Isnin, 12 Januari 2009 | By: jelikweyh

GoSiP ...

Wallahi wabillahi …
Hati perempuan “ana” sungguh terusik kali ini … “ana” ngaku berjantina lak

Kisah lama sewaktu bersekolah rendah & menengah …

“ana” hanya membaca di dada akhbar berkenaan kekejaman puak Serb di Bosnia Herzegovina … tidak merasa apa – apa … sekadar membaca
Kisah tindakan kejam Russia di Chechnya juga “ana” masih sekadar membaca
Kedua – dua kisah ini berlaku sewaktu “ana” masih bersekolah rendah …

Ketika berada di sekolah menengah , ada satu nasyid … liriknya mengisahkan masjid Babri yang berada di India … sewaktu sedang menaip , “ana” hanya teringat beberapa baris lagu tersebut …

“Dulu Babri indah tersergam , Menjadi lambing keagungan Islam, Tapi kini sudah tiada , Dihancur rakus kafir durjana” dah tak berapa ingat lagi lirik lagu tersebut

Kisah umat Islam di Kashmir …
Kisah Afghanistan & Russia pada 1979 …
Kisah penaklukan Afghanistan …
Kisah peperangan Iraq …
Serangan Israel ke atas Lubnan

Kisah – kisah itu diketahui semasa berada di sekolah menengah …
Oh , “ana” masih membaca kisah – kisah itu di dada akhbar …
Kadang – kadang menontonnya di televisyen televisyen bukan rutin “ana”
Terkesan tetapi tak tahu untuk mengungkapkannya …
Rasa syukur membuak – buak dalam hati kerana Malaysia aman …
Rasa tak puas hati dek kesusahan yang mereka alami tetapi siapa mahu mendengar suara hati “ana” …
Suara Perdana Menteri Malaysia sendiri tidak diendahkan , inikan suara “ana” …
Awak awak awak pedulikah dengan ketidakpuasan hati “ana” …
Apa yang “ana” katakan ini pun entah – entah awak awak awak tak tahu …
Mungkin tak faham …

Kenapa air mata hampir menitis kali ini ???
Kerana kisah Palestin yang tidak pernah selesai ( dari “ana” kecik sampai ke besau ) ini sangat melampau baru – baru ini …
Syurga hendaknya buat mereka yang telah kembali kepadaNYA …
Tetapi sengsara buat yang melecur sebab bom fosforus … sebab terkena serpihan bom ... sebab putus - putus anggota badannya ...
Kepala anak – anak kecil bergelimpang …
Pelarian di Negara sendiri …
Makanan , ubat dan bahan keperluan asas lain hampir pupus …
3 buah sekolah yang ditadbir oleh United Nations Relief and Works Agency dibom …

Hati sangat sakit bila membacanya …
Sangat melampau …

“ana” perlukan sedikit hiburan sewaktu bercuti dahulu …
Tertonton Filem You Don’t Mess With The Zohan yang biadab dalam senyap …
“ana” sangat menyesal menontonnya kononnya mahu bergelak ketawa …
Akhirnya , rasa marah membebal dalam diri selepas menonton …
sumpah seranah pula yang diungkapkan lisan ...

Di sini “ana” senaraikan beberapa cadangan kepada pihak – pihak yang berkenaan supaya :

1 ) Mengharamkan urusan import eksport antara Malaysia & USA seperti Malaysia mengharamkan urusan eksport import antara Malaysia & Israel . Cara ini dapat melumpuhkan ekonomi USA yang telah menggunakan kuasa vetonya sebanyak 28 kali dalam isu Palestin di PBB . USA telah menghalang usaha Majlis Keselamatan PBB dalam proses keamanan Palestin … Kempen memboikot barangan USA tidak akan berjalan jika barangan tersebut masih berada di dalam Negara … rakyat Malaysia diharap supaya tidak menyempitkan pemikiran yang kononnya tidak boleh hidup dengan sesuatu barangan atau jenama … korang boleh pakai barangan Jepun , Korea Selatan , China dan lain – lain Negara termasuk Negara sendiri … kita perlu mempercayai produk negara sendiri untuk survival negara … pasal Toyota camry Selangor & perak , isu lain lah yerk … “ana” tak suka bicara “ana” ada unsur – unsur politik … “ana” pihak berkecuali …

2 ) Menerima rakyat Palestin sebagai tenaga buruh kasar … Pihak – pihak berkenaan perlu meneliti perkara ini supaya kita dapat membantu rakyat Palestin … Kita mempunyai tenaga buruh Indonesia , Bangladesh , Nepal dan lain – lain … tak salah kalau kita mempertimbangkan rakyat Palestin untuk menjadi tenaga buruh … sila percayakan orang arab kerana sudah menjadi tradisi mereka ini sangat menepati janji … tradisi ini telah berakar umbi semenjak zaman nenek moyang mereka ( Jahiliyah ) lagi dan tidak pernah dicemari …

3 ) memotong gaji sehari pekerja – pekerja sector awam dan swasta . Pemotongan gaji sehari ini wajarlah dijalankan kepada pekerja taraf sederhana dan atasan . Pekerja yang menerima gaji pokok sebanyak RM 1300 dan ke bawah perlulah dikecualikan . Permulaannya , Perdana Menteri lah start dulu …

Kekangan untuk menjalankan usaha di yang dicadangkan :

1 ) Sistem ekonomi Malaysia yang terlalu bergantung kepada USA

2 ) Mentaliti generasi muda Malaysia yang tidak menghiraukan sekeliling

3 ) Malaysia mempunyai hutang , projek – projek pembangunan negara , projek – projek memperkasakan bangsa , projek Islam Hadhari , duit yang disonglap dan lain – lain . Jadi , kita tak mempunyai dana yang banyak untuk membantu

4 ) sokongan dari pelbagai negara . Negara yang berhampiran Palestin sendiri berani takut takut untuk membantu Palestin , Malaysia dan Brazil yang jauh berbatu – batu pula yang memperjuangkan hak Palestin

5 ) Pendirian negara – negara Islam yang lemah terutamanya negara - negara Arab , mereka sendiri lebih selesa berurusan dengan Barat daripada negara Islam lain seperti Malaysia ... mentaliti mereka sebenarnya lebih mempercayai kepakaran negara - negara Barat

6 ) Malaysia akan lebih dikenali sebagai negara berkebajikan , tetapi kita nih akan menjadi seperti rakyat Iran sebenarnya … walaupun kita susah & banyak masalah , kita masih mampu untuk membantu orang … nilai ini akan menerima kritikan hebat daripada kaum – kaum yang cintakan kemajuan tanpa mempedulikan kemanusiaan

7 ) mentality rakyat sendiri , negara sendiri susah , ada hati nak bantu negara lain

8 ) Non-Muslim Malaysian yang terlupa bahawa Malaysia negara Islam akan mempersoalkan rasional untuk membantu Palestin

9 ) Sikap rakyat yang suka mengharap kepada orang lain … maksudnya , ramai yang menaruh kepercayaan terhadap pemerintahan Barrack Obama tapi macam – macam boleh jadi semasa pemerintahannya , lagi pun kroni – kroni beliau itu kebanyakannya yahudi tegar

Setakat ini sahaja penulisan “ana” yang berjiwa muda dan sedang mematangkan diri … tidak mempunyai kekuatan untuk mengupas secara ilmiah bukan ada orang peduli pun apa yang “ana” tulis … siapalah “ana” … tulis nih pun selepas dapat ilham selesai sahaja membaca kitab tuhan yang memperkatakan bani israel ...

Akhirul kalam , LAKNATULLAH YA BANI ISRAEL !!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .