Selasa, 26 September 2017 | By: jelikweyh

Byebye Facebook , Hi Hi again Blogspot !

Alhamdulillah , berjaya juga setelah berhempas pulas cuba mendaftar masuk ( saya terlupa kata laluan dan kebetulan username saya di blogspot menggunakan email yahhoo.com ) . Saya mula meminggirkan Blogspot sejak 2010 kerana saya telah memiliki akaun Facebook pada tahun 2009 . ramai juga blogger seperti saya , lol . Pada Ramadhan 2016 , saya telah memutuskan untuk menyah-aktifkan akaun Facebook hanya untuk sepanjang bulan puasa . Tetapi kemahuan untuk menamatkan selama-lamanya semakin meluap . Saya menghargai kebebasan maklumat , tetapi saya meluat kerana media sosial kini seperti "tabloid" bergerak . Saya memang bencikan bacaan berbentuk akhbar tabloid sejak dari kecil kerana membincangkan perkara berulang ( jenayah , moral , kemalangan ) , sesetengahnya diada-adakan dan ditokok tambah sehingga 3-4 muka surat dan hal-hal kelamin . tetapi melihat hampir semua di sekeliling saya melayan "tabloid" sama ada di Facebook atau Whatsapp dari kanak-kanak sehingga warga emas , saya menjadi risau .


percaya atau tidak , telefon bimbit pelajar sekolah rendah lebih canggih daripada telefon bimbit gurunya . tetapi itu bukan isunya .

rakyat kita tidak terdidik untuk menapis maklumat .
rakyat kita cepat melatah dengan isu-isu kecil dan mempopularkan insan yang "kurang kesedaran sivik" dalam sekelip mata .
rakyat kita tidak bersedia untuk memanfaatkan telefon pintar pada tahap optimum .
rakyat kita mengejar kecanggihan tapi bermentaliti kelas ketiga .

paling merisaukan , adakah belia dan generasi-Z membaca buku ( fizikal atau elektronik ) ? jika ya , adakah puratanya masih sebulan sebuah buku ? 

Saya merasakan Facebook tidak memanfaatkan saya . saya telah menggandakan bahan bacaan saya sebanyak tiga kali sama ada elektronik atau fizikal , sama ada fiksyen atau bukan fiksyen semenjak saya menyah-aktifkan Facebook . saya masih menonton filem sama ada secara atas talian atau di pawagam . saya masih melakukan Jalan-Jalan Cari Makan ( explore for dine-in ) . saya melakukan aktiviti yang disukai , bezanya saya tidak berkongsi perkara yang dilakukan di media sosial . 

semasa saya mengumumkan saya akan menyahaktifkan akaun Facebook saya , ramai sahabat sekolah lama dan universiti kecewa kerana saya juga tidak mempunyai whatsapp . pada pendapat saya , mempunyai akaun sosial media yang banyak tidak menjamin kekuatan tali silaturrahim yang telah terjalin . tidak ramai yang tanya khabar atau mengajak berbual ( chatting ) . walaupun dahulu sahabat karib , seiring dengan masa yang berlalu , persahabatan juga menjadi seperti orang asing . 

sesetengah orang mengatakan bahawa media sosial merapatkan yang jauh dan mengeratkan yang dekat . namun ramai juga saudara mara yang bergaduh dan berselisih pendapat hanya disebabkan media sosial .

kita mengimpikan keseimbangan kehidupan dan pekerjaan ( work life balance ) . hal ini tidak akan menjadi kenyataan sekiranya group whatsapp kerja dilakukan di luar waktu pekerjaan . pengisian masa berkualiti bersama keluarga seperti makan malam dicemari jika ibu/bapa/anak asyik menatap skrin telefon pintar . Saya sering melihat pemandangan di restoran , makan bersama keluarga tetapi semua mata mereka menatap skrin . 

kecanggihan Big Data dan Internet of Things dalam media sosial juga tidak menyenangkan saya kerana ia boleh menyimpan , mencadang , mengkaji dan merakam kebiasaan kita di atas talian . Untuk sesetengah perkara ia memudahkan . kelemahannya , sejauh manakah privasi kita diceroboh ? 

kembali ke blogspot adalah perkara yang tidak saya jangkakan kerana saya merancang untuk beralih ke vlogger tetapi ada beberapa halangan perlu diatasi . saya berasa cukup gembira kerana akan menulis kembali , mungkin dengan pengisian yang lebih matang . banyak perubahan telah berlaku di Blogspot , banyak kemudahan berbanding 10 tahun lalu . jikalau dahulu banyak bergantung kepada html xml script ( manual ) , sekarang hanya copy and paste , klik butang untuk memilih mengikut citarasa . blog saya yang buruk mengambil masa yang singkat untuk ditukar ke tema lain . susunan untuk halaman juga mudah . dan masih banyak juga yang perlu diperbaiki di sini . mungkin saya akan mencuba wix untuk idea perniagaan saya .
 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .