Rabu, 4 Mac 2009 | By: jelikweyh

Bunyi CMOS ...

Pernah tak korang dengar bunyi "beep" daripada CPU korang?
Ada bermacam jenis bunyi kan?
Hah.. itu kerana datangnya dari CMOS (Complimentary Metal Oxide Semiconductive)CMOS ni mcm bateri JAM jer saiz nya....
Jom kita tinjau bunyi tu....
Bunyi BEEP.................
Terdapat beberapa jenis modul / model BIOS (basic input output system) pada motherboard anda.

Pernahkah atau mungkin anda pernah mendegar bunyi BEEP pada komputer anda sewaktu masa menghidupkan / onkan komputer anda?
Jika anda pernah mendengar bunyi BEEP, bagaimana pula anda mahu mentafsir bunyi BEEP tersebut?
Di bawah ini saya sertakan beberapa jenis model BIOS yang popular.

AMI BIOS
1. Bunyi BEEP hanya sekali sahaja.Kemungkinan RAM (random access memory) mempunyai masalah atau puntidak dipasang dengan betul.
2. BEEP sebanyak enam kaliKemungkinan keyboard / papan kekunci anda sudah rosak atau tidak dipasangkandengan betul pada p/s2 port atau USB port.
3. BEEP sebanyak lapan kaliKemungkinan VGA (Video Graphics Array) kad atau pun graphic card andamengalami masalah atau pun tidak dipasang dengan betul.
4. BEEP sebanyak 11 kaliChecksum Error iaitu melibatkan bateri CMOS anda pada motherboard. Anda bolehmenukar bateri CMOS yang baru jika mengalami masalah ini.

Award BIOS
1. Bunyi BEEP yang panjangMemori anda mempunyai masalah atau tidak dipasang dengan betul.
2. 1 BEEP panjang dan 2 BEEP pendekVGA kad atau graphic kad mempunyai masalah atau tidak dipasang dengan betul.
3. 1 BEEP panjang, 3 BEEP pendekKemungkinan keyboard anda bermasalah atau tidak dipasang dengan betul padap/s2 port atau USB port.
4. Bunyi BEEP yang berpanjangan (contiuouns BEEP)RAM atau VGA kad anda tidak dipasang dengan betul.

Pheonix BIOS
1. 1 BEEP, 1 BEEP dan 4 BEEPDisebabkan BIOS anda tidak berfungsi. Boleh update atau flash BIOS.
2. 1 BEEP, 2 BEEP dan 1 BEEPDisebabkan motherboard anda yang sudah rosak.
3. 1 BEEP, 3 BEEP dan 1 BEEPRAM anda mungkin bermasalah atau tidak dipasang dengan betul.
4. 3 BEEP, 1 BEEP dan 1 BEEPAdalah disebabkan masalah motherboard computer anda.
5. 3 BEEP, 3 BEEP dan 4 BEEPVGA kad atau graphic anda bermasalah atau tidak dipasang dengan betul.

Selain itu, sekiranya anda mempunyai modul BIOS yang lain, anda boleh melayari laman web http://www.bioscentral.com/ ... Kalau bunyi pelik sangat , maknanya ada binatang lain yang idop dalam BIOS korang ... mungkin dah kena tebuk dek tikus kew , kena makan ngan ulat sampah kew ... hehehe ...

Terima kasih kepada Bro Komando sebab menyajikan beta kopi Cappucino & Pasta carbonara ...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .