian ... tetapi kalian perlu mengisi minda ... mesti tambah ilmu ... mesti ... Jikalau tidak berkaitan pun , hanya sebagai pengetahuan ... "ana" nak bagi tips mengenai cara untuk membaca dengan kelajuan yang maksimum ... Kelajuan ini bergantung pada kecepatan mata melangkau perkataan demi perkataan , ayat demi ayat , baris demi baris & kecerdasan otak menangkap butir isi ... Jadi , kepada yang pertama kali mencuba , jangan putus asa jikalau gagal melakukannya ... practise make perfect ... jangan lupa tuh ... macam matematik juga lah ... nak terror , kena buat latihan ... nih cara2 der ...


1 ) Mulakan dengan membelek novel ... tak kisah lah apa2 genre pun tetapi harus dielak dari memilih novel suspens , thriller , sains fiksyen atau novel yang penuh dengan monolog dalaman ( asyik cakap dengan diri sendiri ) ...

2 ) buka halaman pertama ... Baca 2 - 3 perenggan ... lepas tuh boleh langkau dengan membaca dialog sahaja atau langkau ke bab seterusnya ... boleh juga membelek 2 perenggan terakhir sebelum pergi ke bab yang seterusnya ...

3 ) tetapkan matlamat mahu membaca sehingga bila atau sehingga halaman mana atau sehingga bab mana ... bila ada matlamat , senang sedikit ... alihkan mata selaju yang boleh untuk melihat perkataan - perkataan yang seterusnya ...

4 ) cari dialog sahaja jika sesebuah novel itu penuh dengan dialog ... kalau rasa tertarik & nak tahu cerita penuh novel tersebut , bolehlah mengulang semula bacaan ... tetapi , cara bacaan terpulang kepada diri anda ...

5 ) setelah selesai , cari novel yang lebih tebal bagi membiasakan diri ... pilihan novel haruslah tepat ... Kunjungi bookstore seperti Borders , Times , MPH , Popular , Kinokuniya & yang sewaktu dengannya kerana setiap tajuk novel telah dibuka sebuah ...

6 ) buku2 yang telah dibeli tetapi anda rasa macam tak best tahap sampah , bolehlah dijual semula kepada Novelhut ... Pesanan ini terbuka kepada rakyat perak khususnya yang menetap di bandaraya IPOH ... bolehlah serbu Giant & Ipoh Parade ... Novelhut ada dalam tuh ... negeri2 lain "ana" tak tahu lah pula kedai2 buku secand - hand ... kalau ada , jangan malu2 nak hantar buku yang separa best tuh ... dapat duit balik apa walaupun sedikit ...

7 ) amalkan selalu ... kalau tinggal - tinggal , cornfirm merangkak ... mesti rasa novel 350 muka surat tuh 4 bulan baru habis ... macam baca al - quran juga ... kalau tidak tinggal , mesti fasih ... cuba kalau tinggal tambah2 kaum hawa yang mesti ada "cuti bulanan" ... nak terpusing lidah dibuatnya selepas baca Bismillah ... hahah ...

lain kali "ana" ajar cara baca rencana ilmiah yang selalunya panjang tahap anaconda nyer ... hehehe ...
Sebelum berundur , Selamat menyambut Maulidul Rasul kepada seluruh umat Islam ... 12 Rabiul Awal ... Umat Islam mesti mempraktikkan kalendar sendiri ... Kita boleh sambut hari ulangtahun 2 kali setahun ... cuma kita sahaja yang malu2 untuk mempraktikkannya ... mungkin tidak tahu ... selepas ini , bakal2 bapa , sila tuliskan tarikh lahir anak anda dalam kalendar Hijriyah di belakang sijil beranak anak anda sejurus anda mendapatnya ... "ana" dalam proses untuk mengingati fomula one ... eh , silap ... formula masihi kepada hijriyah ... sesiapa boleh kembalikan ingatan "ana"??

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .