Khamis, 7 Februari 2008 | By: jelikweyh

KaWAn , Friend , SodiQoh , sAhabAt & TeMan


Hari nih , lepas menenangkan hati dengan bacaan Al - Quran sebanyak 5 halaman ... Seperti biasa ... "Ana" memberi burung merpati makan ... "Ana" juga bersarapan ... Ayah , ibu , adik2 ( Chammy & Sue ) tidak pergi ke tempat biasa mereka kerana hari ini merupakan cuti perayaan bagi masyarakat Cina ... Teringin nak pergi open house Chinese New Year tapi tiada yang menjemput ... Walaupun "ana" terkenal dengan sifat tidak malu ( sebab dengan orang yang kita kenal kenalah tak malu ... hehehe ) ... Tapi takkan nak pergi kalau orang tak undang ... Setakat ucap selamat beranilah ... Cuma bila tidak dapat melayari Yahoo Massenger ( suka menyergah & mencari gaduh dengan kawan2 ) , rasa tak best plak ... Alhamdulillah boleh masuk blog sahabat baru ... Dah khatam dah blog nyer ... Tengok wayang pun dia sebut dalam blog dia ... Tapi dia lebih menyayangi perempuan kerana banyak peringatan untuk menjadi muslimah disediakan ... Kepada muslimah2 yang merasa kekurangan diri , silalah ke blognya ... http://zinzam.blogspot.com ... Boleh klik jer dari sini ...


Sedang menziarahi blog sahabat , tetiba ada suara yang beri salam di pintu ... "Ana" menjawabnyer & eh ... Biar betul ... Bestfriend "ana" di SMK Ulu Kinta ( Diela & Syafiqah ) datang bertandang ke pondok "ana" ... Kami jarang2 berjumpa kerana pondok kami jauh2 ... 15 minit perjalanan baru tiba ke sini ... Sampai pukul 2 petang mereka di sini ... Macam2 cerita diborakkan ... Siap bersantap lagi di pondokku ... Cuma Diela sahaja yang tidak makan bersama ... Kenyang katanya ... Baru lepas pergi open house Grace ; rakannya ... Terubat sedikit kegeraman yang dirasakan ... Ada hikmahnya "ana" tidak dapat melayari YM ... Advancer Si Peniup Ney telah berjaya "ana" khatamkan ... Esok "ana" akan kupaskan novel tersebut jika diizinkan tuhan ... hari ini "ana" sekadar berkongsi dengan anda semua mengenai adab berkawan ... "Ana" sendiri baru tahu tentang ini ... Mungkin "ana" pernah & telah melanggarnya secara sedar @ tidak ... Tetapi ... Inilah pengajaran terbaik buat "ana" dalam bersahabat ... "SAHABAT" , ampunkan "ana" ... Walaupun dah terlewat , "ana" tetap mahu meminta ampun ... "SAHABAT" boleh melakukan apa sahaja ... Tetapi harus mengampunkan "ana" setelah melakukannya ... Sekadar luahan hati & rasa ... Ah , merepek lagi ...


Apabila bersahabat , diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri . Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda , adat bergurau terlebih usik . Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku .

2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik , kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul .

3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tuning , isteri / suaminya atau kaum keluarganya .

4. Perkara sensitif seperti gaji , kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya .

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat .

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya . Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri , diri kita tidak tentunya baik .

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat . Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat .

8. Berita baik atau berita sedih sahabat , biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui . Ini tanda kita menghormatinya . Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita .

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat . beri peluang sahabat bersendiri . Jikalau terlalu berdampingan , mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain .

10. Jika salah seorang marah , beri peluang dia melepaskan amarah di hati . Jgn dibalas , berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk . Pasti hubungan akan kembali seperti biasa . Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah , elok mendiamkan diri . Jikalau dia mengomel , dengar & angguk . Itu lebih baik daripada membuat komen . Ia boleh memburukkan keadaan .

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan , kecantikan dan sebagainya . Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t


Okaylah ... Ingat , jodoh pertemuan & perpisahan di tangan tuhan ... Kita hanya merancang , Perancangan Allah yang lebih perfect dari segalanya ... Insya - Allah ... Advencer Si Peniup Ney bakal menyusul esok ... Hari ini lebih baik dari semalam ...



0 ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .