Selasa, 26 Februari 2008 | By: jelikweyh

Da'HosPiTaL


Maaf ya ... semalam hari pertama dalam sejarah "ana" bercuti dari bloggin' ... Bestfriend "ana" yang bernama Nordalila a.k.a Diela telah dimasukkan ke Hospital Besar Ipoh ... Beliau telah dimasukkan ke situ pada 23 Februari 2008 kerana demam denggi ... "Ana" & seorang lagi bestfriend bernama Syafiqah Nadiah telah melawatnya pada hari pertama dia memasuki hospital ... pada hari ke-2 , kami tidak menjenguknya tetapi keluarga "ana" pergi menziarahinya ... Semalam "ana" telah membuat keputusan untuk melawatnya ... [ pergi tanpa melakukan kerja rumah ... hehehe :) ] ... semasa melawatnya , dia tampak gembira apabila melihat kelibat "ana" ... Walaupun Syafiqah tiada , "ana" cuba sedaya untuk melayannya & menggembirakannya ... Sudah kurang seorang kroni syusyah skit nak meriah ... hehehe ... Ingatkan nak balik petang tuh ... skali Diela minta untuk temankan dia di hospital sehingga hari esok ... Disebabkan rasa setia yang tidak berbelah bahagi terhadap sahabat , "ana" menurutkan sahaja ... Boleh jadi suatu pengalaman baru jika bermalam di hospital walaupun tidak menjadi pesakitnya ... Bukan buat apa pun ... makan , tidur , tengok2 patient lain , cuci mata tengok chinese doktor ( boleh tahan gak paras der ... hehehe ... tak kekal lah sifat ensem tuh & manusia memang suka pada yang cantik ) , layan kakak2 practical nurse ( cantik kakak2 tuh , kalau tak percaya , tengok sendiri ) & macam2 lagi ( tak payahlah cerita satu dua perkara , tak penting pun ... hehehe ) ...


Sepanjang berada di sana , pelbagai perasaan menjengah ke jiwa "ana" ... Tidak tahu bagaimana untuk memperkatakannya ... Tapi "ana" memperkatakan mengenai pengalaman "ana" dengan bahasa "ana" sendiri ... harap tiada siapa akan terasa kerana "ana" tidak mahu memperli sesiapa ...


"Ana" boleh mengatakan bahawa hospital boleh menjadi antara tempat muhasabah terbaik ... Kenapa "ana" berkata begitu ??? Ok ... Baca sahaja pengalaman "ana" ... Apakah perasaan anda apabila terdengar orang meminta - minta air ??? Apakah perasaan anda apabila mendengar orang mengeluh kesakitan ??? Apakah perasaan anda apabila mendengar orang menjerit - jerit kepanasan padahal dirinya telah diseparuhbogelkan oleh jururawat ??? Apakah perasaan anda apabila melihat pesakit tua yang tiada langsung saudara maranya datang menziarah ??? Sehari semalam di hospital boleh melembutkan hati "ana" yang sedia keras akibat dosa2 lalu ... persoalan2 tadi sebenarnya telah dilalui sendiri oleh "ana" ... "Ana" kagumi kebesaran Allah di mana "ana" melihat pasangan suami isteri saling mengambil berat ... tidak tahu masih ada kasih @ tidak di jiwa mereka ... tapi "ana" kagum apabila si suami menjaga si isteri yang sedang menahan sakit , si isteri melayan karenah si suami yang sedang menderita ... Bagaimana mereka boleh melakukannya ??? Apabila pulang , "ana" melihat pula ibu bapa "ana" ... mereka jarang bergaduh ... saling mengambil berat ... Bagaimana ya mahu mengekalkan perhubungan yang mesra bagi suatu tempoh yang lama ??? lamalah kan jika tempoh kita hidup sebumbung dengan pasangan kita 20 - 50 tahun ... mungkin lebih dari angka itu ... siapa tahu ... Situasi ini membuatkan "ana" terfikir , siapakah disisi "ana" 10 tahun akan datang ??? 20 tahun lagi , wujudkah insan itu ??? 50 tahun , siapa yang tinggalkan siapa ??? Bolehkah "ana" berdikari jika "ana" sakit ??? siapa yang akan menjaga "ana" tanpa merasa dirinya disusahkan oleh "ana" ??? Percaya pada Qada' & Qadar ya Masyithah ... Jodoh , ajal , rezeqi kan di tangan Tuhan ... bingung sungguh ... ish ... biarlah ...


Moral yang didapati oleh "ana" ialah jagalah kesihatan , amalkan gaya hidup yang sihat & lakukan amalan dengan hati yang ikhlas hanya untuk Allah ... mintalah pada Allah supaya dijauhkan dari azab2 sebegitu sewaktu di dunia ... insya - allah ... jenuh nak turunkan berat badan nih ... heheh

2 ulasan:

Muneerah berkata...

hah...
first time eh...
moun dh der pengalaman dh...
huhu.. boring giler....
x der wat per... duduk jerk... pulak tu bukan semlm.. 3 mlm...
imagine

jelikweyh berkata...

yg best nyer ak x kena cucuk2 ... makanan pn import dr luar ... hehehe :) ad kwn x der r boring moun ... yg paling best dpt cuci mata ... hakhakhak :) mereng ak lps dok sepital s'mlm ...

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .