Sabtu, 8 Ogos 2009 | By: jelikweyh

KeNtaL ...

perancangan yang berjaya mestilah didahulukan dengan taktik yang teliti ... hihi ... pada pagi sabtu yang mulia ini , beta dilema sama ada mahu ke Modul wajib mahasiswa UiTM atau latihan tempur tanpa senjata ( TTS ) ... eiii , pening paler ... dua - dua wajib datang tau ... kalau tak hadir ke modul tersebut , tindakan tataertib akan diambil ... kena repeat plak semester depan modul tuh ... kalau tak hadir ke latihan TTS , nanti dapat gred B plak kokurikulum beta ... kalau tidak mahu hadir ke modul dan tidak mahu dikenakan apa2 tindakan , perlulah dimajukan surat tunjuk sebab ke timbalan dekan ... eiii , malas seyh nak karang - karang surat nih ... dari malam tadi dok terfikirkan hal ini sahaja ... keputusan muktamad diambil ... beta hadir ke dua - dua acara , tetapi secara berhelah ... muahahaha ... nak tahu macam mana beta lakukan , sila YM ... huhu ... private & confidential untuk diceritakan di sini ... kang kena gantung pengajian lak kalau tak bertapis ... hoho ...

modul tuh sebenarnya sangat bosan ... fasilitator yang conduct kami pun sangat boring tapi mereka pandai tutup kelemahan mereka dengan memberikan kami nama kumpulan seperti ultraman , spiderman , superman dan batman ... 4 kumpulan ini bersaing sebaik mungkin ... beta tergolong dalam kumpulan ultraman ... bila bersaing bersungguh , program tak best akan jadi best & gamat dengan kegembiraan ... kami memberikan kerjasama sepenuhnya dan sporting ... slot petang tersebut sememangnya tak best , tetapi kami sekelas mencorak dan menentukan bahawa program ini boleh menjadi menarik ... keletihan beta hadir ke latihan TTS tidak terbawa di dalam slot petang ... hilaian ketawa mengisi suasana ... sedikit sebanyak menghilangkan ketegangan yang dihadapi ...

P/S : kalau dah menggunakan taktik , hati pasti gusar ... tapi muka mesti mahu maintain supaya tak kantoi ... haha

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .