Rabu, 6 Februari 2008 | By: jelikweyh

Pop COrn WedNEsDaY

Hari ini "ana" tak buat apa2 pun ... Online seawal 5.30 AM ... Syusyah sangat nk apply UPU waktu siang ... Line busy ... Kadang2 stuck ... Ujian Allah ... Tak kenal hambanya ... Kemudian mengemas rumah seperti biasa dan memberikan burung2 merpati yang selalu singgah di belakang rumah makan ... Ihsan kepada binatang ... Itu lagi senang daripada berihsan dengan manusia ... Manusia banyak cerewetnya ... Binatang tak banyak cerewetnya ... Dia akan mendoakan kesejahteraan kita setelah kita melayannya dengan baik ... Cucu arwah atuk .... Kata ibu "ana" ... "Ana" lebih gemar melayan binatang yang halal dimakan ... Jika kucing , hamster & iguana tidak mendatangkan kepuasan buat diri "ana" ... Sesudah itu , "ana" singgah di blog sahabat2 "ana" & sepupu "ana" ... Blog sepupu tidak ada apa2 sebab tiada yang terbaru tetapi blog sahabat ada yang bagus ... Terjumpa seni khat ... Wow , dah lama "ana" tak pegang pen khat ... Pensel khat lagilah lama ... Rindu memang rindu tapi barang2 khat "ana" telah disedekahkan kepada rakan seperjuangan sewaktu SPM sebagai kenang - kenangan & sebagai dorongan untuk berjaya dalam pertandingan ... Alhamdulillah ... Dia berjaya merangkul gelaran juara peringkat negeri khat lelaki ... Sejak itu , "ana" tidak lagi memegang pen khat ... 2 tahun lebih "ana" meninggalkan dunia khat ... Bila buka blog sahabat tersebut ... Terimbau memori2 lama ... Lagipun , "ana" melihat blog sahabat tersebut bersama ibu ... Ibu "ana" memang meminati khat tetapi beliau hanya berkebolehan menulis khat nasakh ... beliau sedang memahirkan diri dengan khat thuluth skang ... She's so excited & interested ... Tapi , "ana" pula sudah hilang kecintaan terhadap khat ... Bukan apa ... Komitmen yang tinggi diperlukan jika mahu meneruskan ... Tidak boleh suka2 lagi ... "Ana" harus fikirkan masa depan ... Mahu jadi apa "ana" suatu hari nanti ... Namun begitu , "ana" akan tetap menggilai karya khat walaupun tidak mahu membuatnya ... "Ana" mahu mengambil kelas khat kot jika mempunyai kerjaya yang tetap nanti ... Bekalan untuk cucu ... Hehehe ... Petang ... Off lah PC ... Nak sambung baca Advencer Si Peniup Ney ... Adik2 cilok buku ... Tu yang tak boleh baca habis tuh ... Adik beradikku pantang nampak buku & makanan ... Mesti berebut macam orang tak pernah jumpa ... "Ana" berebut buku sahaja sebab "ana" memang suka buku & pantang nampak buku ... Tapi kalau buku selain bahasa Melayu & Inggeris , prosa lama , dan laras undang2 ... Maaf lah ... Memang tak pandai nak baca buku2 tuh ... Sekadar berkongsi dengan anda kisah2 hidup "ana" ... Mahu bercerita tentang subsidi ... Tapi tak berapa kuat lagi untuk mengupasnya ... Tengoklah , bila "ana" dah bersedia , "ana" akan mengungkapkannya ... Maaf ya ... Tiada pengisian yang berguna untuk hari ini ... Sekadar borak2 kosong ... Astagh-firulah-hal-'azim ...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .