Ahad, 3 Februari 2008 | By: jelikweyh

FikiR , bOLeh Ke ???

Kes adik Sharlinie semakin mula menyepi ... Khabarnya sudah kurang2 ... Banyak benda lain lagi yang mahu diungkapkan oleh media massa ... Banyak perkara juga telah menggantikan tempat Sharlini di dada akhbar ... Media orang berniaga juga ... Masa hangat , dia buru lah ... Tetapi "ana" tidak akan lupa untuk mendoakan kesejahteraannya dan semoga persoalan mengenai kehilangannya akan terjawab dengan segera ... Bukan mahu menyibuk ... Tetapi mahu menjadi seorang yang prihatin sahaja ... Hidup sesama Muslim kenalah sentiasa ambil berat ... Barulah harmoni walaupun tidak kenal siapa tetapi apa yang kita tahu , mereka saudara sebangsa & seagama ... Straight to the point ...

Perubahan persekitaran adalah pendidikan yang didapati secara semula jadi dan bila2 masa . Disamping memenuhkan dada dengan pendidikan rasmi yang didapati dari sekolah & Institusi Pengajian Tinggi , kematangan dapat dicapai melalui pengisian kaedah menakluk persekitaran dan cernaan pengalaman . Semua usaha pendidikan bukan semata - mata bergantung kepada aturan siasah yang ditetukan , tetapi sejauh mana akal manusia bersedia terdidik . Usaha2 memupuk budaya berfikir tidak boleh disekat dengan menjumudkan sudut pandangan guna tenga sedia ada kepada kotak had yang tidak wajar hingga membantutkan pembangunannya . Perkembangan bidang kerjaya & keusahawanan adalah amat memberangsangkan ( sepupu "ana" baru memiliki sebuah kedai gubahan hantaran di Kota Tinggi ... hehehe ... Baru lepas kena marah sebab gurau dengan dia jadi Mak Andam ) ... Melalui tahap perhatian kerajaan dan pengiktirafan dunia , negara kita mampu bersaing dalam pelbagai bidang dibawah rangkuman dunia ekonomi tidak kira dalam pemasaran barangan atau perkhidmatan ... Tetapi , dalam baik2 tu , ada juga segelintir yang tidak senang dengan pembaharuan dan kemajuan yang dikecapi ... Golongan ini menjadi penghalang kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang matang & bijak . Mereka bukan kolot tetapi tidak pernah melihat situasi yang sebegitu ... Bila terlihat , mungkin elok , mungkin tidak ... Kalau tidak elok , habislah dicerca ... "Ana" beri contoh ya ... Pn. X bekerja sebagai kakitangan yang hanya makan gaji ... Dalam masa yang sama , Pn. X juga menjalankan sebuah perniagaan barangan kosmetik & barangan katalog ... Orang2 kita selalu memikirkan bahawa golongan ini tidak mempunyai kesungguhan dalam pekerjaan ... Mereka hanya main2 , tidak beretika dan tidak serius dalam melakukan pekerjaan yang makan gaji itu . Pada hal terfikirkah anda yang mereka ini golongan yang bertungkus lumus dalam memberikan segala yang terbaik dalam kehidupan ... Tanggapan orang2 kita perlu diubah ... Islam tidak pernah melarang umatnya berusaha melainkan jika Pn. X melakukan perkara2 yang dimungkari Allah ... Mana ada orang yang usaha tidak bermatlamat ... Matlamat mereka pasti untuk mendapatkan sesuatu ... Orang yang menduduki Hospital Bahagia Tanjung Rambutan @ Pusat Rawatan Mental Tampoi sahaja yang akan melakukan kerja sekadar bermain - main dan tidak mahu mendapatkan apa2 ... paling2 tidak , pasti mahu pahala kan ? Tak habis lagi nih ... Ngantuk ... Tak tahan ... Mahu lelap dahulu ... Saper suruh post malam2 buta ??? Kan dah padan dengan muka tu ... hehehe


Sambung balik yer ... Jadi seorang pekerja yang makan gaji boleh & perlu membuat himpunan pelaburan atau portfolionya tersendiri mengikut kemampuan & keupayaan pengurusannya . Cara ini sangat berkesan dalam menuju kematangan .

Semua pihak sangat berbangga apabila masyarakat Malaysia hampir mempunyai budaya belajar , ( Separuh daripada golongan berusia tidak mahu melanjutkan pelajaran kerana beranggapan hidup mereka tidak lama lagi ... Kalau rajin ke masjid @ surau tak per lah ... Boleh belajar kat surau & masjid ... Tapi tu lah sikap orang Melayu khususnya ... Macam2 alasan ... hendak 1000 daya , tak nak 1000 dalih ... ) tetapi adakah pembelajaran mereka bakal merangsang usaha berfikir ... Menyediakan masyarakat berfikir ... Tugas berat tuh ... Semua pihak kena ambil posisi untuk bertindak ... Tapi boleh ke ??? Kemahiran berfikir kan datang dari pembacaan & pemerhatian ... Setahu "ana" , kalau pergi jalan2 kat Ipoh , 10 orang dalam seribu yang "ana" jumpa membaca ... Tidak kisah lah apa yang dia baca ... Yang penting baca kan ... Insan2 b'tuah yang "ana" jumpa tu bukannya Melayu , separuh India & separuh Cina ... Selalunya kalau "ana" berjalan , paling kurang "ana" akan heret surat khabar jika bukan buku ... Kalau tidak bawa apa2 ... Itu tandanya nak jadi pemerhati masyarakat ... hehehe

Ramai muda mudi kita memiliki ijazah , tetapi kadar membaca dalam masyarakat terutamanya golongan yang itu adalam amat rendah ... Petunjuk ini jelas memberitahu kita bahawa kecenderungan masyarakat untuk berfikir atau mahu mengetahui sesuatu melalui pembacaan amat kurang . Inilah sebabnya mengapa ramainya golongan yang memiliki kelayakan untuk menuntut gaji lumayan pada hal tiada kemahiran dalam melakukan tugasan ... Apa yang dipelajari hanya teori ... Kalau ada praktikal pun , bukan lama ... 3 bulan mungkin ... Nak harapkan pengalaman , jauh sekali ... Macam mana canggihpun teknologi dan aturan yang ditetapkan ... Tidak guna juga jika kita berikan kepada golongan yang seperti "mencurah air ke daun keladi " ini ... Hanya buang masa ... Tiada kelebihan buat sesiapa yang memperjuangkan ini untuk golongan seperti ini ... Macam membela penagih dadah di pusat serenti , apabila keluar , tetap pulang juga ke pusat serenti ...

Jika anda mempunyai kerja , "ana" sarankan pelbagaikanlah kemahiran supaya dapat melakukan tugasan yang di luar pengetahuan & bidang anda ... Kita wajib taat kepada pemerintah ... pemerintah kita di tempat kerja kan bos ? Bos2 skang bukan betul pun ...
Pegawai akauntan pun disuruh buat kopi ... Kadang2 setiausaha siap jadi gundik lagi ... hehehe ... Jangan marah yer kakak2 setiausaha ... Kalau tak buat , janganlah terasa ...

Perkembangan ekonomi negara yang pesat akan menjadi medan keuntungan kepada belia2 yang bijak menggunakan sumber , kesempatan & peluang sedia ada dalam menambahbaikkan mutu kehidupan . Namun , masih ramai dalam kalangan kita yang berfikir hanya untuk makan gaji semata - mata ... Keadaan itu sedikit sebanyak dipengaruhi salah faham mengenai larangan menjalankan urusan lain selain tugasan hakiki . Graduan pula sibuk mencari peluang untuk "memakan" gaji yang menanti ... Kesannya , pengisian guna tenaga Malaysia akan menjadi tepu & masalah pengangguran akan lambat berakhir ... Masyarakat perlu faham bahawa penumpuan boleh diberikan kepada banyak perkara & bukan kepada 1 perkara sahaja . Yang penting ialah tahap profesional seorang pekerja membuat keputusan . Selagi ia tidak bercanggah & tidak mengabaikan tugas hakiki , seorang pekerja boleh berfikir & membentuk portfolionya sendiri mengikut kecenderungan yang telah dianalisis sendiri ... Wassalam ...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .