Isnin, 11 Februari 2008 | By: jelikweyh

SuLUnG VS BoNgSu


"Adik hitam , pergi sekolah tuh jangan balik2 dah tau ... Kalau dah dapat No . 1 dalam kelas baru boleh balik ... Hehehe" ... Begitulah ayat "ana" apabila celik dari lena dikala adik bongsu "ana" mahu ke sekolah ... Setiap hari begitu ... Terjaga disebabkan mahu menunaikan fardhu subuh ... Adik hitam akan membalas semula gurauan "ana" dengan berkata "Akak **** G*** ( segan nak bagi tahu panggilan adik hitam kepada "ana" ... hehehe ) , ayam KFC & sumer yang ada atas meja makan tu aku bawak ... ko punyer masak lain " ... "Ana" jawab semula ... "Memang hitam kulitmu ... kenapa tak bawa sekali meja makan tuh ?" Memang begitu kami adik beradik ... Abangnya pula ( adik bawah "ana" ) akan mencium adik hitam setiap hari ... Selepas itu dia akan berkata : "Tengok kulitku , putihkan??" Maka adik hitam akan merengek tanda geram ... Itu perihal 3 orang adik beradik ... Lagi 2 orang "ana" akan cerita lain kali ... Yang tidak diceritakan ialah yang no. 3 & 4 ... Dalam adik beradik "ana" , "ana" seorang boleh dikatakan berkulit sawo matang ... Mewarisi keputihan ibu :) Kalau tempek bedak Johnson & Johnson , gebu sedikit kulitku ... hehehe ... Tak senonoh puji diri sendiri ... 4 orang lagi ikut hitam manis ayah ...
Hari ini adik hitam lawan hoki ... Peringkat zon ... Ayah belikannya kasut but ... Jenamanya usah ditanya ... Punyalah riak adik hitam ... Kebetulan van yang membeli surat khabar lama lalu ... "Ana" memanggil uncle itu & melarikan kasut barunya itu ... Hehehe ... Nasib baik uncle tu tak dengar "ana" panggil ... Kalau tak menjadi - jadi otak nyakat "ana" ... Alhamdulillah ... team adik hitam menang ... Ada 3 perlawanan ... 2 menang ... 1 seri ... Dengan sekolah mana , "ana" tidak mahu perihalkan sebab takut menjatuhkan imej sekolah2 tersebut dalam dunia hoki ... Esok adik hitam ada ujian bulanan ... Boleh buat @ tidak dia nih ??? Risau nyer ... Dia turun kelas ... Dari kelas pertama turun ke kelas ke-3 ... Teruk juga "ana" & parent "ana" marah dia ... Apa yang dimahukan , semua parent tunaikan ... Kalau "ana" dulu , dapat nombor 1 @ Top 10 keseluruhan baru parent beri something tanpa "ana" minta ... Memang parent "ana" tidak memanjakan "ana" ... Kalau mahukan sesuatu , usaha sendiri ... Jika penting untuk pelajaran , parent "ana" akan beri yang terbaik ... Semua original & berjenama ... Semasa memberi , mereka akan berpesan "Ibu & ayah tak ada apa nak tinggalkan kalau kami dah tiada , ilmu sahaja kami bekalkan secukupnya ... Barang ini ayah bukan mintak dengan tokey tu , Ayah usahakan dengan titik peluh ayah sendiri " ... Begitulah kisahnya semasa "ana" muda2 dahulu ... Apabila meningkat dewasa , "ana" menjadi seorang yang terlalu menghargai barang2 yang diberi sehinggakan jika seseorang memberi "ana" gula2 RM0.05 tuh , "ana" akan simpan pembalutnya sesudah menelan gula2 tersebut ... "Ana" menghargai setiap barang dengan alasan bukan senang nak dapat ... Kalau tengok yang 2nd last & adik hitam ( bongsu ) jauh bezanya ... Apa yang dibelikan @ diberi , sepah2 jer ... yer lah ... Barang senang dapat ... Bukak jer mulut dekat ibu , tak lama lagi pasti ada barangnya ( tak berani cakap dengan ayah bebudak nih ) ... Sembahyang pun begitu juga ... "Ana" dulu berbirat 1 badan kalau tinggal sembahyang sama ada sengaja @ tidak ... 7 tahun sudah dilatih begitu ... adik "ana" yang 2nd last ( umur 13 tahun ) & adik hitam ( umur 10 tahun ) tidak begitu ... Sembahyang teruk bersuruh ... Parent dah tak kuat untuk mendidik mereka ... Mereka sibuk bekerja ... Bila pulang dah penat ... "Ana" lah yang mengawasi mereka ... Kuat menyakat , menyindir & macam2 lagi dikira sudah garang ... Belum pegang rotan lagi ... "Ana" tak mahu memegang rotan kalau boleh sebab "ana" tak suka ... Kalau dah terpaksa tu , memang pegang pun ... Entah lah ... Mungkin ada yang akan berkata , kasar tol "ana" nih ... Brutal gila "ana" adik beradik ... Mungkin ada yang akan menyoal "Tiada kesopanankah dalam keluarga ini??" ... Jawapan "ana" , biasalah tu ... macam2 ragam bila hidup berkeluarga ... Suatu masa nanti , pasti berubah ... Bila masing2 dah beranak pinak rasanya baru kami akan wujudkan panggilan angah , alang & acik ... hehehe ... Apabila ada duit sedikit , "ana" akan membeli majalah , buku @ makanan yang boleh dikongsi bersama adik2 ... Kalau ibu makan , ibu suka suap adik hitam ... Ayah pula kalau makan , suka suap "ana" yang dah berumur 20 tahun ... Jika perut lapar , sampai habis sepinggan ayah suap "ana" ... "Ana" yang tidak mengotorkan tangan ini hanya menonton TV @ chatting @ melawat blog ... Anda semua dinasihatkan jangan berbuat begitu ... hehehe ... Kadang2 , kalau makan di kedai pun , ayah suap ... Anak saper lah nih ?? Tak malu betul ... hehehe ... Sebab itu "ana" lebih rapat dengan ayah berbanding ibu yang di"conquer" adik hitam ... Adik hitam nih berbeza dengan "ana" ... Sewaktu kecil , "ana" tidak kenal erti cinta ( kira cinta monyet lah ) , erti solek , erti pakwer ( istilah bagi boyfriend ) ... "Ana" kenal sungai ( tempat ponteng sekolah ) , basikal ( alat untuk merempit sewaktu pulang dari sekolah agama ) , pokok mempelam ( Latihan untuk memanjat gunung bila dah besar nanti ) & Tangki air atas tingkat 10 di flat ( tempat main aci nyorok ) ... Adik hitam tidak melalui semua itu ... Apabila mahu ke sekolah , "ana" telah menggosok bajunya ... Kalian semua boleh bayangkan tak adik hitam gosok sekali lagi baju tu ... Paling "ana" nak tergelak , dia akan berbedak 5 kali ( paling kurang ) sebelum ke sekolah ... Sebab itu dinamakan ADIK HITAM ... Apabila dia pulang dari bermain hoki , soalan pertama yang terkeluar dari mulut kami : "Adik , ko main ke , ko jemur kulit ... Hitam gila macam anak Indian depan rumah kita jer ??" ... hahaha ... Mampos "ana" kalau besar2 nanti dia baca catatan ini ... Hehehe ... Sesiapa yang menjadi YM chatterz "ana" , kalau terasa lain bahasanya tuh ... Mesti adik hitam yang layan ... Kalau "ana" suruh layan YM chatterz ... cepat sesajer ... Kalau suruh solat ... kena hambat dengan rotan baru buat ... Tidak tahu siapa mahu disalahkan ... Apa2 jer lah ... Esok mungkin ada bagi "ana" ?? tidak tahulah ...
( "Ana" abadikan kisah adik hitam sebagai memori sahaja ... Maafkan akak dik jika aku bukan kakak yang terbaik )

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pandangan mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti .