Isnin, 11 Mei 2009 | By: jelikweyh

EZnet ...

adoiii , mati kutu beta dok kat istana nih ... tak tahu nak buat apa ... dalam kepala asyik nak internet jerk ... rumah dah habis berkemas ... surat khabar abes beta khatam ... hari ahad ada lah jugak pergi lepak kat mamak untuk WiFi dengan lappy Diela ... tapi , kalau dok situ mesti r nak order ... tak der nyer orang kat situ nak kasi WiFi free2 ... Diela order mee goreng mamak & milo ais . beta order soya yeos tin ... beta kan tak makan makanan mamak ... haha ... total nak dekat RM10 ... buntu gak nak cari kawasan WiFi kat ipoh nih ... beta tahu kat dewan bandaraya & JJ kuat WiFi ... jauh ler plak nak heret aswad ke sana ... hari nih , beta call telekom customer service ... beta suka bebenau call mender tuh ... dial 100 , dapat tahu macam2 ... hehe ... siap leh bergayut dengan operator lagi ... free kan ... tapi , nama tuh banyak berubah - ubah ... kejap guna nama ibu , kejap nama adik , kalau suara beta garau , nak jerk taram nama ayah ... huhu ... beta tanya pasal prepaid internet & EZnet ... prepaid internet nih under TM net servis ... kalau EZnet nih dial-up that's mean , masuk bil tepon lah kalau guna ... 1 unit ke 1 minit beta dah ingat sama dengan RM0.04 ... speed der cuma 50.6 kbps ... jadik ler tuh untuk beta guna kejap2 ... ada ker operator tuh g pomot streamyx combo ( RM60 ) sama beta ... tergoda iman tapi beta sedar pembayaran bil bukan di tangan beta ... hoho

ops , beta dah citer lom kat korang yang istana beta telah memberhentikan perkhidmatan streamyx 77 ??? tak per lah , beta kabo jerk kat korang sumer , ayahanda telah memberhentikan streamyx sebab adik2 beta tak belajar ... layan myspace , friendster , youtube , imeem , hi5 , tagged , YM & Skype x hengat nyer ... my parent are working at noon , so takder saper boleh control diorang ... dengar2 kaum kerabat diorang wat mesyuarat tingkap kat istana nih sambil donlod2 ... sebelom parent kami balik , kaum kerabat adik2 beta baliklah ... ada sesetengah download tuh berbayar gitu ... ( sial , beta pun tak pernah donlod gi hulur duit ) ... sebagai pengajaran , stop the streamyx ... beta orang yang paling muram dengar keputusan tuh ... haha

Gosip jap nooo : Tahniah kepada Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar kerana menang kes MB Perak tuh ... I respect him because he always said that he only "pemimpin sementara" ... sampai masa , alam lain menanti kita ... For me , only "tawadhu'" and "zuhud" person will say like that ... pemerintahannya telus kerana beliau memberitahu tentang perbelanjaan negeri , pendapatan negeri kepada rakyat ... MB dulu tak pernah kot cakap secara terbuka soal nih ... penerimaan wang zakat meningkat ... sebagai rakyat , ini yang kita nak dengar ... beliau juga turut menyatakan jumlah hutang yang ditanggung kerajaan & tempoh bayaran balik ... beliau juga turut menyatakan pemenang tender suka "membelanja" pihak2 tertentu sebagai "hadiah" ... soal politik perak , beta tak suka nak sentuh tapi kemungkinan besar pilihanraya negeri akan dilakukan atau undi tidak percaya terhadap Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar akan dilakukan ... secara peribadi , beta prefer pilihan raya negeri sebab yang nih lebih "telus" . rakyat akan menentukan pihak mana yang layak mentadbir negeri ... dan sebagai pemerhati , beta percaya perbuatan lompat parti seperti menipu rakyat ... contoh : A bertanding untuk menjadi wakil rakyat kawasan Z atas tiket parti Q ... bila menang & mentadbir beberapa waktu , tetiber tukar ke parti W di mana rakyat yang menyokong parti Q tidak sehaluan dengan parti W ... kesan kepada rakyat ialah rasa timbul rasa tidak percaya kepada pemimpin , rakyat yang tidak tahu apa2 akan rasa terkejut dan tertipu & berlaku perbalahan antara penyokong wakil rakyat tersebut dengan rakyat yang berasa ditipu tadi ... Jika hendak melompat parti , perjumpaan & perbincangan dengan rakyat perlu dilakukan secara face to face ... di luar negara , ini perkara biasa tetapi di malaysia , ini merupakan perkara baru .

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .