Ahad, 17 Februari 2008 | By: jelikweyh

BukU ??? bACa ???


Telah diringkaskan dari pembacaan rencana bertajuk MEMBUDAYAKAN TABIAT SUKA MEMBACA oleh Johan Jaaffar ( Org kuat DBP ) - RENCANA , HALAMAN 13 , BERITA MINGGU , AHAD , 17 FEBRUARI 2008


  • Nilai industri buku Malaysia dikatakan RM1.5 bilion setahun ... nilai industri ayam daging melebihi RM2 bilion ... ( rakyat Malaysia sanggup b'habis duit untuk membesarkan perut ... bukan menajamkan fikiran ... "ana" terasa sebab "ana" suka membaca tetapi tidak suka membeli sebab kurang mampu ... beli majalah & surat khabar sampai habis duit ... "ana" akan beli , baca & simpan jika "ana" sudah mampu ... "ana uhibbu kutub" - syukran Razin !!! )

  • 70 % bahan bacaan adalah berkaitan dengan persekolahan , 30 % bahan bacaan umum ... ( Patutlah , buku sekolah kan wajib ada ... Patut buku2 tuh jer yang laku )

  • Malaysia menerbitkan paling banyak 6500 judul baru oleh lebih 200 penerbit yang dikatakan aktif setahun ... Perhatian lebih diberikan terhadap novel ringan atau buku agama ...

  • China menerbitkan sejumlah 180 000 judul buku baru setahun

  • United Kingdom menerbitkan sejumlah 160 000 judul buku baru setahun

  • Amerika Syarikat menerbitkan sejumlah 60 000 judul buku baru setahun

  • Korea Selatan pula mencatatkan angka 40 000 judul buku baru setahun

  • Matlamat industri buku negara : 12 000 judul buku baru setahun berdasarkan jumlah penduduk ... ( Kita baru ada separuh )

  • Dewan Bahasa & Pustaka : Diberikan amanah menerbitkan buku teks sekolah & mengeluarkan 300 judul buku baru pelbagai genre & fiksyen untuk bacaan umum ...

  • Industri buku adalah industri berbilion ringgit di dunia

  • Sebuah buku akan terbit setiap 30 saat di dunia

  • 50 juta judul buku telah diterbitkan semenjak mesin Gutenberg dicipta pada abad ke - 15

  • TV digunakan pada 1950-an & tidak membantutkan industri buku ... Jumlah buku diterbitkan sentiasa meningkat setiap tahun ... Buktinya , pada tahun 1950 ... sebanyak 250 000 judul buku baru di dunia diterbitkan ... Tahun 2000 , sejumlah sejuta buku berjudul baru diterbitkan ... Jumlah itu sudah pasti bertambah pada hari ini ...

  • Pengguna internet di Amerika Syarikat melebihi 203 juta ... Pengguna internet di China melebihi 100 juta orang ... Pengguna internet di seluruh dunia mencecah setengah bilion orang ( seorang bagi setiap 12 orang )

  • Sasaran PBB untuk mengurangkan jurang digital ialah 25 pengguna bagi 100 orang penduduk ... Malaysia hanya mencapai 7 orang bagi setiap 100 orang pada masa kini

  • Kesan internet tidak boleh dipandang ringan kerana generasi muda hanya mengenali medium ini sahaja untuk mencari maklumat ... 80 % pelajar2 di negara maju menjadikan internet sebagai tempat rujukan ... Perpustakaan & buku ... mungkin tidak diperlukan sedikit masa lagi ...

  • Sejak 1997 , Harry Potter And The Philosopher's Stone karya J . K . Rowling terjual sebanyak 365 juta buah buku daripada 6 judul yang terdapat di seluruh dunia ... Pada hari pertama Harry Potter And The Deathly Hallows dijual , 10 juta naskhah berjaya dijual

  • Sebuah novel yang serius jika dicetak sebanyak 2000 naskhah akan mengambil masa selama 5 tahun untuk menghabiskan stoknya
  • 90 % pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur adalah orang Melayu ... 80 % daripada jumlah pengunjung Pameran ICT adalah kaum Cina ... ( ada gap ke hah ??? Mcm org Melayu keinggalan sebab suka buku manakala orang Cina pula terlebih advance kerana memenuhi ruang berteknologi ... lbh kurang up-to-date ... macam2 )
  • Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dihadiri seramai 1.2 juta orang pada tahun 2007
  • Selalunya kelompok tradisionalis dalam industri buku leka dengan kegemilangan silam , enggan membuat anjakan & selesa dengan kaedah yang sedia ada

Pada "ana" , media bercetak adalah medium yang penting bagi suatu rujukan atau kajian ... Internet hanya sebagai sumber sampingan kerana buku dilindungi oleh hakcipta paten ... Jika terdapat kesalahan fakta khususnya , buku akan diharamkan oleh undang2 sesebuah negara ... Internet pula seperti akhbar picisan yang tidak tahu kesahihan faktanya ... Kadangkala terdapat maklumat yang sengaja dimanipulasikan bagi mencipta dunia pemanipulasi itu sendiri ... Generasi muda seperti "ana" pula hendaklah meningkatkan pembacaannya ... Kita mempunyai pelajar lepasan ijazah yang ramai tetapi tidak boleh berfikir dengan matang akibat kurang membaca & kurang menghayati hakikat sebenar intelektualisme & karisma ... Generasi muda seperti "ana" hanya tahu hedonisme ... One In Million ??? Akademi Fantasia ??? & ntah apa2 jenis rancangan yang bertemakan hiburan ... Bila hiburan menguasai pemikiran ... Habislah umat ... Apabila bala menimpa ... Tak pernah menyalahkan diri sendiri ... Sibuk mencari salah orang ... padahal diri sendiri punya salah sebab kurang menggunakan otak untuk berdakwah , mencegah & sebagainya ... Kita sering menyalahkan takdir ... Kita menyalahkan Allah juga kerana takdir ditentukan Allah ... Bukankah begitu ??? Tepuk kepala , fikir sendiri

P / S : Teringin baca buku2 nih ... dah lama tak godeh novel2 melayu :

1 ) Rona Bosphorus - Zaid Akhtar

2 ) Sekudus Pinangan - Dini Syarif

3 ) Pudarnya Pesona Cleopatra - Habiburrahman El - Shirazy

4 ) Memeluk Gerhana - Isa Kamari

5 ) Impian Palestin - Randa Ghazy

6 ) Pandang 1000 Malaikat - Izzatul Jannah

7 ) Kawin - Kawin - Azizi Hj Abdullah

8 ) Ikan Fugu , Lukisan , & Jimson - Faisal Tehrani

9 ) Cinta Yang Terlambat - Dr Ikram Abidi

10 ) Perbandingan Agama - Habibrrahman Saerrozi

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .