Isnin, 2 Oktober 2017 | By: jelikweyh

Rakan Serumah/Sebilik -- Bahagian I


Semenjak tinggal di asrama penuh , saya menghadapi pelbagai kerenah rakan sebilik/serumah .

Di sekolah menengah , rakan sebilik saya dalam lingkungan 28-32 orang . saya dah tak berapa ingat .

Sewaktu mengambil STPM , saya duduk di rumah keluarga selama 2 tahun lebih .

Sewaktu di UiTM puncak perdana , saya tinggal di kolej kediaman berupa apartment , setiap rumah mempunyai 8 orang . ada bilik 2 orang ( katil & almari ) , 2 orang lengkap ( katil , almari & meja belajar ) dan 4 orang ( katil & almari ) . bilik yang tidak mempunyai meja belajar , meja belajar dihimpunkan di ruang tamu . kalau belek entry lama saya , mungkin boleh jumpa kisah kolej kediaman UiTM puncak perdana . bilik berdua dikenakan yuran RM420/semester manakala bilik berempat dikenakan RM210/semester . murahkan ? kalau universiti awam lain , yuran kolej kediaman boleh cecah sampai RM2k .

sewaktu semester 1 & 2 , saya sebilik dengan ain ( fakulti bahasa , orang kuala lipis pahang ) . kami duduk bilik berdua . pada semester 3 , fakulti ain berpindah ke kampus induk di Seksyen 2 . rakan serumah yang satu program dengan ain iaitu pah juga harus berpindah .

Pasa semester 3 , saya masih dengan rakan serumah lama ( nadzirah , nonet , izzaty , stacy ) , cuma saya berpindah bilik . saya duduk bilik berempat ( jimat sebab sem nih PTPTN saya kena tahan ) . jadi rakan sebilik saya ialah izzaty , stacy dan dilla ( fakulti teknologi kreatif dan artistik , masa nih kenal omey yana -- penyanyi , sekarang ada 1 album ) . pah & ain diganti dengan yani dan shield . masa nih , rumah kami ada ramai orang selatan ( johor & melaka ) . Sem 4 dan Sem 5 saya masih bersama mereka cuma dilla diganti oleh orang lain ( saya tak ingat ) . Sem 6 saya berpindah rumah . sengaja bertukar angin tapi saya masih ke rumah rakan serumah lama . sem 6 saya duduk berdua dengan hana . rakan serumah lain ( ant , bambam , kak yanie , sha , ada lagi 2 orang saya lupa nama ) . tempat saya di rumah lama diganti oleh Nadia Brian ( fakulti teknologi kreatif artistik , sekarang pelakon terkenal ) . semasa di kolej kediaman UiTM , saya bersyukur dapat tinggal serumah dengan orang-orang yang baik dan pembersih . disebabkan saya tambah semester untuk tesis , saya tinggal dengan junior dari sabah sarawak ( saya tak ingat semua nama ) . rakan sebilik bernama jannah ( u'un ) tapi dia jarang tidur di katilnya ( saya kenal penulis Hlovate sebab saya curi-curi baca novel Contengan Jalanan dan sejak itu saya jadi penggemar Hlovate ) . diorang pun baik , sempoi dan pembersih .


dah habis degree , saya memulakan kerja di KL . kelakar masa mula-mula . saya terus amek rumah sewa tanpa tengok dulu sebab masa tuh saya di Ipoh . bila datang KL , baru saya tahu rakan serumah ada 2 orang lelaki yang jenis tak kisah jantina apa janji boleh bayar sewa rumah . kawan sekolah saya datang menyelamatkan saya malam itu juga ( cerita ini ibu dan ayah saya tak tahu pun ) . tak lama lepas tuh , saya dapat bilik  , tingkat 5 di Apartment Putra Ria , tak jauh dari Midvalley . rakan sebilik saya Lina ( lulusan perhubungan antarabangsa UM ) . saya pernah bawa 2 orang rakan baik saya tidur di rumah yang kecil ini ( dila & bella ) . masa kat rumah ini , sangat stress sebab kucing selalu berak kat koridor dan jiran selalu marah pasal ini . bilik sebelah plak pasangan lessbian . rumah banyak anai-anai , semut dan lipas . nak masak atau simpan makanan pun tak selesa . jamban plak lubang tersumbat dan tuan rumah taknak bertanggungjawab sebab bukan dia yang berak kencing . jadi , kitaorang akan berak dan kencing puas-puas kat tempat kerja sebelum balik rumah . kelakar gila bila ingat balik tapi kami kat rumah tuh tapi ada dalam 8 bulan kot kami duduk kat situ . lessbian tuh sangat pengotor . kat lala dengan wan ( bilik yang lagi satu ) lah kami pot pet pot pet . harga sebilik RM250/bulan .

bila tak tahan , saya dan lina berpindah ke apartment bangsar utama . kami duduk di tingkat 10 dengan bayaran RM600/bilik . ini bilik paling kecil dan kami berkongsi berdua . masa nih mewah sket sebab rumah tuh besar dan perabot lengkap . Dato' A. Samad Said plak duduk kat bawah rumah kami . rumah 1400 kaki persegi nih kami duduk berempat jerk ( rakan serumah ialah Sabrina -- IT specialist dan kak ( macam biasa saya terlupa namanya ) yang bekerja dengan tuan rumah ) . kami keluar apabila tuan rumah mengubahsuai rumah dengan menambah satu bilik untuk pekerja asingnya . bila Sabrina pindah keluar , hanya kami sahaja penyewa dan selebihnya pekerja tuan rumah . kami semakin tidak selesa apabila pekerja-pekerja asingnya melakukan hal yang kami sendiri tidak selesa . kami pindah keluar dan kami tidak dikenakan penalti setelah berbincang dengan tuan rumah . 

seterusnya kami tinggal di Apartment abdullah hukum , tingkat 1 dengan bayaran RM600/bilik . kitaorang pindah angkut barang dengan kereta kancil jerk , boyfriend lina ( sekarang suami ) yang tolong . tinggal bersama tuan rumah ( dah tua ) . mula-mula baik , lama-lama sengsara . sebab bilik tidak boleh dikunci dan tuan rumah suka masuk bilik kami . anak laki bongsu dia plak suka balik rumah maknya bila maknya tiada . kadang-kadang kalau saya cuti dan anak dia ada , tinggal  kitaorang berdua kat rumah itu . tak lama lepas itu , lina berkahwin . bilik sebelah lissa ( kerja TNB bangsar ) . saya sebilik dengan iqa ( kerja NSTP ) . tuan rumah ini kalau dah baik , baik sangat . siap masakkan makanan untuk kitaorang . tapi kalau dia macam tak suka , dia mengungkit tau hal makanan tuh . paling geram , penyangkut baju selalu hilang bila dia tolong angkatkan kain . kitaorang beli makanan yang perlu diletakkan dalam peti ais , ada yang import dan mestilah mahal , boleh plak dia keluarkan . alih-alih berkulat/berkapuk . alasannya , barang dia tak muat nak letak dalam peti ais . padahal kalau susun elok-elok , ada jer kot ruang . kadang-kadang lina tunggu saya balik atau saya tunggu lina balik , kami makan dulu barulah kami berjalan balik ke rumah sebab nak mengelak dari tuan rumah . kekadang kami sengaja balik lewat , pusing midvalley sampai lebam , tengok wayang sampai tengah malam . owh ! 

seterusnya di Penang ! saya pernah sebut sedikit di entry sebelumnya "Bila Marah" . nanti saya sambung cerita rumah di Penang . ehheee . kalau korang ada pengalaman best atau ngeri pasal rakan serumah/sebilik , sila komen sebab saya nak tahu jugak =)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .