Selasa, 12 Februari 2008 | By: jelikweyh

BluR daY

Hari nih macam biasa ... Setelah menyakat adik hitam , "ana" bangun & menunaikan fardhu Subuh ... Selepas Subuh , mengaji macam biasa sebanyak 5 muka surat ... Lepas itu , "ana" sarapan ... Basuh pinggan , sapu sampah , bilas & sidai kain ... Kalau tak buat semua kerja2 tuh , ma'am besar marah plak ... Baik buat dari tak buat apa2 ... Nama pun pompuan ... hari nih "ana" nekad , on YM sebagai invisible ... Dari semalam lagi sebenarnya dah pandai invisible ... Pinjam jubah halimunan Harry Potter ... Hehehe ... Malas nak chattin' dengan sesiapa ... Chatting dengan orang yang "ana" ada kemusykilan & org yang "ana" sudah biasa sahaja ... Sebenarnya nak siapkan entry2 yang tertangguh ... Cuma Advancer Si Peniup Ney sahaja tak dapat disiapkan ... Tak cukup masa ... Mana taknya ... Sekejap upload photobucket , sekejap main game , sekejap ziarah blog rakan2 ... Hakikatnya masih tiada idea lagi ... Bahang pilihan raya semakin dekat tetapi tarikhnya entah bila ... Macam tarikh hari kiamat pula yang dirahsiakan ... Hehehe ... Maaf , hanya diumpamakan sahaja ... Ibu & ayah selalu keluar ke ceramah2 politik parti pembangkang ... Bukan apa ... Sekadar mahu tahu kejelikan parti pemerintah ... Parti pemerintah mempunyai medium untuk menyatakan kejelikan parti pembangkang khususnya melalui media massa ... Kejelikan parti pemerintah tak kan mahu dinyatakan dalam media seperti Utusan Malaysia dan RTM ... 2 itu medium utama kerajaan ... Apabila sesi buruk memburukkan & keji mengeji berlaku , rakyat yang mempunyai pemikiran yang matang tidak mahu hanya mendengar penjelasan sebelah pihak sahaja ... Parti pembangkang yang hanya mempunyai medium ceramah berpermit & blog berusaha memberikan penjelasan @ memburuk - burukkan parti pemerintah ... "Ana" tidak pergi pun ke ceramah2 tersebut ... "Ana" lebih suka jadi pemerhati ... "Ana" memang tidak suka sangat dunia politik kerana kebanyakan misi ahli2 politik adalah MATLAMAT MENGHALALKAN CARA ... Sesiapa yang banyak membaca , pasti tahu itu falsafah siapa ... Seorang tokoh pemikir peperangan pada zaman dulu2 ... Siapa ?? Cari sendiri ... Bukan kedekut ilmu tetapi jikalau berusaha sendiri , apa yang dibaca pasti disimpan dalam memori jangka panjang ... PASTI sebab itu usaha anda ... Berbalik kepada MATLAMAT MENGHALALKAN CARA tadi , ahli politik sanggup berbuat apa sahaja bagi mencapai matlamatnya & menjatuhkan saingannya ... Dalam konteks ini , kita tidak tahu siapa betul , siapa salah ... Bila ada fakta , sengaja memanipulasikan bagi menarik perhatian ... Dunia politik ... "Ana" tidak akan sekali - kali terlibat dengannya ... Yang pasti , "ana" akan menjadi pemerhati dunia politik sepanjang hayat "ana" jika diizinkan Allah ... Parent "ana" pergi ke ceramah2 Hj Mat Sabu , Dato' Seri Anwar Ibrahim & siapa2 ntah lagi yang bergelar ahli politik ... Ibu cerita pada "ana" , HINDRAF itu sebenarnya menuntut apa yang telah dijanjikan kerajaan Britain semasa membawa mereka ke Tanah Melayu ... Mereka telah meminta tolong dengan kerajaan supaya menuntutnya , tetapi kerajaan tidak menghiraukan ... Sesiapa pun tidak menghiraukan mereka ... Sebab itu mereka bertindak sendiri ... Lain kan daripada laporan media seperti surat khabar , TV & radio ??? "Ana" mungkin percaya sedikit demi sedikit kerana golongan pemimpin HINDRAF adalah dalam kalangan cerdik pandai ... 4 - 6 orang lagi ... Peguam ... Mereka adalah golongan profesional ... Yang disanjungi segenap masyarakat ... Yang sepatutnya bebas dari sebarang pertubuhan yang berkaitan politik & ekonomi negara ... Yang sudah semestinya arif tentang undang2 yang telah diwartakan oleh kerajaan ... Terfikir "ana" sendirian ... Walaupun kerajaan menyatakan tahap pendapatan kaum India adalah lebih baik dari kaum Melayu , itu hanyalah dari segi purata ... Fakta ini "ana" percaya ... Kalau dilihat balik , siapakah yang membersihkan jalan2 , kutip sampah dari rumah ke rumah , cantas ranting2 pokok yang berjuntai ... "Ana" lihat India yang ramai ... Ini suasana di Ipoh , Perak ... Bandar2 lain "ana" tidak tahu bagaimana ... Tahap mereka baik mungkin sebab pendapatan jutawan telekomunikasi Malaysia siapa lagi kalau bukan Ananda Krishnan ( maaf kalau salah eja , saya kurang pasti bagaimana ejaan namanya ... ) , Samy Vellu ( "ana" tahu dia bukan kawan "ana" tapi "ana" tidak hafal darjat di pangkal namanya ) & peguam2 India ( sama ada yang terlibat dengan kes Dato' V K Lingam @ HINDRAF , kaum India memang ramai & berbakat dalam bidang guaman ) dicampur & dibahagikan dengan jumlah kaum India ... Padahal pendapatan Si Ananda Krishnan sudah berjuta2 , Samy Vellu pun mungkin berjuta - juta , manakala peguam2 berpuluh - puluh @ beratus - ratus ribu ... Kalau fakta realiti ini pun pemimpin sudah boleh tipu , apatah lagi fakta lain ... Adakah kepercayaan "ana" terhadap kerajaan pemerintah semakin menurun ?? Entahlah ... "Ana" memang susah mahu mempercayai sesuatu ... Percaya pada yang 6 itu mesti ... Blur ke "ana" hari nih ?? Panjang jer sok sek sok sek nya ... Hehehe ... Siang telah melaburkan tirainya ... Malam menjelma ... Mahu off PC ... Dah online dari pukul 10 pagi tadi ... sekarang dah Maghrib ... Selepas Maghrib , "ana" mahu selesaikan homework MUET "ana" ... Esok ada kelas pukul 5 ... 1515 karangan Faisal Tehrani baru disentuh ... Entah bila akan selesai ... Baca2 sahaja sudah tidur ... Banyak fakta sejarah di dalamnya ... Tetapi "ana" nekad mahu menghabiskannya ... Selamat malam semua ... Semoga iman sentiasa ada dengan kalian walaupun ketika tidur ...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .