Isnin, 5 Oktober 2009 | By: jelikweyh

EnTaH ...

Aku tidak betah lagi nak ber"beta" dan ber"ana" di sini lagi ... lepas nih , aku ingat nak main sedap mulut jerk untuk kata ganti nama diri aku wokeyyy ...

Aku melalui saat – saat yang sukar pada semester ini tetapi aku tidak jadikan ia sebagai halangan untuk belajar . Aku pernah melalui peristiwa yang lebih sukar daripada ini iaitu sewaktu semester pertama . Kesukaran yang aku rasakan terbawa – bawa dalam kehidupan sehingga menjadikan aku seorang yang tidak professional . Akhirnya , apabila keputusan peperiksaan akhir semester pertama keluar , aku diletakkan dalam title PEMERHATIAN akibat pointerku yang berada di bawah paras 2.0 . Jika mendapat bawah daripada 1.8 , aku bakal disingkirkan dari dunia universiti . Alhamdulillah , Allah berikan aku kesempatan untuk memperbetulkan segalanya . Aku masih meneruskan pengajian dan kegagalan teruk yang aku alami membuatkan aku sedar bahawa semua orang yang berada di sekelilingku menyayangiku seadanya . Sungguhpun aku ini digelar "mulut puaka" dalam kalangan rakan – rakanku , aku sedar mereka sangat sayang padaku . Ketiadaanku boleh membuatkan suasana menjadi tidak seindah sediakala . Sungguh ! ( poyo betul tapi dalam kalangan saudara mara , ketiadaanku tidak menjejaskan apa – apa kerana aku sudah terbiasa berjauhan dari saudara mara ) . Semester kedua , aku sangat bersungguh – sungguh kerana matlamat aku pada ketika itu ialah mahu mendapatkan GPA 3.0 ke atas . Namun , rezeki itu milik tuhan . aku hanya mendapat 2.93 sahaja . CGPA ? Sudah tentulah berada di bawah paras 2.5 , tetapi melepasi 2.0 . Ibu cakap , apa yang Allah kurniakan , kita kena bersyukur dan redha seadanya . tetapi semangat usaha jangan pernah luntur . Pada semester kedua hari itu , jadualku banyak kelapangan . 3 hari sahaja waktu kuliah tanpa kegiatan kokurikulum merupakan jadual yang paling rileks kerana aku hanya dibenarkan memiliki 15 jam kredit sahaja .

Pada semester ketiga ( sekarang ) , pinjaman pelajaranku ditahan akibat pencapaianku yang kurang memberangsangkan pada semester pertama . Aku pernah berfikir untuk menangguhkan pengajian kerana aku tidak mempunyai kekuatan untuk meminta bantuan ibu bapaku . Semenjak tragedi aku menghilangkan motorsikal ayahku tanpa sengaja tiga tahun yang lalu , aku sukar untuk meminta – minta dengan ayahku . Aku sering mambayangkan kesukaran ibu bapaku dalam mencari rezeki . Aku juga didatangi memori yang aku tidak suka aku mahu ingatkan ( kemalangan pada tahun lepas ) . Kesukaran yang aku alami selalunya melibatkan keluargaku . Aku tidak mahu menyusahkan mereka lagi . Perkara itu sering bermain dibenakku . Saat aku mengucapkan tentang hasratku yang mahu menangguhkan pelajaran , rakan – rakanku terkejut bagai ternampak bayangan Altantuya yang dibunuh lagaknya ( Altantuya mati dibunuh di Puncak Alam , sangat dekat dengan Puncak Perdana ) . Saat itu , aku baru sedar bahawa aku memiliki rakan – rakan yang menyayangiku . Mereka menghulurkan segala sokongan termasuk wang ringgit untuk aku melangsaikan bayaran yuran pengajian . Mereka mahu aku menerima ijazah bersama mereka . Berat hatiku menerima pertolongan mereka tapi aku tak sanggup menghampakan mereka . Maka , aku meneruskan pengajian . Aku menduduki barisan pertama atau kedua pada setiap kuliah . Namaku yang ringkas membuatkan setiap pensyarah akan mengingati aku . Disebabkan aku sedar aku belajar menggunakan ihsan sahabat baik , maka aku membuat perubahan drastic dengan duduk di hadapan & menguatkan diri untuk menghadiri setiap kuliah . Alhamdulillah , semester ini , tidak sampai lima kali aku ponteng . Kokurikulum aku bersama Kesatria Negara yang aku selalu kutuk . Aku memasuki badan beruniform itu kerana jadualnya hari sabtu , pukul 10.30 pagi hingga jam 12 tengah hari . Pelajarannya adalah mengenai Tempur Tanpa Senjata ( TTS ) . Latihan jangan cakap , setiap hari sabtu aku "dibalun" oleh 2 orang jurulatih yang diimport daripada Aangkatan Tentera Malaysia . Setiap kali selepas latihan , semua anggota tubuh rasa seperti mahu tercabut ( betulkah ? ) . Tapi aku suka melakukannya . Semester hadapan , jikalau ada Kesatria Negara 3 ( Orientasi Peta ) , aku mahu sertai mereka . Nampak cantik sedikit kokurikulumku (hahaha ) . Semasa bulan Ramadhan yang jatuhnya pada September tahun Masehi , ibu bapaku mula bertanyakan kedudukan kewanganku . Aku membisu seribu bahasa ( kebetulan telefon bimbitku mengalami sedikit kerosakan ) . Tetapi jeritan batinku sangat mahukan pulang ke keluargaku kerana rindu ( semasa cuti H1N1 , aku pulang ke rumah mak ngahku di Kota Tinggi , Johor . Perbelanjaan ditanggung penuh oleh sepupuku . hahaha ) yang teramat sangat . Aku tidak pernah merasakan rindu sebegini walhal aku merupakan bekas pelajar sekolah berasrama penuh selama lima tahun . Rahsiaku terbongkar semasa pertengahan bulan puasa . Ibu bapaku terpaksa gunakan helah dengan menghantar pesanan ringkas menggunakan nombor telefon bimbit adikku . Pada masa itu , sangat kerdil rasanya diriku ini . Kebetulan , aku memang sangat – sangat memerlukan wang pada masa itu . Mahu pinjam dari kawan , aku sudah malu . Saat rahsiaku yang sudah diketahui keluarga ( adik – adik ku sudah lama tahu mengenai ini , kami menyorokkan daripada pengetahuan ibu bapa sahaja ) , ayahku telah memasukkan wang untuk perbelanjaanku . Malam itu aku berendam air mata . Keesokan harinya , aku bergegas membeli untuk pulang beraya dan melangsaikan segala hutang piutangku ( orang dah berduit katakana ) . Hutang – hutang melebihi RM50 , aku bercadang untuk membayar semula pada semester hadapan .

Semasa cuti raya aidilfitri , aku dah tak kisahkan persoalan tentang keluarga akan bertanyakan tentang wang pinjamanku . Apa yang ada dalam benakku hanya aku mahu balik untuk beraya bersama mereka . Pada hari raya pertama , sungguh syahdu . Aku pergi sembahyang raya di masjid . Kebetulan ayahku menjadi imam . Aku menangis semahunya dalam sujudku tanda bersyukur kepada Allah . Usai solat raya , kami pulang ke rumah . Bersalam – salaman dengan keluarga . Ibu bapaku menghadiahiku telefon bimbit baru ( walaupun tidak secanggih mana , cukuplah sekadar dapat melepaskan rindu terhadap mereka yang aku sayang ) . Mereka memberi pesanan bahawa selagi mereka hidup , mereka bertanggungjawab ke atasku selagi aku tidak bernikah . Saat itu aku sedar , aku mempunyai keegoan yang tinggi dan tidak bertempat . Walaupun niatku hanyalah tidak mahu menyusahkan mereka , tetapi lagakku itu seperti orang yang sudah tiada keluarga . "ha , esok nak kahwin esok , kahwin senyap – senyap . Berahsia sangat!" Kata ayahku kepadaku . Aku sudah biasa berkongsi masalah bersama rakan sehingga tidak betah untuk berkongsi masalah dengan keluarga . Sekarang , aku belajar untuk meluahkan kepada ibu bapaku .

Saat aku sedang mencoret ini , aku sungguh merindui keluargaku walaupun aku baru berpisah dengan mereka selama seminggu . Jiwa perempuan memang tidak dapat lari daripada merindui keluarga . Tetapi aku setkan di dalam benakku bahawa pada cuti semester nanti , aku akan bersama mereka juga . Kerja bertimbun – timbun . Bagaimana aku boleh mencoretkan ini di laman berhantuku ? kalau ko cetak entri ini , 2 muka surat penuh jumlahnya . Semasa SPM dan STPM , kenapalah susah sangat rasanya untuk mengarang ... huhu

9 ulasan:

naz ilyn berkata...

salam... terlebih dulu akak nak mintak maaf bbnyk andainya apa yang bakal akak katakan ini menyinggung perasaan kamu... pada akak kamu ada sifat remaja yang agak nakal kiranya buat pening mak bapak... tapi kamu mula sedar akan kesilapan kamu dan cuba perbaikinya dan tak nak menambah kesusahan keluarga lagi bagus tahniah dan akak rasa keluarga kamu tentu bangga dengan apa yang kamu telah lakukan teruskan berlajar bersungguh-sungguh jangan ada alasan untuk ke puncak jaya kerana kejayaan kamu kebanggan ibu dan ayah kamu dan ingatlah walau siapa pun kamu ibu dan ayah kamu tetap menyayangi kamu.

p/s: tengah sedih dan buntu dengan masalah anak remaja yg mula nak bercinta moga Allah tunjukkan jalan buatnya...

Jusjk'slife berkata...

la.... x pe, meh kita kongsi ape2 je yg blh dikongsi, hehe.... jgn risau ad jln utk setiap masalah.... akak pun ad kannn.... tgh bln ni akk pindah...

jelikweyh berkata...

naz ilyn ...
w'slm ...
terima kasih ...
sy mmg x perlu kn apa2 d'saat sy susah tp sy sgt perlukan sokongan ... terima kasih krn m'nyokong sy ... i'm appreciate it !!!

kak julie , haha ... thanks ... pk itam pn ckp nk pindah msk kem blk ...

Cahaya Bulan berkata...

assalamualaikum.. menitis pla air mata aku seketika. mar, beruntunglah kau masih mempunyai kedua ibu bapa yang penyayang dan cuba untuk memahami kesukaran yang kau alami. tidak sepertiku mar.. ayah dan ibuku telah lama pergi.. hargailah mereka mar. banggakanlah mereka.. semoga kau senantiasa berada dalam lindungan-Nya mar.. semoga Allah mensejahterakan ibu bapamu.. =)

ikhlas,
cahayarembulan

jelikweyh berkata...

w'slm cahaya bulan bintang *_*
syukur sgt2 ... semoga ibu bapa kita berada dalam kalangan ahli syurga ... amiinnn !

jelikweyh berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
rAtu saLju™ berkata...

nape sumer masalah skng ni?...huhuhu~ blog aku da senget!

jelikweyh berkata...

x best lh life klu x der mslh ... huhuhu ... tuh lh k'burukan akibat suka men tuko2 template ... hahaha ... blog ak yg rosak nih , ko mahu repair x ???

Mrs Nurul berkata...

aku bace smua..fuhh..alhamdulillah ko ade fren yag bg semangat, dan keluarga yang sentiasa menyayangi ko.

harap semua nya beransur baik...

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .