Selasa, 5 Februari 2008 | By: jelikweyh

MacAm2


Sejak pukul 12 tengah hari semalam aplikasi dalam talian telah dibuka untuk pelajar2 STPM ... Namun , sehingga ke hari ini "ana" tidak membuat permohonan lagi ... Dah buat sedikit tadi , tapi komputer "ana" bermasalah ... Tak tahu apa yang tidak kena ... Dari pukul 4.30 pagi lagi "ana" sudah tercegat di hadapan PC ... Mungkin PC "ana" sudah lama on ... Dia dah penat lah tuh ...

Tak sangka hari nih "ana" kena potong kuku atuk ... Tak pernah buat sebelum ini ... Allah memberi kesempatan pada "ana" untuk memotong kukunya ... Apabila memegang tangannya , "ana" terfikir yang "ana" bakal jadi begitu suatu hari nanti ... bukan takut tua tapi ... Adakah ibu akan dilayan seperti ini apabila beliau tua nanti ??? Adakah "ana" akan dilayan sebegini oleh cucu "ana" apabila ditakdirkan "ana" panjang umur dan tua ??? Entahlah ... "ana" banyak berfikir sangatkah hari ini ??? Tak per lah ... "Ana" mahu tenagkan diri dahulu ... Mahu mengangkat kain & menghabiskan pembacaan Advencer Si Peniup Ney ... Terasa lama pula mahu menghabiskan buku itu ... Padahal nipis sahaja ... Selalunya , kalau novel Melayu 1000 halaman "ana" boleh menghabiskan dalam masa 2 hari ... Fikiran tidak tenang kot semasa membaca ... Tak dapatlah "ana" menjadi seperti kartun itu ... Memang takboleh pun sebab "ana" kan perempuan ... Kena pakai tudung ... hehehe .... Sebab tu lambat pick-up sedikit apabila membaca ... Apa yang mengganggu fikiran "ana" ??? Sambung malam karang lah ...
Penat skit ... Baru curik bahan kat blog orang ... Keh3 ... Global sangat ... Org curik kita tahu ... Selalunya tak tahu ... Orang tak curik lagi lagi lah kita tahu dan tak tahu ... Merepek - repek jer hari nih ... Allah tahu sumer lah ... Bacalah kalau sudi ...
Warna Kegemaran Wanita
Menurut pengkaji , wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya . Di sini , disebut serba ringkas tentang wanita , warna dan tafsiran perwatakannya .
MERAH
Berani , emosional , tegas , tamak , tahan melarat dan suka bersenang - senang .
BIRU
Setia pada pasangan , pandai menyimpan wang , kuat kemahuan ( demanding ) , suka berterus-terang , jujur , suka memberi maaf dan tegas .
HIJAU
Subur , suka kepada kebahagiaan , tidak suka bergaduh atau bertekak ,patuh pada pegangan agama , suka berhias , teguh pendirian hingga kadang - kadang macam kolot .
HITAM
Suka menyendiri , prihatin , kuat menghadapi dugaan hidup , tidak mudah dipengaruhi , kuat berfikir , setia pada pasangan , baik hati tetapi cepat tersinggung .
COKELAT
Kaya dengan sifat keibuan , suka merendah diri , sopan santun , halus budi pekerti , hati mudah merasa was - was dan takut membuat salah .
UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya , tidak suka diperintah , berinisiatif , bijak tetapi agak beremosi , keinginannya tidak meluap - luap .
KELABU
Suka merendah diri , tenang , suka mengalah , suka bekorban peranan , cerdas dan bijak .
KUNING
Menyukai ilmu , gemar membaca , tekun , cerdas dan tabah menghadapi cabaran .
PUTIH
Bersih fikirannya ( tidak banyak prasangka ) , berkata benar , jujur , rendah hati , sopan santun , ramah , kuat menerima ilmu , sentiasa tenteram hatinya , suka menolong dan hidup bertawakal .
Ini sahaja perisian untuk hari ini ... "Ana" suka ungu & hitam ... "Ana" tahu anda mesti akan bercakap begini ... "Tak tanya pun ..." ... Dah masak lah perangai korang ... Korang kan pengunjung yang setia ... Hehehe ... Moga2 perisian hari ini dapat memanfaatkan kaum lelaki bagi mencari Mrs Right mereka ... Hidup kena saling tolong menolong ... Warna personaliti lelaki di mana ya ??? Nanti "ana" cari ... "Ana" tahu orang perempuan pun mahu juga untuk lebih mengenali personaliti rakan lelaki mereka ... Memang hari ini "ana" merapu ... Astagh - firullah - hal 'azim ...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .