Selasa, 3 Oktober 2017 | By: jelikweyh

Gagal ujian Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN 20092017

Saya bukan orang LHDN atau SPA jadi tolong jangan banyak songeh  tanya pasal SPA , LHDN , pengambilan , tips kejayaan , keputusan/semakan dan sebagainya . Saya hanya berkongsi pengalaman sebagai calon ujian .

Saya telah terpilih untuk mengambil ujian pegawai eksekutif LHDN 41 secara atas talian pada 20 september 2017 yang lalu . Ini merupakan kali pertama saya terpilih untuk pengambilan pegawai kerajaan/agensi kerajaan . untuk pengetahuan semua , saya kurang gemar untuk menyertai sektor kerajaan . namun sektor kerajaan juga mempunyai kebaikan dan keluarga saya menggalakkan untuk menyertainya ( barulah terhegeh-hegeh nak mengemaskinikan SPA dan sebagainya ) . tambahan pula , zaman sekarang tak boleh memilih kerja . kalau memilih , menganggurlah jawabnya . jadi , apabila terpilih untuk menduduki ujian , saya dah rasa cukup bersyukur . 

 
Ujian ini berbentuk objektif dan mempunyai 3 bahagian . bahagian pertama ialah pengetahuan am , dijawab selama 40 minit dan mempunyai 50 soalan . jadi , bahagian ini tertumpu kepada isu-isu semasa berkaitan dasar negara , fakta berkenaan kenegaraan Malaysia dan pengetahuan asas berkaitan LHDN dan percukaian di Malaysia . 

Manakala bahagian kedua pula berbentuk penyelesaian masalah , bersifat objektif . masa yang diperuntukkan ialah 45 minit dan mempunyai sebanyak 40 soalan . kalau nak berlatih menjawab , saya sarankan korang gali soalan-soalan STPM pengajian am kertas 1 2000-2009 , tengok 10-15 soalan yang terakhir untuk setiap tahun . format dia sangat sama . tak ingat ada atau tidak soalan berkaitan logic ( macam PTS yang langkau kelas tuh , zaman sekarang tak tahu ada lagi atau tidak PTS nih ) .

Sesiapa yang suka Bahasa melayu dan Bahasa inggeris , bahagian yang terakhir ini “kacang”lah untuk dia . bahagian ini menyediakan petikan dan soalan objektif berdasarkan petikan . masa yang diperuntukkan ialah 20 minit dan mempunyai 20 soalan . 

Sebelum ujian ini bermula , saya seperti manusia lemah yang lain , berusaha sedaya upaya menyusahkan pakcik google dengan menaip kata kunci apa sahaja berkaitan ujian ini . maka terjumpalah fakta bahawa ini merupakan kali pertama LHDN mengadakan ujian ini dan bekerjasama dengan SPA . sebelum ini , pengambilan pegawai hanya melalui temuduga . penawaran jawatan kali ini merupakan antara yang terbesar iaitu 230 jawatan . gaji permulaan ialah RM3.3k dan mestilah berpuluh ribu ( dengar-dengar hampir 50k ) yang memohon . kebarangkalian nak dapat pun bergantung kepada nasib dan takdir . jadi semasa menyusahkan pakcik google , saya terjumpa pautan telegram ini . group telegram ini agak menjengkelkan sebab memula ingat dia nak berkongsi contoh soalan atau nak kongsi senarai nak baca apa dan sebagainya . namun ia diwujudkan oleh penjual ebook , jadi tak boleh nak rebel sangatlah . kau sabar jerk masa memula tuh sebab dia akan promote ebook , nanti masa ebook dia dah tutup jualannya , masa tuh dah boleh havoc dalam group tuh . admin telegram tu pun kerek sebab tak bagi kongsi pautan ( link ) . terdapat juga pautan whatsapp , tapi sebab saya tak pakai whatsapp , jadi saya tak ambil pusing . masa hari kejadian ( ujian diadakan pada malam , jadi pada siangnya ) , ada yang set group whatsapp ikut nombor channel untuk bincang jawapan secara berjemaah sepanjang ujian berlangsung ( seperti yang dimaklumkan , saya tidak mempunyai whatsapp maka saya tidak terlibat ) .

Sewaktu ujian , saya menumpang wifi di perpustakaan UPSI ( kena pakai internet yang stabil dan laju ) , itu jerk satu-satu tempat di tanjung malim yang saya rasa internetnya ok . saya mahu menggunakan khidmat adik bongsu saya sebagai talian hayat tetapi hasrat tak kesampaian disebabkan beliau ada latihan kawad . jadi ada satu soalan saya menggunakan khidmat kakak tersayang saya ( sepupu , cikgu pengajian am di jerantut ) , kesian dia . telefon malam-malam dah lah tak tanya khabar , tetiber tanya pasal perlembagaan Malaysia , hahaha . ada lagi dua orang yang saya perasan ambil ujian ini menumpang wifi perpustakaan UPSI , siap bawa bala tentera ( kawan-kawan , suami anak-anak ) . saya pakai laptop sebab senang nak buka tab baru untuk pakcik google . tetikus ( mouse ) saya pula tetiber habis bateri dan touchpad saya sangat licin sebab jari saya berpeluh . benda dah nak jadikan . masa nih , kalau nak google jawapan pun , semuanya akan jadi perlahan seperti siput babi tua sebab berpuluh ribu orang cari benda yang sama kan . kalau pakai proxy/vpn , tak tahulah plak boleh laju macam burraq atau tak . saya tak sempat nak cuba . 

Paling sakit hati , ada beberapa minit sambungan internet saya lost connection . bila dapat sambung internet balik , beberapa minit yang hilang tuh tak dapat balik . maka berhempas-pulaslah saya mengejar masa . lepas tuh , sistem LHDN tuh gila . kita dah jawab , alih-alih dia bagi amaran ( pop-up ) jawapan tidak disimpan dan terus ke soalan seterusnya . kalau ikut logic , ko mesti akan buat soalan tuh balik kan ? bila benda yang sama jadi berkali-kali , rasa geram juga . dah lah banyak soalan lain lagi nak dijawab . masa banyak terbuang kat soalan yang sama . masa ujian dah tamat , saya terus laporkan hal ini di laman web aduan SPA . dua hari kemudian , SPA jawab menerusi email bahawa jawapan yang ditanda semua disimpan ( mencarutlah sampai lebam , lol ) . bukan saya sorang yang kena , ramai lagi dan SPA jawab yang sama juga kat diorang . tapi takperlah , kita laporkan untuk penambahbaikan pada masa akan datang .

Dekat atas windows ujian tuh , ada macam gula-gula warna oren , kuning , hijau dan merah kot . pada awalnya saya tak tahu apa maksud gula-gula nih . masa bahagian ketiga baru saya tahu apa fungsinya . kat sebelah kanan ada panel yang menunjukkan bilangan soalan . setiap nombor soalan terletak di dalam bulatan . bila kita dah jawab atau tak jawab lagi , bulatan itu akan bewarna mengikut petunjuk warna . saya punya bahagian pertama dan kedua , nombornya tidak di dalam bulatan , rupa macam calendar kat desktop pc jerk . jadi nak tahu soalan dah jawab atau belum , saya kena semak secara manual , dan saya takder masa nak semak sebab masa suntuk . bila dah habis ujian , saya lihat telegram , orang lain punya page ujian bewarna-warni . lepas tuh saya ragu-ragu dengan internet perpustakaan UPSI , lol . donlod movie boleh sesajer , jawab exam online banyak nau songehnya ( nanti bebudak UPSI sound , dah menumpang banyak bunyi plak ! akekeke ) . 

penamatnya , keputusan diumumkan pada 3 oktober 2017 dan saya gagal . tahniah kepada yang berjaya . selepas ujian ini , yang Berjaya akan menduduki ujian psikometrik dan ujian fizikal . dah serupa pengambilan PTD dah ( rasanya kastam dengan JPJ pun macam ni jugak kot ) . dalam group telegram , ada yang kata ada orang tak buat pun exam online tapi dapat jawatan tuh . saya malas nak amek pusing sebab tidak tahu kesahihannya . alih-alih , kantoi budak tuh . dia propa . dia jawab ujian dan gagal macam saya . kendian dia heboh kat whatsapp group . LHDN suruh dia minta maaf dalam group whatsapp . ahahahaha . gila perhatian betul ! 

lulus ke , gagal ke , saya tetap akan bersyukur sebab telah diberikan peluang untuk menduduki ujian ini . dua orang adik saya memohon juga untuk jawatan LHDN ini tapi mereka tidak dipanggil untuk ujian . paling kelakar , dalam group telegram tuh , ada beberapa orang yang minta refund sebab ebook tuh katanya tak membantu langsung ( fuh , lega ! nasib baik saya tak beli pun ) . 

dapat atau tak dapat , rezeki memasing . jangan putus asa . hidup perlu diteruskan . saya share soalan-soalan ujian hari itu ( kredit kat ahli group telegram ) .





































0 ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .