Khamis, 31 Januari 2008 | By: jelikweyh

TaK SeLamAt

Perkara yang "ana" mahu kisahkan pada hari ini semuanya sedih2 ... Sharlinie yang hilang masih belum dijumpai lagi ... Orang yang paling arif dalam agama iaitu bekas Mufti Selangor ; Datuk Ishak Baharom telah meninggalkan kita semua ... Beliau pergi menemui Allah pada usia 80 tahun ... Takziah kepada keluarga dan sahabat handainya ... Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman ... Betullah tanda2 besar qiamat menjenguk kita setiap hari dengan satu demi satu tanda menjelma ... Orang yang berilmu dalam agama dimatikan ... Yang tinggal di dunia hanya manusia berkeimanan goyah dan profesional dunia tetapi dhoif akhirat ...

Hari ini "ana" menguatkan diri untuk memperkatakan mengenai isu yang sedang disiasat semenjak 14 januari lalu ... Semenjak kes rakaman video Datuk V K Lingam dihebohkan pada akhir tahun lalu , "ana" berasa tidak selamat dan tenteram ... Sebagai rakyat , "ana" kecewa kerana institusi kehakiman kita dicemari dengan perkara yang tidak sepatutnya berlaku . Institusi kehakiman sepatutnya kebal dari perkara2 sebegitu dan perlu juga menjauhi amalan rasuah ... ( Teringat sebentar kepada sahabat yang bekerja sebagai Badan Pencegah Rasuah ... hehehe ) ... Apabila institusi kehakiman dicemari dengan amalan dan kontroversi seperti ini , ramai orang termasuk rakyat sendiri akan mempersoalkan ketelusan pentadbiran negara ...
Ditambah pula dengan amalan penekanan kuasa relatif antara badan perundangan , badan eksekutif dan badan kehakiman dalam doktrin pengasingan kuasa ; bukan institusi kehakiman sahaja yang terlibat malahan badan eksekutif pun terlibat sama ... Perkara ini berlaku kerana badan eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk menasihati Yang Di - Pertuan Agong dalam perlantikan peguam negara , Ketua Hakim Negara , hakim2 bagi Mahkamah Persekutuan , Mahkamah Rayuan , dan Mahkamah Tinggi ... Disebabkan itu , Bekas Perdana Menteri Malaysia yang menjadi Perdana Menteri pada tahun 2001 ( di mana kes ini berlaku pada tahun itu ) ; Tun Dr Mahathir terlibat sama dalam perkara ini . Sahabat baik Tun sendiri yang melibatkan diri dalam perniagaan tetapi tidak melibatkan diri dalam mana2 badan sama ada eksekutif , kehakiman mahupun perundangan turut diheret sama . Persoalan yang selalu bermain di minda "ana" sejak kebelakangan ini adalah dapatkah Suruhanjaya DiRaja kes video Datuk V K Lingam membersihkan nama institusi kehakiman kita ?? Mungkin dapat dibersihkan , mungkin terlebih kotor jika keputusan tidak seperti yang diharapkan ... Adakah rasuah terlibat dalam perkara ini ?? Adakah hakim2 dilantik melalui "sistem kabel" ?? Penting sangatkah gelaran kurniaan seperti Datuk , Dato' , Tan Sri dan seangkatan dengannya bagi seorang hakim dari menjalankan kewajipan yang sepatutnya ?? Adakah mereka bekerja untuk dikurniakan pangkat dan gelaran pada pangkal nama ?? Cerdik pandai berhujah sesama sendiri ... Sekejap dikata begitu , sekejap dikata begini ... Tiba2 masuk ke plot lain pula dengan melibatkan lebih ramai orang sebagai saksi , melibatkan waktu yang tidak pernah menunggu kita dan macam2 lagi ... Masing2 dengan dalil yang tersendiri bagi menyelamatkan diri ... Entah siapa betul , entah siapa salah , kita tidak tahu realitinya ... Hanya Yang Maha Esa mengetahui dan memahami segalanya ... Sebagai rakyat ... hanya menunggu dan berharapkan kebaikan ... Jika golongan veteran memperlihatkan diri mereka seperti ini , bagaimana pula dengan generasi akan datang yang selalunya akan mencontohi golongan veteran ??? Adakah kita semua mampu untuk mengubahnya ??? Tepuk kepala tanya diri sendiri ...
( P / S : "Ana" memohon sejuta kemaafan kerana lambat menyiapkan post untuk bekalan anda semua pada hari ini ... "Ana" mengambil masa yang panjang untuk memilih frasa yang sesuai supaya "ana" tidak menyebelahi mana - mana pihak ... "Ana" sayang negara sendiri dan hanya mampu berharap supaya keadaan sosial , ekonomi dan politik Malaysia stabil dan tidak dicemari dengan budaya2 negatif ... Ya Allah , kabulkan permintaan hambamu ini Ya Allah ... Amiin !!! )

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .